 |
| Taiwan Beauty/Mexican Heather/colombian waxweed/False Heather/Elfin herb/Cuphea hyssopifolia/Parsonia hyssopifolia. |
Aku mula mengenali pokok bunga ini sewaktu di sekolah rendah kerana pokok bunga ni banyak sekali ditanam di tepi2 pagar sekolah (tapi masa tu x tahu pula nama pokok bunga ni).
 |
| "Taiwan Beauty Ungu" |
"Taiwan beauty?" inilah nama bunga ini, yg ku perolehi melalui sebuah blog, tapi terfikir juga apa kena mengena bunga ni dengan negara Taiwan?, sedangkan pokok ni asalnya dari negara2 di Amerika Latin seperti Mexico, Guatemala & Honduras hmmmm...confuse juga...
 |
| "Taiwan beauty Putih" di laman rumahku. |
Tumbuhan ini memiliki bunga2 yang kecil, banyak & comel, disamping pokoknya yang renek & tahan lasak yg boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5meter amat sesuai ditanam di tempat yg terdedah kpd cahaya mentari & separa terlindung, tidak memerlukan penjagaan yg rapi & mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Kebiasaannya warna bunga yg selalu kulihat adalah Ungu, putih & merah jambu muda. Tetapi terdapat juga warna yg xpernah kulihat lagi sebelum ini iaitu kuning & merah. (bestnya kalo dpt tanam :)....
 |
| "Taiwan beauty Kuning" sumber dr Internet.... |
 |
| "Taiwan Beauty merah" sumber www.arbolesornamentales.es/Cuphea.htm |
Di Brazil, pokok bunga "Taiwan beauty" ini yg juga merupakan pokok herba digunakan utk menurukan paras kolesterol & trigliserida (sejenis lemak dlm tubuh). Manakala di Guyana Perancis pula, batang & daunnya dilumatkan lalu dijerukkan dengan rum utk disapu pada anggota badan yg tergeliat, selain itu rendaman daun pokok taiwan beauty ini juga digunakan sebagai ubat utk melegakan demam menggigil. Terdapat pelbagai lagi khasiat yg boleh diperolehi daripada tumbuhan herba hiasan ini, tapi yg pasti kecomelan bunga2nya sentiasa menarik perhatianku :)