Friday, March 20, 2015

Larva rama-rama helang & anak mentadak #2

Assalamualaikum & selamat hari Sabtu..

Anak mentadak hijau/praying mantis di bawah daun ati-ati.
Beberapa hari lalu ketika membelek2 pokok ati2 di laman rumah tetiba je aku terserempak dengan serangga berkaki 6 dari keluarga Mantidae ini, ini adalah kali 3 aku terjumpa dengan anak2 mentadak ini, semenjak aku tertarik dengan keunikan serangga ini. Mentadak yang lazimnya ditemui adalah yang berwarna hijau dan perang.

Aku mula tertarik dengan mentadak apabila bersembang2 dengan sepupuku Dayang Norain yang pada waktu itu sedang menyiapkan thesisnya berkenaan dengan serangga ini, dan dia menyatakan bahawa mentadak merupakan pemangsa yang hebat di dalam dunia serangga, lagipun mentadak ini tidak merbahaya kepada manusia, dan terdapat juga mentadak orkid comel yang berwarna merah jambu dan putih.

Can you find baby mantis?
Sedikit informasi mengenai mentadak.

Mentadak merupakan antara serangga pemburu yang hebat di dalam menyerang hendap mangsanya, kaki hadapannya (kaki raptorial) yang bercangkuk telahpun disesuaikan dengan persekitaran, merupakan senjata yang ampuh untuk menangkap mangsanya. Ketika mencari mangsa, mentadak kebiasaannya akan mengkakukan dirinya, & menyamar di persekitaran yang bersesuaian dengan warnanya dan dengan perlahan-lahan akan menghendap mangsanya, dan apabila mangsa tersebut iaitu serangga ataupun haiwan kecil semakin hampir, mentadak dengan sepantas kilat akan menyambar dan akan terus memakan mangsa tersebut, sama ada hidup ataupun telah mati.

Mentadak merupakan serangga yang agak rakus dan memakan hampir apa sahaja serangga dan haiwan kecil yang boleh ditangkap seperti labah-labah, ular kecil, burung, dan serangga-serangga perosak seperti aphids, belalang, ulat, leafhoppers, kupu-kupu, rama-rama, dan cengkerik menjadikannya sesuai untuk dijadikan "organic pest control" tetapi oleh kerana mentadak adalah serangga karnivor, ia turut memakan serangga berfaedah utk kebun seperti kumbang kura-kura dan lalat pencuri, ia juga memakan spesis sendiri (bersifat kanibal terutamanya mentadak betina yang kadangkala akan memakan si jantan ketika atau selepas mengawan, anak-anak mentadak juga akan memakan adik-beradiknya yang lain jikalau makanan sukar didapati ).

Mentadak orkid yang sangat cantik (sumber pic mforum.cari.com.my)
Mentadak orkid/Hymenopus Coronotus adalah antara mentadak tercantik dan unik yang pernah kulihat secara tak live hehe..kalo dapat lihat live alangkah bestnye...spesis mentadak ini boleh diperolehi di hutan hujan di negera kita dan di Indonesia, untuk lebih info tentang mentadak orkid ini bolehlah klik di sini.

Sebelum mengetahui tentang mentadak, kusangkakan mentadak ini adalah serangga sefamily dengan belalang, rupanya sangkaanku meleset sekali, kerana mentadak mempunyai family sendiri iaitu Mantidae, dan pernah jugaku menangkap beberapa ekor anak mentadak sesat di dalam rumah untuk dibela, ada juga kutanyakan kepada sepupuku Dayang Nurain yang pernah membela mentadak, apakah makanan untuk mentadak, dia menyatakan bahawa serangga kecil2 yang terbang seperti nyamuk juga boleh diberikan kepada anak mentadak.

Dayang Nurain bersama mentadak belaannya.
 Tetapi memandangkan kurasakan agak sukar untuk mencari makanannya walaupun tak sesukar manapun hehe...maka hanya semalaman je anak mentadak tu kubela, lagipun akuarium plastik empat segi kecil tempatku letak anak mentadak tersebut, menjadi mainan anak-anakku, habis digoncang-goncankan akuarium plastik tersebut tak tahulah kalo anak mentadak tersebut pening2 hehe. Menyebabkan keesokan harinya kulepaskan anak mentadak tersebut di pohon kacang botor.

Anak2 seronok melihat mentadak...
Mentadak juga boleh dijadikan serangga belaan kerana serangga ini bersifat seperti intuitif dan bijak, teringat pula zaman kanak-kanak dahulu jikalau ada mentadak sesat masuk ke rumah, aku dan adik beradik/sepupu akan menangkap dan bermain olok-olok, mengusik mentadak, ayat power time tu "mentadak mentadu macam mana si anu tidur" dan kami akan ketawa beramai2 jika mentadak tersebut membuat gaya ntah apa2 hehe...seronoknya zaman kanak2..  bagi sesiapa yang berminat untuk membela serangga ini, bolehlah klik di sini.

Tambahkan pengetahuan mengenai mentadak:

1) Praying mantis
2) NATURAL  PEST  CONTROL  WITH  PRAYING MANTIS
3) Mentadak orkid

Terima kasih banyak2 kepada Dayang Nurain kerana sudi berkongsi ilmu berkenaan dengan dunia mentadak & terima kasih juga kepada anda kerna sudi membaca :) have a great weekend...

14 comments:

  1. Cantiknya mantis orkid tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu memang cantik sangat mantis orkid ni!

      Delete
  2. Kat rumah kak banyak mentadak hijau ni...senang jumpa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. untungnya kak Mala...tak payah beli racun seranggalah camni..natural pest preditor dah ada hehe...

      Delete
  3. Salam Julie,


    I harap kat garden I tu ada baaaanyak mentadak supaya boleh makan belalang dan serangga pemusnah yang lain hihi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah Honey..
      Julie pun harap kat garden Julie ada banyaaaaaak mentadak hehe...

      Delete
  4. Lama pula tak nampak predator ni.
    Agaknya ayam yang bertambah ni pergi hunting mentadak kut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...betul tu kak Diana, ayam2 ni memang best semua benda yg dia rasa boleh mkn memang dirembatnya je...

      Delete
  5. Kat pokok bunga bunda belalang kunyit adalah selalu...tapi mentadak tak pernah nampak pun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu Julie pun ingat kat pokok2 bunga Julie takde mentadak ni Bunda, rupa2nya ada gak..maybe ada tu Bunda, tapi tak banyak kot cam tempat Julie ni gak...ada tapi tak banyak...

      Delete
  6. betui julie, selama ni ingatkan mentadak ni dari keluarga belalang....tima kasih kongsikan info ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih juga kak @na, kerana sudi membaca :)

      Delete
  7. ada pembetulan di bahagian "dia menyatakan bahawa serangga kecil2 yang terbang seperti nyamuk juga boleh diberikan kepada anak mentadak"..hehe nyamuk bukan la contoh untuk serangga kecil2 yang mantis makan..mksd sy adalah serangga kecil2 sperti lalat buah (fruit fly).. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaa...terima kasih banyak2 utk pembetulan tu Cousin, tapi memang nyamuk pun termasuk dlm diet baby mantis juga kan? hehe...

      Delete