Showing posts with label Bunga Marigold.. Show all posts
Showing posts with label Bunga Marigold.. Show all posts

Friday, January 9, 2015

Bunga Marigold lagi :)

Assalamualaikum.....

Pagi ini, Seperti kelazimannya, rutin harianku menyiram & membelek2 bunga2an di laman rumah, Kali ini bunga Marigold 'Bali Yellow" pula menjadi perhatianku, bila mana kudup2 bunganya telah mula berkembang mekar, begitu juga dengan bunga marigold Royal red. Kedua2 benih bunga ini kubeli daripada Mieyza Dahlan :)

African Marigold "Bali Yellow"

Kudup bunga yang agak besar, hampir sebesar tapak tanganku :)

"Tak wangilah bunga ni mama!"
Franch Marigold "Royal Red"

Tumbuh subur di laman rumahku.


SubahanAllah...Tona warna marigold yang amat menawan!
Thanks for dropping by :)

Tuesday, November 11, 2014

Small but still charming!







Assalamualaikum...Dah lama tak tengok bunga marigold berkembang di laman rumah, now hari ini, syukur Alhamdulillah sepokok bunga marigoldku jenis sparky (x 100% sure, betul x identiti bunga marigold ni sparky type?) dah pun full bloom...so happy :)

Monday, June 9, 2014

Bunga Marigold Kesayanganku...

Bunga Marigold generasi pertama yang kubeli.
Aku memang suka sangat dengan bunga marigold yg juga dikenali sebagai bunga tahi ayam. Setiap kali memandang bunga ini, membuatkan kuteringatkan emak di kampung, kerana bunga ini merupakan bunga kegemaran emak.

Kubeli 2 buah pasu bunga marigold (gambar atas) seawal mula2 berpindah di rumah sewa ini, kerana kegagalan ku menyemai benih bunga marigold jenis Franch yang telah kubeli dari sebuah pasaraya, Namun marigold yg berwarna kuning mati dahulu akibat terover siram huhu, kasihan bunga marigodku...

Generasi Kedua bunga Marigoldku.

Generasi kedua bunga marigoldku ini adalah yang paling aku suka tengok, kerana bunga2nya yang besar dan menyerupai African marigold pula, ntah amcm boleh bertukar bentuk, padahal bunga asal color jingga x pun besar & kembang macam tu.

3 keping gambar di bawah pula merupakan Marigold generasi ketiga, tetiba pula muncul bentuk yg lain dari pokok induk (gambar 1 & 2), best jugak tengok perubahan2 bunga ni, tapi tengok2 x pula muncul bunga seperti generasi kedua dahulu.




Bunga marigold memang cantik, walaupun baunya xlah menarik tetapi susun atur kelopaknya yg pelbagai sangat menarik perhatianku, maybe next time akan kucuba utk tanam lagi variasi marigold yg lain, :)

Bunga2 Marigold di laman rumahku.