Monday, October 13, 2014

Jenguk2 Kebun #1...

Assalamualaikum :)

Antara rutin harian yg kulakukan semenjak terminat dgn aktiviti berkebun ini beberapa tahun yg lepas, adalah, menangkap gambar2 tumbuhan utk dijadikan kenangan & menikmati keindahan tumbuhan ciptaan Allah SWT di kebun kecilku ini, ditambah pula dgn kewujudan cicak mengkarung yg turut tinggal di kebun kecil ini, sekaligus dpt mengurangkan sedikit kegeramanku terhadap belalang2 yg selalu je merosakkan tanaman2 yg ada di sana. Kerana dgn kewujudan reptilia ini, jumlah belalang juga turut berkurangan krn belalang adalah salah satu drp menu reptilia ini.

Cicak Mengkarung di sebalik semak samun di kebun kecilku...
Namun "Langit tak selalunya cerah" beberapa minggu yg lepas sehingga ke hari ini, kulihat beberapa ekor kucing2 jiran telah mula berminat utk lepak2 di tepi rumah berhampiran dgn kebun kecilku, tak kusangka pada mulanya tujuan kucing2 tersebut adalah utk menangkap reptilia pengusir belalang ini, tetapi huhu...sedih juga kulihat kucing2 tersebut menyerang & menangkap cicak2 ini di dpn mataku ketika aku sdg menyiram2 tanaman2 yg ada..geram juga kutengok...

Cicak Mengkarung yg menjadi sarapan pagi kucing jiran...
 Patutlah dlm beberapa minggu ini juga, jarang sungguh kuterserempak dgn reptilia ini, hmmm apa boleh buat memang dah rezeki kucing2 ni, & ketika membelek2 bunga2 & tanam2an lain di kebun banyak jugalah belalang2 kecil yg melompat2 & kulihat telah ada kerosakan yg dilakukan oleh belalang2 ini, namun masihku bersyukur kerana seranggan belalang belum sampai lagi ke tahap yg kritikal.

Belalang di atas daun pokok jolok cacing.
 
Anak pokok kacang botol yg menjadi kegemaran belalang.

Ketika berborak-borak dgn sepupuku Norain, berkenaan dgn dunia serangga yg juga merupakan salah satu drp minatku, aku memberitahunya bahawa aku populasi belalang2 yg ada di kebunku semakin meningkat, dia lantas memberitahuku bahawa mentadak juga merupakan pemangsa bagi belalang, aku terus exited utk mengetahui tentang dunia mentadak ini. 


Mentadak belaan sepupuku Dayang Norain.

Mentadak juga merupakan salah satu drp pemangsa lazim di dlm dunia serangga perosak selain drp lalat perompak (robber flies), Aphid Lions, Lady beetles, Assassin bugs, Minute Pirate bugs, Ground beetles, Syrphid flies, Predatroy stink bugs, Damsel bugs & yg seangkatan dgnnya. ingin sahaja kubela serangga2 ini terutamanya mentadak, namun bukannya mudah nak mencari mentadak ni, oleh kerana kebolehannya dlm penyamaran, memang mencabarlah nak dapat.
 

Pupa rama-rama.
Ku temui juga pupa rama2 di bawah daun pokok bebuas, patutlah daun bebuas tu berlubang-lubang. Nasib baik takde Assasin bugs, kalo x memang tak sempatlah beluncas ni nak bertukar menjadi pupa. Namun ingin juga kulihat rama2 apakah yg bakal keluar dari pupa ini :) 




Beberapa minggu lepas aku juga agak gembira melihat lada capsicum yg kutanam sebanyak 4 pokok telahpun berbuah & buah2 sudah mula membesar. Tetapi selang beberapa hari je sebiji demi sebiji buah-buah capsicum gugur, rupa2nya lalat buah telahpun menyerang & bertelur di dalam buah menyebabkan buah2 gugur. huhu...

Lada Capsicum yg gugur akibat diserang lalat buah.

Bakal gugur.

Cili padi juga tidak terkecuali drp serangan lalat buah.
Terfikir juga apakah cara utk mengelakkan lalat buah drp menyerang lada capsicumku...kawan2 ada petua? idea utk halang lalat buah ini? tolong share2kan kepadaku...thanks :)

Wednesday, October 8, 2014

Tumbuhan Hiasan?


Assalamualaikum....
Tumbuhan hiasan apakah ini? ada sesiapa yg tahu nama pokok hiasan renek berdaun merah2 kehijau-hijauan, berbunga putih seperti kelopak2 bunga butang putih ini?

Bunga.
Tumbuhan hiasan cantik yg masih x kukenali ini amat mudah ditanam dgn menggunakan keratan batang, hanya rendam dlm air je bahagian bawah keratan batang tersebut & dlm masa seminggu akar2 kecil akan muncul, & bolehlah ditaman. Boleh juga ditanam direct ke tanah :) Pokok ini juga amat sesuai ditaman di bawah cahaya matahari terik & separa lindung. Warna merah daunnya akan lebih terserlah...

Daun.
Tumbuhan hiasan di depan rumahku.



 Juga cantik ditanam di dalam pasu. :)


Friday, October 3, 2014

My Lovely cosmos~Enjoying the beauty of Nature....

Into the sun...
Just enjoy the clouds...
Good Morning Sunshine....
On the beautiful morning weather

Beautiful blooms...

Single but still attractive...

How Many petals? Am I double-flowered?
New color in my lovely garden...

Thanks & enjoy the nature......

Thursday, October 2, 2014

Balsamku sayang....

Kembung/Impatient balsam/touch-me-not

Assalamualaikum, Salam Jumaat, berbalik kpd postku yg lepas berkenaan dgn balsam pada mulanya aku x berapa berminat dgn bunga balsam jenis touch-me-not ni berbanding dgn saudaranya iaitu "Busy Lizzie" (Impatients walleriana), yg pernah kupostkan dlm blogku sebelum ini, tetapi setelah melihat keunikan & keindahan bunganya yg umpama bunga mawar yg sedang berkembang mekar (double petals balsam), maka aku pun mula mencari2 benih balsam ini. (now I'm taking my words back, after falling in love with this touch-me-not balsam's haha..... :p)

Pencarian menjadi mudah apabila Kak Diana "Kebun Bahagia Bersama" ada menjual benih2 balsam yg lebih cantik lagi iaitu bicolor. Semua color yg Kak Diana jual kubeli dan sempat juga kutanam kesemua jenis yg kubeli drpnya & baki benih yg itu kusimpan, namun beberapa hari lepas tu, lebihan benih itu habis dicuri oleh sang Rattus norvegicus, geram sungguh hatiku tetapi syukur Alhamdulillah, setelah beberapa bulan berlalu, kini pokok2 balsam ini telahpun menambahkan kecantikan & keceriaan dgn warna-warninya di laman tepi rumah.

Manakala balsam/kembung single petal pula benihnya kuperolehi drp ibu di Kampung. Banyak sungguh pokok2 balsam yg ditanam ibu, tetapi mostly single petal. Salah satu petua utk menanam bunga2 yg variety warna & berbiji benih spt balsam atau zinnia, bagi mendapatkan warna baru yg pelbagai (bukan warna asal induk) adalah dgn menanam benih bunga tersebut pada hari Jumaat, petua dari Arwah nenekku. & petua ini masih kupraktikkan sehingga kini, & baru2 ini mucul pula balsam selapis warna merah yg tak pernah pun ada sebelum ini, kecuali yg berlapis, syukur Alhamdulillah :)

Koleksi2 balsam kesayanganku...

Single petal...
Balsam Putih

Balsam Magenta selapis

Balsam ungu selapis


Balsam merah selapis.

Bicolor & Berlapis....

Pink
Ungu

Merah Jingga.

Merah putih

Ungu putih

Benih utk dituai...

Benih x sempat nak tuai :p


















Flowers in the window...

Assalamualaikum & salam Jumaat....
Bunga telang/Clitoria's in the window

Pagi tadi, ketika membuka tingkap rumah tetiba kuterpandang bunga telang menumpang di pasu bunga hoya, telahpun mengeluarkan beberapa kuntum bunga, sekaligus lagu "Flower's in the window" dendangan kumpulan Travis yg pernah menjadi salah satu playlist lagu2 kegemaranku masa buat assignment time study di Uitm KK secara automatik bermain2 dlm ingatanku. Wajah2 rakan baik satu persatu muncul di dlm sanubari. Wow sdh hampir 10tahun kutinggalkan zaman belajar, begitu cepat masa berlalu. Kawan2ku pun skrg ramai dh berkerjaya dgn jayanya...
Pokok bunga telang menumpang di pasu bunga hoya.

"hmmm...sedap jugak bunga telang ni jika dibuat teh utk mengurangkan sakit ulser di mulutku ini, penyakit warisan keluarga ini perlu kuubati dgn segera memandangkan stok bunga telang berlambak di kebun sejemput di tepi rumah, ditambah pula dgn pokok baru yg tumbuh menumpang (senang sungguh benihnya bercambah), sedikit sebanyak memudahkan kerjaku utk ambik je dari tingkap, malas nak keluar rumah, tapi hanya utk hari ni je, esok kena ambil di luar juga hehe....Ku petik 3 kuntum bunga telang, cuci dgn bersih, & terus terjunkan ke dlm cawan berisi air panas. Tunggu sehingga air suam2 kuku ditambah dgn sedikit madu asli, baca basmalah & salawat 3x kemudiah slrupppp....


Teh telang mengurangkan sakit ulser mulut.

Antara khasiat bunga & daun telang yg kuketahui, air rebusan/teh bunga telang dpt mengurankan rasa sakit ulser mulut & meredakan masalah insomnia selain drp itu utk melegakan sakit kepala masukkan bunga atau daun kacang telang dlm bantal & bolehlah tidur.... 


 Flower's in the window by Travis


Utk pembacaan lebih lanjut tentang khasiat bunga telang bolehlah click:-






Thursday, September 25, 2014

Bunga Butang, khasiat & Manfaatnya...

Bunga butang/Bunga 40 hari/Globe Amaranth/Gomphrena globosa
Assalamualaikum....Seperti juga post2 yg lepas, kebanyakan bunga2 yg kutanam adalah kesinambungan drp memori2 indah ketika zaman kanak2ku, pengaruh drp ibuku, di mana ibuku adalah seorg yg sangat suka menanam bunga, & salah 1 bunga yg menjadi kegemarannya adalah bunga butang. Bila diingatkan kembali, bunga2 butang ini banyak sekali ditanam ibu & warna yg paling menceriakan suasana laman rumah pada ketika itu adalah bunga butang merah, ungu, putih, & jingga.

Bunga butang yg paling tumbuh & mendominasi di laman rumahku pula adalah bunga butang putih, x sangka pula warna ini yg paling banyak, 2 buah pasu semaian kugunakan utk menyemai benih bunga2 butang ini, sepasu kusemai warna putih & ungu, manakala sepasu lagi kusemai warna lavender lembut & merah jambu. Namun pasu yg mengandungi benih merah jambu & lavender lembut habis digali kucing utk dijadikan tandas. Terpaksalah kuselamatkan benih2 yg telahpun bercambah sekadar yg ada. Syukur alhamdulillah banyak juga pokok2 bunga butang lavender lembut yg selamat, manakala warna merah jambu semuanya x survive :(

Bunga2 butang di laman rumahku :)

Bunga butang putih
Bunga butang "Smooth Lavender pink"
Bunga butang "Lavender"
Bunga butang ungu.
Bunga2 butang yg tumbuh dgn suburnya di laman rumahku ini amat menarik perhatian serangga terutamanya rama-rama, berbanding dgn bunga2an yg lain. Selain drp itu cicak mengkarung juga suka memanjat di batang2 & dedaun pokok bunga butang, krn terdapat banyak makanannya iaitu rama2 :p

Bunga butang amat sesuai ditanam bagi sesiapa yg mengemari rama2.

Cicak mengkarung di rimbunan pokok2 bunga butang.

Selain drp itu bunga butang juga amat sesuai dijadikan "drying flower", potpouri ataupun "Fresh Flower arrangement". Bunga ini amat sesuai ditanam di kawasan yg terdedah kpd cahaya matahari penuh ataupun separa naungan. Bunga akan kurang dihasilkan jika ditanam di tempat yg redup.

Bunga butang juga memiliki khasiatnya tersendiri, & salah 1 cara utk memperolehi khasiatnya dgn mudah adalah dgn membuat teh bunga butang. Kupilih bunga butang warna ungu krn warnanya yg lebih menyerlah & lazim dibuat teh, kpd pengemar2 teh bolehlah cuba buat teh bunga yg berkhasiat & menyegarkan ini. Teh bunga yg x pahit & mempunyai sedikit rasa manis.


Teh bunga butang ungu segar.

Cara membuatnya....
utk secawan teh, hanya gunakan 250ml air panas, rendamkan 2-5 kuntum bunga butang ungu segar yg telah dibasuh, selama 3-5 minit, tapis dan bolehlah diminum ketika suam.  Boleh juga dicampurkan bersama2 dgn teh bunga2an yg lain ataupun dgn teh jenis daun. Juga boleh ditambah dgn 1/2 sudu teh madu asli utk menambahkan sedikit kemanisan.


Khasiat bunga butang.
  • Kelopak bunga butang kaya dgn phyto-nutrien, anti-oksidan (anti radikal bebas), Vitamin A, B & kumpulan Vitamin B.
  • Mineral spt Germanium, Selenium semulajadi,  zat besi, zink, kalsium, Manganese, Potassium, Phytesterol Saponosides, & beberapa asid amino yg lain.
  • Kelopak bunga butang kering yg dilembabkan dgn sedikit air & diletakkan di bahagian bawah mata dapat digunakan utk menghilangkan eyebag/kantung mata & memudarkan lingkaran gelap di bawah mata. Letakkan kelopak bunga butang lembab setiap hari sehingga nampak perubahannya.
  • Teh bunga butang juga boleh diminum utk mengurangkan stress, krn khasiatnya yg menenangkan serta memberikan tenaga kpd sarat & juga otot. Keletihan & keagrassifan juga dpt diatasi,
  • Baik utk sistem penghadaman & meningkatkan konsentrasi. 
  • Baik utk kesihatan kulit.
  • 10 Kuntum bunga butang ini direbus  dgn 500ml air & minum sebanyak 3 kali sehari sbg ubat utk asma bronkial.
  • Utk mengubati penyakit kencing tak lawas, rebus sebanyak 3-10gm bunga butang (8-15 kuntum bunga butang) & diminum airnya.
  • Anggota badan yg sakit akibat lebam/bengkak/luka juga dpt diubati dgn menggunakan beberapa helai daun bunga butang yg dihancurkan sehingga menjadi pes, ditampal pada bahagian yg sakit & kemudian ditutupi dgn daun bunga butang yg masih segar.
     
Benih bunga butang.
Bunga butang memang berkhasiat, selain drp itu menanamnya di laman rumah juga dpt memberikan keceriaan serta menambahkan kecantikan di laman rumah.

P/S: Siapa ada benih bunga butang warna merah? Jualkan kpdku ya...thanks (email: roslizah22@gmail.com)

Membaca jambatan ilmu, tambahkan pengetahuan tentang bunga butang:-