| Garlic bread my style :p |
Bahan2 utk resepi garlic bread..
3 keping roti sandwich putih
1 sudu makan mayonis
seulas bawang putih ditumbuk lumat
sehelai daun sup dicincang halus2
secubit garam & secubit serbuk lada sula.
sedikit parutan keju cheddar.
Cara membuatnya pula just campurkan mayonis, bawang putih, daun sup, garam & serbuk lada sula, kemudian sapukan nipis2 ke atas roti sandwich & lastly bolehlah ditaburkan dgn sedikit parutan keju cheddar. Bakar di dlm oven sehingga keju menjadi perang & bolehlah diangkat & dihidangkan bersama minuman panas kegemaran anda. :)
Ketika menikmati roti garlic keju ini bersama2 dgn anak2 tercinta, tetiba pula teringatkan hobi lama yg dah kulupakan, iaitu melukis, kerana terpandangkan lukisan "Roti" di dinding dapur, yg dah lama kulukis ketika mengikuti kursus melukis tajaan Balai Seni Lukis Sabah dahulu.."whatta feeling". rindu rasanya nak melukis semula...
| "Bread in watercolor" lukisan di dinding yg mengamit memori. |
Seingat aku ketika mula2 melukis, macam2 tema lukisan yg kupilih, lukisan pemandangan menjadi pilihan utamaku, tetapi asyik fail je, last2 tanpa sengaja kuterpilih lukisan jenis "Still Life" aka "alam benda" dgn media cat air, menurut salah seorg tutorku iaitu Cikgu Ijam, kalo nak belajar melukis dgn bersungguh, kena belajar basic dahulu iaitu kuasai teknik lukisan "Still Life" then bila dah pandai mencampur2kan warna, tahu mana nak letak lighting, shade & lain2 bolehlah move on ke lukisan pemandangan pula" nasihat Cikgu ni tak akan kulupakan. Namun pada penghujung tahun 2009 aku pun stop melukis kerana berkahwin & berpindah ke Johor.
My watercolor memories...
| "Lada capsicum & terung" |
| "Sebiji tomat" |
| "Lemiding" |
![]() |
| Chilies |
| Lukisan2ku yg sdh diframekan |
| Dilukis suka2, malas nak frame.. |
| My watercolor memories... |
Pernah satu ketika terasa sangat nak pegang berus lukisan & mewarna semula bila tengok lukisan2 di pameran2 seni yg sering kulawati, tapi dgn semangat yg kengkadang hangat2 tahi ayam, menyebabkan aku hanya melukis ikut mood, lagi2lah sekarang ni, maybe dah keras kot tangan ni nak mewarna & tune pun dah lari huhu...In the future aku berazam ingin melukis semula, sehingga cita2ku utk melukis lukisan pemandangan tercapai..InshaAllah.. :)
