Monday, October 13, 2014

Jenguk2 Kebun #1...

Assalamualaikum :)

Antara rutin harian yg kulakukan semenjak terminat dgn aktiviti berkebun ini beberapa tahun yg lepas, adalah, menangkap gambar2 tumbuhan utk dijadikan kenangan & menikmati keindahan tumbuhan ciptaan Allah SWT di kebun kecilku ini, ditambah pula dgn kewujudan cicak mengkarung yg turut tinggal di kebun kecil ini, sekaligus dpt mengurangkan sedikit kegeramanku terhadap belalang2 yg selalu je merosakkan tanaman2 yg ada di sana. Kerana dgn kewujudan reptilia ini, jumlah belalang juga turut berkurangan krn belalang adalah salah satu drp menu reptilia ini.

Cicak Mengkarung di sebalik semak samun di kebun kecilku...
Namun "Langit tak selalunya cerah" beberapa minggu yg lepas sehingga ke hari ini, kulihat beberapa ekor kucing2 jiran telah mula berminat utk lepak2 di tepi rumah berhampiran dgn kebun kecilku, tak kusangka pada mulanya tujuan kucing2 tersebut adalah utk menangkap reptilia pengusir belalang ini, tetapi huhu...sedih juga kulihat kucing2 tersebut menyerang & menangkap cicak2 ini di dpn mataku ketika aku sdg menyiram2 tanaman2 yg ada..geram juga kutengok...

Cicak Mengkarung yg menjadi sarapan pagi kucing jiran...
 Patutlah dlm beberapa minggu ini juga, jarang sungguh kuterserempak dgn reptilia ini, hmmm apa boleh buat memang dah rezeki kucing2 ni, & ketika membelek2 bunga2 & tanam2an lain di kebun banyak jugalah belalang2 kecil yg melompat2 & kulihat telah ada kerosakan yg dilakukan oleh belalang2 ini, namun masihku bersyukur kerana seranggan belalang belum sampai lagi ke tahap yg kritikal.

Belalang di atas daun pokok jolok cacing.
 
Anak pokok kacang botol yg menjadi kegemaran belalang.

Ketika berborak-borak dgn sepupuku Norain, berkenaan dgn dunia serangga yg juga merupakan salah satu drp minatku, aku memberitahunya bahawa aku populasi belalang2 yg ada di kebunku semakin meningkat, dia lantas memberitahuku bahawa mentadak juga merupakan pemangsa bagi belalang, aku terus exited utk mengetahui tentang dunia mentadak ini. 


Mentadak belaan sepupuku Dayang Norain.

Mentadak juga merupakan salah satu drp pemangsa lazim di dlm dunia serangga perosak selain drp lalat perompak (robber flies), Aphid Lions, Lady beetles, Assassin bugs, Minute Pirate bugs, Ground beetles, Syrphid flies, Predatroy stink bugs, Damsel bugs & yg seangkatan dgnnya. ingin sahaja kubela serangga2 ini terutamanya mentadak, namun bukannya mudah nak mencari mentadak ni, oleh kerana kebolehannya dlm penyamaran, memang mencabarlah nak dapat.
 

Pupa rama-rama.
Ku temui juga pupa rama2 di bawah daun pokok bebuas, patutlah daun bebuas tu berlubang-lubang. Nasib baik takde Assasin bugs, kalo x memang tak sempatlah beluncas ni nak bertukar menjadi pupa. Namun ingin juga kulihat rama2 apakah yg bakal keluar dari pupa ini :) 




Beberapa minggu lepas aku juga agak gembira melihat lada capsicum yg kutanam sebanyak 4 pokok telahpun berbuah & buah2 sudah mula membesar. Tetapi selang beberapa hari je sebiji demi sebiji buah-buah capsicum gugur, rupa2nya lalat buah telahpun menyerang & bertelur di dalam buah menyebabkan buah2 gugur. huhu...

Lada Capsicum yg gugur akibat diserang lalat buah.

Bakal gugur.

Cili padi juga tidak terkecuali drp serangan lalat buah.
Terfikir juga apakah cara utk mengelakkan lalat buah drp menyerang lada capsicumku...kawan2 ada petua? idea utk halang lalat buah ini? tolong share2kan kepadaku...thanks :)

21 comments:

  1. perasan ada pokok kemangi sebelah pokok capsicum tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nasa, memang pokok kemangi tu, banyak tumbuh meliar d kebun kecil Julie ni, & banyak juga yg Julie biarkan je tumbuh & x kurang juga yg Julie cabut. jenis Lemon basil :)

      Delete
  2. Sayangnya buah dah comel mekar tiba2 gugur, saya pernah alami macam ni, kecewa tak terkata...akhirnya dapat petua dari jiran, gunakan semburan air basuhan beras pagi dan petang. Semburkan pada seluruh buah dan pokok juga...insayaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie pun kecewa juga kak, geram tgk buah2 capsicum tu dh montel2 tetiba gugur & ada kesan inject, bila belah buah tu ada ulat di dalam...Terima kasih banyak2 utk petua tu ye kak Sud@is, inshaAllah, akan Julie praktikkan petua kakak ni...thank you so much :)

      Delete
  3. Geramnya tengok capsicum Julie.
    Malas nak berperang dengan lalat buah ni, yang dah macam suntik selalunya terus tuai je. Boleh dah nak buat makan pun dari terbuang nak tunggu sampai masak.
    Mentadak ni memang payah nak terserempak dia pandai menyamar.
    Cicak tu pun banyak juga di sini, ada satu tu buat rumah dekat area Night Blooming Jasmine kami yang ada Zinnia dahlia kuning sekarang. Ikut nasib dia, kucing kat rumah ni ikut mood gak, kekadang ada time keluar mood predator, kekadang kalau dia tak lapar dia biar je lari-lari depan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, kalo dh ada kesan inject tu sure Julie akan petik dah. x mau tunggu sampai buah gugur, sayang sungguh. Cicak tu dh makin pupus di sini kak, mcm hari2 je dburu kucing jiran ni, kengkadang bukan kucing2 tu makan pun cicak2 tu, just bunuh je pastu biarkan mati d tepi rumah Julie, geram Julie tengok. baik jugak kucing kakak hehe, kucing jantan ke tu kak? kucing jantan ni selalu memang mcm tu. kalo dia dh kenyang, tikus lari depan mata pun dia buat x nampak je. mcm garfield hihi...

      Delete
    2. Kucing jantan tinggal seekor tu kucing bandar duduk besarkan badan je. Kucing betina juga champion rajin ronda kebun. Nasib baik tigger betina panjat pokok pun tinggi

      Delete
  4. festime tahu ada pokok jolok cacing ni julie...kita blh mkn ke tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya org buat ubat je pokok jolok cacing ni kak @na, x tau pula kalo boleh dmakan utk sayur or jus.. :)

      Delete
  5. Salam,

    Menjadi you tanam pokok capsicum kan? Gemok pokoknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Honey, memang menjadi Julie tanam, tapi buahnye x berapa nak menjadi, asyik diinject oleh lalat buah je...

      Delete
  6. Geramnya tengok capsicum tu... Harap2 ada yg bertahan sampai masak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie pun geram juga tengok, amin...mudah2an adalah yg bertahan sampai masak...

      Delete
  7. Seronok juga tengok capsicum tu menjadi-jadi.. semoga selepas ni ada yg sempurna kejadiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok Kak Mar, dpt tengok buah capsicum tu mula membesar, amin utk doa kakak :)

      Delete
  8. Sayang capsicum tu..senasiblah kita..cili solok kak pun tak sempat masak, gugur juga..
    Julie...mentadak kat rumah kak selalu aja jumpa. Kalau dekat2 boleh datang ambil ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah tu kak Mala, nak kena cuba petua kak Sud@is ni, & petua sis Nor, kalo rmh kita dekat kak, dh lama Julie tangkap mentadak2 kat garden kakak tu :)

      Delete
  9. Suburnya pokok dan buah capsicum julie tu,tp sayang kena serang lalat buah la pulak yer.
    boleh try cara sud@is nampak mcm senang,atau pun guna cecair pemikat lalat buah gantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 utk petua Nor tu, Julie akan cuba guna cecair pemikat lalat juga bersama2 dgn petua kak Sud@is tu... :)

      Delete
  10. Sayang betul lada capcicum tu yer...kalu tak puas kutip hasil tu. .
    Haha...cicak kubing rezki si comel...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Bunda, tapi lepas ni Julie akan cuba petua2 yg telahpun dikongsikan oleh rakan2 kita ini. Si comel ni Bunda memang rajin melepak2 d kebun kecil tepi rumah Julie, hari2 ada je kelibat2 kucing2 ni. sampai 2-3 ekor menunggu cicak mengkarung tu.

      Delete