Showing posts with label Pokok Ati-ati.. Show all posts
Showing posts with label Pokok Ati-ati.. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Perosak-perosak tanaman di laman rumahku.

Siput babi/Achatina fulica

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti kebiasaannya, rutin harianku iaitu menyiram & membelek bunga2an & tanaman2 di laman rumahku, namum semenjak dua menjak ini, kuperasan bahawa perosak2 tanaman mulai berminat untuk menganggu keindahan bunga-bungaan dan tanaman-tanaman di laman rumahku, antara yang paling banyak menyerang adalah siput babi, lintah bulan, ulat beluncas, bena, kutu aphid & belalang. Common parasite yg sungguh mengeramkan.

Daun bunga bakawali yg menjadi mangsa serangan lintah bulan.

Anak pokok bunga marigold antara menu kegemaran siput babi.
Anak sawi di dalam pasu turut menjadi mangsa serangan siput babi.

Anak sawi yang rosak.
Pada mulanya kupindahkan anak-anak sawi yang kusemai ke batas, oleh kerana serangan yang teruk oleh siput-siput babi ini, maka kupindahkan separuhnya ke pasu dan kuletak berhampiran dengan beranda rumah, kusangkakan siput-siput ini tidak akan menganggu, namum sangkaanku meleset sungguh apabila anak-anak sawi di dalam pasu di beranda rumah turut diserang. Selalunya apabila kuterserempak dengan siput-siput ini, kebiasaannya di awal pagi, aku akan mengutipnya lalu kubuang jauh-jauh. Oleh kerana hanya sedikit sahaja yang menonjolkan diri, maka aku pun mengambil keputusan untuk meracun sahaja siput-siput ini, walaupun sebenarnya aku tak suka sangat dengan racun-meracun ni.

Apabila sahaja kutaburkan racun-racun siput, pada keesokan harinya, sebanyak 15 ekor siput babi dan siput perang mati tergolek kerna memakan racun-racun yang kutaburkan.

Antara siput-siput babi yang mati diracun.
Setakat ini seranggan siput telah dapat dikurangkan, namun seranggan serangga perosak lain turut merimaskanku terutamanya ulat-ulat beluncas. Aku amat suka melihat rama-rama dan kupu-kupu berterbangan, namum perasaan risau juga turut bersatu, kerana apabila ada rama-rama dan kupu-kupu ini datang sudah pasti serangga-serangga ini akan turut meninggalkan zuriat-zuriatnya di celah-celah dedaun.

Daun pokok lemon yang menjadi serangan ulat beluncas.

Ulat beluncas "Giant Swallowtail"  yang selalu menyerang daun pokok citrus.

Ulat-ulat beluncas kupu-kupu "Giant Swallowtail"
Ulat-ulat beluncas juga turut menyerang tanaman-tanaman di laman rumahku, kebiasaannya aku akan mengutip ulat-ulat tersebut dan akan kubuangkan jauh dari laman rumah. Tak sanggup aku melenyekkan ulat-ulat ini, seperti saranan seorang jiranku dahulu. Teringat aku kata-kata makcik Ratnah "Kalo makcik, makcik lenyek-lenyekkan je ulat-ulat tu"..lucu juga bila teringatkan kata-kata makcik Ratnah tu & sebenarnya aku geli tengok ulat yang lenyek dan aku memang tak sanggup nak melenyekkan ulat-ulat ini hehe..

Daun pudina yang rosak akibat serangan ulat beluncas hijau.

Pokok pudinaku rosak teruk akibat serangan ulat dan belalang.

Serangan ulat beluncas pada daun pokok bunga seri kelambu.

Daun bunga seri kelambu merah jambu yang turut diserang ulat beluncas hijau.

Aphid hitam pada daun ati-ati.

Serangan aphid hitam menyebabkan daun ati-ati rosak dan kering.
Seranggan-seranggan serangga dan haiwan moluska padaku memang sesuatu yang common juga, namun jarang sekali kulat/fungus menyerang pokok-pokok yang kutanam, pengalaman yang agak baru juga bagiku. Bulan lepas aku agak teruja untuk menanam pokok tin, lalu kubeli 2 keratan tut pokok tin, dan dalam beberapa minggu sahaja salah satu daripada keratan tut yang kubeli mulai layu dan akhirnya mati, pabila kucabut keratan tersebut, ternyata terdapat serangan kulapuk/fungus berwarna putih menyerang bahagian akar. Memang agak memfrustkan jugak, bila mengenangkan harga sekeratan tut pokok tin bukannya murah huhu, takpelah takde rezeki la namanya, harap-harap yang sepokok lagi ni akan tumbuh membesar & sihat.

Pokok tinku dalam kenangan.

Kulapuk putih menyerang akar pokok tin.
Terfikir juga apakah yang menyebabkan kulapuk putih ini menyerang akar pokok tin? adakah disebabkan oleh tanah yang terlalu lembab? hmmm...nampaknya ku perlu lebih info lagi berkenaan dengan penanaman pokok tin ini. Ada sesiapa yang punya info/idea/petua tentang cara membasmi perosak-perosak tanaman ini? sila kongsikan idea...

Thanks for reading...

Saturday, September 19, 2015

Dedaun Vs Bunga.

"Pagi yg gelap kini sudah terang"..Assalamualaikum buat semua pembaca & pengunjung blog ini, nampaknya dah bersawang2 dah blog ni, lama sangat tak update huhu..hehe awal2 pagi lagi dahku nyanyikan lagu yg pernah popular satu masa dahulu, Nyanyian kumpulan Hujan, Pagi tadi cuaca agak mendung, hujan telahpun turun semalam, ku mengharapkan agar hujan turun lagi & membersihkan udara Pontian yg sedang berjerebu ini.

Marigold & Ati2 kegemaranku.
Kini telah hampir 2 bulan lebih kami sekeluarga berpindah,& berpindah rumah merupakan sebuah pengalaman yang sukar dilupakan :P, espcially time mengangkat pasu2 bunga utk dimasukkan ke dlm lori, Syukurlah bkn aku yg memasukkan pasu ke dalam lori, aku hanya mengangkat pasu2 bunga kesayanganku bersama2 dgn suami manakala pakcik lori menyusun bunga2 di dlm lori. Fuh...1 pengalaman yg teramat amat memenatkan haha..

Memang mengambil masa yg agak lama juga utkku mengemaskkan bunga2 di laman rumah, kerna aku meletakkan priority utk mengemas rumah terlebih dahulu, kemudian ke laman rumah, disebabkan hal itu ada di antara pokok2 bunga & tumbuhan hiasanku yang mati...& yg paling banyak menjadi korban adalah pokok ati2 sob...sob...sob... Seingatku ketika mula2 berpindah dahulu, pokok ati2 yg telah berjaya kutanam telahpun mencecah 50 jenis...memang berbunga2lah hatiku, target untuk mencapai jumlah penanaman ati2/coleus telahpun tercapai...syukur Alhamdulillah..Namun semuanya tinggal kenangan.

Rimbunan Pokok ati2/coleus yang pernah kutanam.
Coleus "Black Dragon" yg pernah menceriakan laman rumahku.
Ati2 "Dr. Wu" yang tak sempat nak replant & telahpun pupus dr laman...sayang sungguh..
Oleh kerana perhatian yg lebih terhadap tanaman hias jenis dedaun, ketika menyusun2 pasu2 bunga di laman rumahku, baruku perasan yg tiada sebarang kelibat lebah madu, serangga kegemaranku, hanya  beburung & rama2 sahaja yang selalu muncul, terfikir juga macam manalah caranya nak attract lebah utk datang ke laman rumah, sedangkan pokok2 yg mengeluarkan bunga amatlah sedikit hehe...

Semaian anak pokok ati2.
Namun, walaupun jumlah pokok2 bunga di laman rumahku tidaklah mampu menarik perhatian lebah2 madu, kelibat burung kelicap lebah selalu saja kelihatan menghisap madu2 bunga, memang amat sukar bagiku utk menangkap gambar burung2 ini, kerna setiap kali aku nak snap gambar burung ini pasti akan terbang, mcm ada sensor plak. Syukurlah pada pagi tadi dapat juga kutangkap gambar seekor burung kelicap lebah sedang menikmati madu bunga kembang bugang, pembelian dari kak Diana kebun Bahagia Bersama suatu ketika dahulu.

Burung kelicap lebah bukit/Olive backed sunbird/Nectarinia jugularis
Memang agak menyeronokkan juga melihat burung2 kelicap lebah ini, hinggap dari bunga ke bunga untuk menghisap madu, sungguh seronok melihat cara penerbangan burung ini yang begitu unik. Satu2nya burung yang terbang umpama serangga & boleh terbang mengundur terutama sekali ketika menghisap madu. SubhanAllah...

Dalam minggu ini juga, bunga kaliandra merah/Powder puff telahpun mengeluarkan bunganya dgn meriah sekali, sungguh tak kusangka, Ditanam dari biji benih (beli dari Kak Diana Kebun Bahagia Bersama) 3 tahun yg lalu, ini adalah kali ke-3 pokok bunga kaliandra ini berbunga, namun sebelum ini, bunganya taklah selebat ini. Syukur Alhamdulillah, & yg paling menarik perhatianku adalah burung kelicap lebah bukit, amat sukakan bunga ini (dah banyak kali kucuba utk tangkap pic si Kelicap lebah di bunga Kaliandra ni, tapi asyik fail je huhu)


Bunga Kaliandra merah/powder puff/Calliandra
Seingatku ketika mula2 berpindah ke kejiranan ini, seorang pakcik yang agak peramah telahpun menegurku, ketika aku sedang mengemas2 pokok2 bungaku. Friendly jugak pakcik ni, nampaknya dia juga mempunyai minat menanam pokok2 bunga, Cerita punya cerita tetiba plak pakcik tu cakap, banyak ye tanam, tanaman berdaun2 ni, dr awak tanam bunga daun2 ni baik lagi awak tanam sayur, ..." Aku hanya tersenyum & berkata dlm hati, "Minat masing2 pakcik" & beberapa hari pastu, aku dah mula menyemai benih sawi hihi...

Dalam beberapa bulan lepas, aku dah mula terminat lagi dengan sejenis tanaman hias jenis dedaun iaitu "Calathea", menyebabkan aku mula menggumpul tanaman hias jenis ini. Sejuk je mata memandang kecantikan calathea ini.

Calathea "Pavonii"
Tanaman hias Calathea, tak tahu pula apa nama tumbuhan ni dalam bahasa Melayu? memiliki daun yang sangat dekoratif, membuatkanku jatuh cinta dgn keunikannya & ingin menggumpul koleksi calathea ini, setakat yg termampu hehe..

Calathea "Lancifolia" kesayanganku.
Nampaknya, bila difikirkan kembali, lepas ni nak kena seimbangkanlah jumlah tanaman hias di laman rumahku ini, harap2 lepas ni adalah kelibat si lebah madu, rindu juga dgn serangga yg pernah menjadi tetamu di awal pagi dahulu...

Thanks for reading...selamat berhujung minggu....



Thursday, October 30, 2014

Pokok Ati-ati lagi.....

Rimbunan pokok ati-ati/pokok pelangi/coleus/Solenostemon scutellarioides di laman rumahku :)
Assalamualaikum, Sejak membaca mengenai post pokok ati2 di blog Kak Mala & mendapat hadiah keratan ati2 drpnya pada bulan February lepas, aku mula terminat & terus menggumpul & mencari info serta membeli keratan/anak2 serta bertukar2 pokok ati2 drp jiran2, sahabat handai & saudara maraku :p

Walaupun variasi pokok ati2ku taklah banyak sangat  (hampir 20 jenis je) namun aku tetap happy & berasa puas melihat pokok2 yg kutanam ini tumbuh subur.

Namun kebanyakan pokok ati2 yg kutanam tdklah tumbuh merimbun, krn ketika dlm proses pembesaran pokok2 ini aku x pernah pun memotong pucuk2 yg ada, krn aku x tahu pun cara ni boleh merimbunkan pokok ati2 ini hehe...now apabila dah tahu aku pun cubalah buat ke atas pokok ati2 "Trailing Chocolate" yg berdaun kecil ini & memang menjadi. pokok ati2 "Trailing Chocolate" ini tumbuh merimbun.

Ati-ati "Trailing Chocolate"
Pada mulanya ketika menanam pokok ati-ati ini, kusangkakan yg pokok ati2 adalah sejenis tanaman yg kurang memerlukan cahaya matahari terik & kebanyakan pokok ati2 yg kutanam kuletakkan di tempat yg teduh. Hanya beberapa pasu sahaja yg kuletakkan di tempat yg terkena cahaya matahari terus (sebab dah xde space) & apa yg dpt kuperhatikan, pokok ati2 "Meteor" salah satunya, yg diletakkan di bawah sinaran mentari mempunyai warna yg lebih terang & cantik berbanding yg berada di tempat redup.

Ati-ati "Meteor" yg terdedah kpd sinar mentari.

Ati-ati yg terlindung dr cahaya matahari.
Spesis pokok ati2 yg berdaun merah dikatakan dpt mengubati penyakit darah tinggi & sbg ubat luka, manakala  pokok ati2 berdaun hijau /pokok bangun-bangun biasanya ditanam sebagai ulam & penyedap dalam masakan contohnya masakan berkari. Selain drp itu pokok ati2 hijau mempunyai khasiatnya yg tersendiri antaranya sbg pengubat penyakit batuk di kalangan org dewasa, mual2, sakit kepala, sembelit, demam, kembung perut.

Bunga pokok ati-ati.
 
Ati-ati Kegemaranku...

Ati-ati "Saturn"

Ati-ati "Eruption"
Ati-ati "Under the sea King crab" mempunyai daun yg agak besar
Ati-ati "Black dragon" idamanku, mana nak dapat ni ye?


Pokok ati-ati yg menceriakan laman rumahku.

Ada orang kata, pucuk ati2 hiasan ni boleh dibuat sayur goreng, ye ke? ada sesiapa pernah masak? kongsi resepi boleh? hehe....thanks for reading :) 

Info-info menarik mengenai pokok ati-ati:
1) Kenali variasi ati-ati anda sila click
2) http://animhosnan.blogspot.com/2014/06/bunga-ati-ati.htmlhttp://animhosnan.blogspot.com/2014/06/bunga-ati-ati.html
3) Cara penanaman & penjagaan pokok ati-ati.

Wednesday, May 21, 2014

Bunga Ati2, hadiah persahabatan dari Kak Mala :)

Apabila membaca entry Kak Mala berkenaan dgn bunga ati2 baru2 ni, tetiba teringat pula dgn keratan batang ati2 sebagai hadiah persahabatan drp Kak Mala, awal bulan February lalu, kini pokok2 ati2 tersebut telahpun tumbuh dgn suburnya...Terima Kasih banyak2 Kak Mala, ni dia pic pokok ati2 yg Julie janjikan tu... :)

Ati2 Hadiah dr Kak Mala :)


Dlm banyak2 pokok ati2 kak Mala , 3 jenis inilah yg paling ku suka tgk..... :)