Friday, May 13, 2016

Tanaman Hias Pedal Ayam - Iresene diffusa ‘Auro-reticulata’

Pokok pedal ayam/Iresene diffusa ‘Auro-reticulata’ berdaun hijau.
Assalamualaikum & salam sejahtera kepada semua pembaca MWT..

Aku mulai mengenali tanaman saka jenis renek yang digelar sebagai pokok pedal ayam ini, melalui seorang teman FB beberapa tahun lepas. Akibat terlalu minat dengan tanaman hias Ati-ati, aku mulai mengumpul dan menanam pelbagai jenis ati-ati dan ketika dalam pencarian, melalui sistem barter, kutukar pelbagai jenis ati-ati yang ada padaku kepada seorang sahabat FB yang juga meminati tanaman hias ati-ati ini, antara ati-ati yang kuperolehi daripadanya adalah "Pokok Pedal Ayam" yang diperkenalkan kepadaku dengan nama "Ati-ati pedal ayam".

Setelah berjaya membiakkan pokok pedal ayam yang kusangkakan daripada family ati-ati ini aku pun dengan confidentnya memberitahu sahabat-sahabat peminat ati-ati bahawa ini juga merupakan sejenis ati-ati...hehe..Namun setelah membuat beberapa pemerhatian, terutamanya dari segi pembiakan tanaman ini, apa yang kuperhatikan setelah beberapa lama menanam tanaman hias ini adalah tumbuhan ini tidak mengeluarkan bunga. Tidak seperti tanaman hias ati-ati yang akan mengeluarkan bunga apabila telah matang.
Lagpun batang tanaman hias ini adalah berdiameter bulat, tidak seperti batang ati-ati yang berdiameter empat segi sama. Menyebabkan aku mulai confuse akhirnya membuat carian melalui internet.

Berbatang tegak, berdiameter bulat dan berwarna merah magenta
Syukur Alhamdulillah akhirnya kutemui jawapan bagi persoalan yang membingungkanku adakah tanaman hias ini adalah dari family ati-ati akhirnya terjawab, apabila kutemui jawapan bahawa tanaman hias ini bukanlah serfamily dengan ati-ati. tetapi lebih mirip kepada sayur bayam  (Amaranth Family).

Tanaman hias pedal ayam hijau tumbuh subur di laman rumahku.
Pembiakan tanaman hias pedal ayam ini adalah melalui keratan batang di mana batang tumbuhan hias ini  yang telah matang akan rebah ke tanah dan akan mengeluarkan akar, walaubagaimanapun ada juga di antara jenis yg lain dari family yang sama turut membiak melalui biji benih.

Tanaman hias pedal ayam merah/blood leaf/red iresine/beefstick plants-sumber pic goggle
Salah satu lagi jenis pedal ayam yang lazim ditanam adalah yang berwarna merah, namun setakat ini ku masih lagi belum memiliki tanaman pedal ayam merah ini, ku amat tertarik dengan warna merahnya yang agak menarik! Harap2 suatu hari nanti akan kutemukan jua tanaman hias pedal ayam merah ini.

Thanks for reading....