| Hempedu bumi/Akar Cerita/Sambiloto/Andrographis paniculata/King of bitter/Chuan Xin Lian/KanJan/Kalmegh |
| Daun hempedu bumi |
Awal tahun ini, aku mula perasan pada mulanya hanya terdapat sepokok sahaja hempedu bumi yg tumbuh berhampiran dgn pasu2 bunga ati2ku. Kubiarkan sahaja pokok tersebut & beberapa bulan lepas pokok2 ini sudah mula membiak dgn cemerlang, sekarang terdapat 5 btg pokok hempedu bumi sederhana besar tumbuh meliar d laman rumah, namun kubiarkan sahaja (pic di atas adalah pokok hempedu bumi yg menumpang dlm pasu pokok lidah buaya, yg sangat subur)
Aku amat tertarik dgn bunga2an hempedu bumi yg bentuknya seakan2 bunga Lobelia, tetapi bunga hempedu bumi lebih kecil, comel, berwarna putih & mempunyai tompok serta garis2 berwarna maroon pada kelopaknya.
| Bunga Hempedu bumi. |
Melalui sedikit pembacaan, pokok hempedu bumi banyak dijumpai di India & Thailand. Tumbuhan herba ini mudah diperolehi di sekitar rumah, longkang, & kawasan semak samun bertanah gambut.
Hempedu bumi merupakan herba semusim yg tumbuh secara menegak, & boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70cm.
| Hempedu bumi tumbuh di tepi longkang. |
Cara2 Pengunaan hempedu bumi.
1) Untuk menyembuhkan luka, tumbuk daun hempedu bumi sehingga lumat & tempelkan pada luka.
2) Untuk merawat bekas gigitan serangga bolehlah dihancurkan beberapa helai daun hempedu bumi & sapukan pada bekas gigitan itu.
3) Air rebusan daun hempedu bumi diminum utk menurunkan tekanan darah tinggi & merawat kencing manis. Namun dos standard air rebusan daun hempedu bumi yg boleh diambil setiap hari adalah secawan (250ml) setiap kali & sebanyak 3 kali sehari.
| Anak pokok hempedu bumi. |
Elakkan juga menggunakan herba ini ketika mengandung atau masih menyusukan anak bagi kaum wanita, kerana hempedu bumi boleh merendahkan paras kesuburan pada manusia termasuk juga lelaki :)
Info mengenai hempedu bumi:
1) http://www.ridzalmersing.com/tanaman-herba/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html
2) http://animhosnan.blogspot.com/2013/12/hempedu-buni-sambiloto.html


