Showing posts with label Bunga Morning Glory.. Show all posts
Showing posts with label Bunga Morning Glory.. Show all posts

Friday, July 1, 2016

Bunga2 Seripagi Mekar di laman...

Assalamualaikum,...


Salam Ramadhan buat semua, nampaknya tinggal beberapa hari lagi syawal bakal menjelma, terasa begitu singkat masa berlalu...semoga segala amal soleh yang kita lakukan di bulan yang penuh keberkatan ini diterima dan diredai Allah SWT...

Dalam bulan ini juga, mood utk berkebun sedikit terjejas kerna terasa diri sedikit malas hihi...& aku cuma  meluangkan sedikit sahaja masa untuk membelai dan menanam semula tanam2an yang berada di laman, ditambah pulak dengan seranggan drastik dr siput2 kebun esp siput babi yang sungguh mengeramkan, maka banyaklah bunga2an dan sayur2an yang rosak dan mati, terutamannya bunga marigold & anak2 sawi yang baru kusemai.

Namun, syukur Alhamdulillah, bunga2an yang menjadi kegemaranku buat masa ini tetap tumbuh subur & berbunga mekar, walaupun terdapat sedikit seranggan daripada serangga perosak, antara bunga2an yang berkembang mekar pada bulan ini adalah bunga seri pagi Scarlet O'Hara, Chocolate Rose Silk (pemberian Kak Mala, My Green Eyes) dan bunga seri pagi JMG Akatsuki Tsuyu pink & purple (kubeli dari Mieyza Seeds Galore).

Bunga seri Pagi Scarlet O'Hara, benih pemberian Kak Mala,My Green Eyes..TQSM kak

Bunga Seri Pagi Chocolate Rose Silk, juga benih dari Kak Mala... :D

Menunggu Hari Hujan..

Mekar indah di bulan Ramadhan...
Bunga2 Seri Pagi Scarlet O'Hara yang amat rajin berbunga ini, mengingatkan ku kepada wayang lama tahun 1939 iaitu "Gone With The Wind" di mana heroinnya yg juga merupakan watak utama bernama "Scarlet O'Hara", Adakah nama bunga ini diambil bersempena dengan nama watak tersebut ye? hehe...just curious to know... :P

JMG Akatsuki Tsuyu "Bunga Biru" yg sedang berkembang mekar.

Daun bunga JMG Akatsuki Tsuyu, yg berbelang2, adakah disebabkan serang penyakit daun? any info?

Kembang serentak "Pink & blue"...so Lovely :D

Lovely Pink

Alhamdulillah...memang seronok menikmati keindahan bunga2 seripagi yang berkembang indah ini, seawal jam 6 pagi bunga-bunga seripagi ini sudah mula melebarkan kelopaknya, hebat sungguh nikmat kekuasaan Allah SWT...

Dikesempatan ini jua, ku ingin memohon kemaafan atas segala kesalahan dan kesilapan buat semua teman blogger & pembaca MWT...Selamat berpuasa dan Selamat hari raya Aidilfirti 2016, semoga bergembira menyambut lebaran nanti....

Thanks for reading....

Thursday, October 8, 2015

Small Wild Morning Glory...So Cute :)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bunga seri pagi liar yang comel.
Salam Jumaat....minggu ini, hujan turun agak kerap juga di daerah Pontian & jerebu nampaknya telah semakin berkurang & mentari telahpun memancarkan sinarnya dgn lebih garang hehe.. seperti biasa jugaku melakukan perkara rutin bagiku iaitu menangkap gambar2 flora dan fauna terutamanya bunga2 di laman rumahku, tetapi kali ini pula ketika berjalan2 di sekitar kawasan perumahanku ini, berhampiran dengan kebun sayur jiran yang sedikit terbiar, kulihat sekelompok bunga seri pagi liar sedang berkembang, apa yang menarik perhatianku adalah kecomelan bunga ini yang berkembang begitu indah di waktu pagi, menjalar di sana sini pada pokok2 roselle & cili padi tanpa diperdulikan tuan punya kebun hihi...

Oleh kerana kurangnya info berkenaan dengan bunga seri pagi ini, aku pun membuat carian melalui internet apakah gerangan namanya bunga liar yang comel ni, & aku sedikit confuse, samada bunga ini adalah Ipomoea x leucantha atau Ipomoea triloba (opsss....tak mungkin ini adalah
Aeia 'Tiny Bell) sebab kelopak bunga tak bujur tetapi sedikit bulat hihi... ada siapa2 boleh tolong kenalpasti? thanks...


Menjalar bebas di pokok cili padi.

Menjalar di pokok roselle.


Di bahagian hadapan jalan ke kebun jiran pula, kelibat bunga cypress Vine merah tumbuh dengan begitu subur sekali, suka sangat kutengok rimbunan bunga2 kecil cypress vine merah ini, tumbuh liar tanpa diperdulikan sesiapa.

Rimbunan Cypress Vine tumbuh meliar.


Bunga yang sungguh menarik.

Biji benih free hehe...
Memang agak seronok juga sekali skala jalan2 sambil menangkap gambar2 bunga2an liar ini, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Kuasa...

Thanks for reading...have a great day...



Friday, March 27, 2015

Bunga dalam semak...


Assalamualaikum & salam Jumaat...

Pagi tadi ketika menyiram bunga-bungaan dan tanam-tanaman di laman rumah, tiba-tiba mataku terpandangkan bunga yang dah lama tak mengihiasi laman rumahku, dah beberapa bulan benih-benih bunga ini kusimpan & tidak ditanam. Bila melihat sekuntum bunganya kembang mekar tumbuh subur bersama-sama rumput, perasaan nak tanam bunga ini muncul kembali.

Bunga seri pagi "Chocolate Rose Silk" tumbuh subur di atas tanah.


Kuat juga semangat si morning glory ni tumbuh sendiri tanpa perlu dicambahkan, Maha suci Allah...

Sebenarnya aku terfikir juga, dari manalah datangnya benih bunga ini, selamaku menanam bunga ini, tak pernah pula aku mencampak benih bunga ini di dalam semak, dan kesemua bunga seri pagi yang kutanam adalah di dalam pasu di beranda rumah. Mungkin jugalah anak-anakku yang mencampakkan benih bunga ini, sebab mereka berdua rajin menolongku menyiram bunga.. :)
Lepas ni nak pindahkanlah bunga ni dalam pasu...cantik pula dipandang hehe....thanks for reading :)

Wednesday, September 10, 2014

Bunga "Morning Glory" pertamaku.....

Sememangnya inilah pertama kali kutanam bunga seri pagi, 1st trial, sebelum ini memang aku x berapa peduli langsung dgn bunga seri pagi ini, tetapi oleh kerana selalu melihat 'post' tentang bunga ni dr blog kwn2, lantas terniat juga dihati utk cuba2 menanam. Syukur Alhamdulillah menjadi juga, selepas ni akan ku tanam pula benih2 bunga seri pagi yg lain...

"Chocolate Rose Silk"



Daunnya yg memiliki bentuk tersendiri juga begitu menarik perhatiannku kerana daunnya yg berbentuk seperti "dragonfly leaf" umpama seekor pepatung yg sedang mengebarkan sayapnya....



Sepalnya juga agak panjang & pod benih juga menuju ke arah atas. Selepas ini mungkin banyak lagi info yg perlu kucari bagi mengenali bunga seri pagi ini, memang agak menarik utk dikaji & dipelajari :)