Wednesday, June 25, 2014

Sawi2ku...

Sawi adalah antara sayur yang pada pendapatku amat mudah ditanam, cepat membesar & mengandungi banyak  vitamin A,B,C,E,K, karbohidrat, protein, kalsium, kalium, zat besi dan magnesium. Ia juga sangat kaya dengan serat yang boleh membantu proses pencernaan. Kupilih utk menanam sawi putih kerana sawi putih dipercayai dapat membanyakkan pengeluaran ASI, :)

Sejuk mata memandang warna hijau sawi ni :)

Paling best dlm menanam sawi ni adalah time harvest sawi & hasilnya best puas hati, Syukur Alhamdulillah...






Monday, June 16, 2014

Bunga Bintang Putih aka Lidah Payau.

Bunga Lidah Payau/Estrella/Star of bethlehem/Kitolod/Isotoma longiflora
Sewaktu melalui kawasan semak berhampiran dgn kawasan kejiranan, kuterpandang pokok bunga kecil yg tumbung dgn banyaknya di kawasan tersebut, aku tertarik sangat dengan tumbuhan berbunga ini kerana bentuk bunganya seperti bintang tunggal, tegak, bertangkai panjang, muncul dari celah dedaun, dan berwarna putih bagaikan penegasan di sebalik kehijauan rumput rumpai yang tumbuh meliar di kawasan tersebut. Apa lagi, setelah memerhatikan keunikan pokok lidah payau ini terus je kucabut 3 batang pokok & tanam dalam pasu utk dijadikan sbg tanaman hiasan :)

Lidah payau yg kutanam di dalam pasu.
Pada mulanya memang tidak kutahu bahawa pokok bunga ini mempunyai khasiatnya tersendiri, kuanggap tumbuhan ini cumalah rumpai berbunga putih yang memiliki bunga dan daun yg cantik, rupa2nya bunga lidah payau memiliki khasiat utk menyembuhkan sakit mata, daunnya boleh digunakan utk menyembuhkan sakit gigi, anti radang, menghentikan pendarahan pada luka dll. Namun getah pada tumbuhan ini adalah merbahaya kerana ianya beracun. Utk makluman lebih lanjut boleh baca di sini :)

Pokok lidah payau ini selalunya ditemui di kawasan semak & juga merupakan sejenis tumbuhan yg sangat mudah ditanam, x perlukan penjagaan yg rapi, yg penting jangan letakkan pokok ini di bawah sinar mentari kerana ia x tahan panas. 


Lagi info berkenaan dgn pokok lidah payau;

Monday, June 9, 2014

Bunga Marigold Kesayanganku...

Bunga Marigold generasi pertama yang kubeli.
Aku memang suka sangat dengan bunga marigold yg juga dikenali sebagai bunga tahi ayam. Setiap kali memandang bunga ini, membuatkan kuteringatkan emak di kampung, kerana bunga ini merupakan bunga kegemaran emak.

Kubeli 2 buah pasu bunga marigold (gambar atas) seawal mula2 berpindah di rumah sewa ini, kerana kegagalan ku menyemai benih bunga marigold jenis Franch yang telah kubeli dari sebuah pasaraya, Namun marigold yg berwarna kuning mati dahulu akibat terover siram huhu, kasihan bunga marigodku...

Generasi Kedua bunga Marigoldku.

Generasi kedua bunga marigoldku ini adalah yang paling aku suka tengok, kerana bunga2nya yang besar dan menyerupai African marigold pula, ntah amcm boleh bertukar bentuk, padahal bunga asal color jingga x pun besar & kembang macam tu.

3 keping gambar di bawah pula merupakan Marigold generasi ketiga, tetiba pula muncul bentuk yg lain dari pokok induk (gambar 1 & 2), best jugak tengok perubahan2 bunga ni, tapi tengok2 x pula muncul bunga seperti generasi kedua dahulu.




Bunga marigold memang cantik, walaupun baunya xlah menarik tetapi susun atur kelopaknya yg pelbagai sangat menarik perhatianku, maybe next time akan kucuba utk tanam lagi variasi marigold yg lain, :)

Bunga2 Marigold di laman rumahku.

Sunday, June 1, 2014

Menyemai Benih Yang Mencabar?.....

Ketika melawat rumah mertuaku bulan lepas, kuterpandang pokok periuk kera (Nepenthes rafflesiana) yg tumbuh dgn subur sekali, diletakkan di atas tembok pagar rumah, tetiba kuteringatkan benih periuk kera yg telah kubeli beberapa bulan lepas, alamak, lupa pula nak tanam benih2 periuk kera ni, sayangnya laaa.... harap2 masih ada harapan....

Periuk kera yang sungguh unik.

Periuk kera kepunyaan ayah mertuaku....

Seingatku, ketika zaman kanak2ku dahulu pokok2 periuk kera ini amat mudah dijumpai terutama sekali di kawasan2 semak2 & belukar2 kecil di sekeliling kampungku, tetapi pada masa sekarang memang tipis sangatlah harapan nak jumpa pokok2 ni lagi, memang dah lenyap maybe kerana kebanyakan semak2 & belukar2 kecil telahpun dihapuskan untuk dijadikan kawasan  perumahan.


Benih periuk kera yg kubeli drp Saudara Mohammad Rizqon.
Benih2 periuk kera ini kuperolehi daripada seorang kawan iaitu En. Mohammad Rizqon yang telahpun memberitahuku bahawa benih2 ini memang amat sukar utk bercambah, memerlukan kesabaran yg jitu, sebab benih2 periuk kera amat sukar & cerewet utk dicambahkan, fuh.......bila kurujuk daripada beberapa video daripa youtube & information drp internet, benih2 periuk kera ini memang mengambil masa yg agak lama utk bercambah, paling minimum pun 3 bulan. wow.....apa2 pun ku akan cuba utk menanam benih periuk kera ini & wish me luck :) hehe......

Cara Menanam benih periuk kera.