Tuesday, January 13, 2015

WW#3

Assalamualaikum....





"Beauty is in the eye of the beholder"....

Friday, January 9, 2015

Bunga Marigold lagi :)

Assalamualaikum.....

Pagi ini, Seperti kelazimannya, rutin harianku menyiram & membelek2 bunga2an di laman rumah, Kali ini bunga Marigold 'Bali Yellow" pula menjadi perhatianku, bila mana kudup2 bunganya telah mula berkembang mekar, begitu juga dengan bunga marigold Royal red. Kedua2 benih bunga ini kubeli daripada Mieyza Dahlan :)

African Marigold "Bali Yellow"

Kudup bunga yang agak besar, hampir sebesar tapak tanganku :)

"Tak wangilah bunga ni mama!"
Franch Marigold "Royal Red"

Tumbuh subur di laman rumahku.


SubahanAllah...Tona warna marigold yang amat menawan!
Thanks for dropping by :)

Thursday, January 8, 2015

Bunga Matahari Kak Mala...

Bunga Matahari/Common Sunflower/Helianthus annuus
Assalamualaikum & Salam Jumaat...

Bunga Matahari merupakan salah satu daripada bunga-bungaan yang juga amatku gemari, dan bunga matahari jenis sederhana ini adalah yang pertama sekali kutanam, semenjakku terminat dengan aktiviti gardening :)

Benih bunga matahari ini adalah pemberian ikhlas daripada Kak Mala. Pada mulanya kusemai sebanyak 6 biji benih, kemudian yang bercambah hanya 5 biji. Tetapi akhirnya yang hidup membesar & berbunga hanyalah 3 pokok. Syukur Alhamdulillah dapat juga kunikmati keidahan bunga matahari saiz sederhana ini.

Walaupun dikategorikan sebagai saiz sederhana, tetapi aku terpaksa juga mendongak untuk melihat kuntum bunga matahari, yang pada kiraanku memiliki ketinggian bunga matahari ini adalah di antara 7-9 kaki, dan memang agak sukar bagiku untuk menangkap gambar bunga ini :), apatah lagi jika menanam bunga matahari jenis gergasi, yang memiliki ketinggian sehingga 20 kaki. Pada tahun lepas, seorang Gardener dari Jerman iaitu Hans-Peter Schiffer, telahpun berjaya menanam bunga matahari gergasi tertinggi di dunia dengan memegang rekod ketinggian 28' 8.5" (8.75m). Memang seronok juga melihat senyuman terukir di muka gardener2 ini, kerana kejayaan mereka. Untuk pembacaan lebih lanjut tentang bunga matahari tertinggi & terbesar di dunia silalah klik Giant Gardening.
  

Walaupun dikategorikan sebagai saiz sederhana, bunga matahari pemberian Kak Mala ini tetap menawan hatiku. Pengalaman lepas menanam bunga matahari "Cherry Rose" memang sangat mengujakan. Bunga matahari ini bagaikan penegasan di laman rumah/kebun jika ditanam kerana warnanya bunganya yang agak terang dan menarik.

Salah satu kuntum bunga matahari yang telah tua.


Bunga matahari berasal dari negara Mexico dan mendapat nama "matahari" kerana pada hari yang cerah, tangkai bunga majmuk akan mengikut pergerakan matahari, dan gejala ini disebut sebagai heliotropisme (gerak tumbuhan yang terjadi akibat pengaruh arah datangnya rangsang berupa cahaya).


Bunga matahari di kebun kecilku.

Bunga matahari juga memiliki pelbagai jenis khasiat, kepada kesihatan & penyembuhan kepada beberapa jenis penyakit. Antara penyakit yang boleh diubati adalah Tekanan darah tinggi.

Cara-cara mengubati penyakit darah tinggi dengan menggunakan bunga matahari.
1) Sediakan 10gram kepala bunga matahari (sunflower's head) dan 4gram bulu buah jagung,  kemudian dididihkan selama 15 minit dengan menggunakan 110ml air bersih.
2) Tapis kemudian perah rebusan bunga matahari & bulu jagung tersebut. Kebiasaannya kendungan air tapisan akan berkurangan.
3) Tambah sedikit air suam sehingga mencapai 100ml, minum sekali sehari selama 2 minggu.
4) Untuk pencegahan, minumlah ramuan ini sekali seminggu.
5) Wanita hamil adalah dilarang meminum ramuan bunga matahari! 

Kuaci bunga matahari yang biasanya dimakan sebagai snek juga mengandungi pelbagai nutrisi yang sangat bagus untuk kesihatan seperti protein, lemak, fosforus , magnesium, kalsium & zat besi. Minyak bunga matahari juga mengandungi asid likolat yang dapat mengurangkan mendapan kolestrol pada dinding pembuluh darah.

Bunga matahari ini bukan sahaja berfungsi sebagai tanaman hiasan, malahan juga boleh dimanfaatkan untuk kesihatan.

Thanks for reading :)

Tuesday, January 6, 2015

Memijak Embun Pagi....

Assalamualaikum....syukur Alhamdulillah...
Waktu pagi, waktu yang sangat kudambakan, waktu yang amatku gemari, apalagi dikala melihat sang mentari muncul di ufuk timur memancarkan sinarannya yang amat mendamaikan. Kabus2 sejuk yang kadangkala muncul pabila hujan turun pada waktu malam, turut kugemari, seringkali pada waktu inilah aku akan keluar rumah seawal jam 7 lebih, untuk menikmati keindahan pagi, membelek2 tanaman2, mengambil gambar & memijak embun2 pagi yang masih tersisa di rumput2 sekitar halaman rumahku.


Memang aku suka memijak sambil mengeselkan kakiku di rumput yg berembun, terasa sejuk je kaki lepas memijaknya, dan dengan menggeselkan kaki di rumput yang masih berembun tumit kaki akan lebih lembut & pecah-pecah di tumit kaki akan hilang, petua orang dulu-dulu. :) Selain itu embun juga mengandungi khasiatnya tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan.

Pagi tadi juga, sempatku menangkap beberapa buah gambar keindahan flora di waktu pagi serta titis-titis air embun di sekitar rumahku...

Titis embun di daun pokok pepanggil.
Embun di daun pegaga.
Embun di daun Pokok sepit Udang
Embun di cermin kereta.
Embun di bunga Hoya.
Titis embun di rumput.
Embun di daun pokok bunga kembung.
Embun ialah air dalam bentuk titik-titik kecil yang kelihatan pada objek yang terdedah pada waktu pagi atau malam. Sepanjang hari, objek akan menyerap haba dari matahari manakala pada waktu malam, objek akan kehilangan haba melalui suatu proses yang disebut radiasi termal. Maka, embun akan terbentuk apabila udara yang berada pada permukaan tanah menjadi dingin mendekati titik embun dimana udara tidak dapat lagi menahan semua wap air. Wap air itu kemudian terkondensasi pada objek dan terbentuklah titik-titik kecil di atas objek  tersebut, sedikit info yang kuperolehi tentang apakah itu embun.

Selesai sahaja memijak sambil menghayati keindahan embun ciptaan Allah yang Maha Esa, pokok2 bunga-bungaan jiran2 kujuga menarik perhatianku, kerana aku ada diantara pokok2 bunga tersebut tiada kutanam. Sambil mengamati keindahan bunga2an jiranku, sempat juga kusnap beberapa keping gambar sebagai kenangan.


Bunga Kaliandra merah jambu/Pink powder puff/Surinam Powder puff/Calliandra surinamensis
Bunga Kaliandra merah/Red powder puff/Calliandra haematocephala
Pokok pepanggil/Pokok pagoda/Clerodendrum paniculatum

Thanks for reading. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang embun & khasiatnya, silalah click:
2) Khasiat Embun untuk Kecantikan Wajah.



Sunday, January 4, 2015

Tahun Baru 2015.

Assalamualaikum, selamat tahun baru 2015.

Nampaknya sudah hampir sebulan ku menyepikan diri drp menulis di blogku yg baru je berusia setahun lebih ni, memang terasa gatal sangat dah jari2 ni nak menaip2 di keyboard komputer ni, tetapi memandangkan bulan lepas komputer di rumah ni tetiba je hangkang (bahasa pasar di kampungku yg bermaksud "Rosak") terpaksalah kugunakan handphone sahaja utk melayari internet, & sememangnya amat tidak memberikan keselesaan kpdku, kerna aku lebih berminat melayari internet dengan menggunakan PC hehe...Now syukur Alhamdulillah pada penghujung bulan Disember lepas PC dah ok, tetapi kemalasan pulaklah yang menyerang. Banyak benda nak ditulis pun tak menjadi. Now syukur Alhamdulillah awal tahun ni motivasi utk menulis dtg kembali :)

Penghujung tahun 2014 banjir melanda negara sekali lagi, semoga musibah ini akan segera berakhir, & memandangkan hujan yang kerap turun di daerah Pontian pada hujung bulan lepas, menyebabkan aku juga turut memalaskan diri drp membelai2 pokok2 di laman rumah. Rumput2 pun dah start mencuri2 space utk menyuburkan diri sendiri. Semalam suamiku dengan rajinnya telahpun memotong rumput2 yang sudah mulai menguasai laman rumah. Ketika memotong2 rumput-rumpai tersebut, dgn tak sengajanya suamiku turut terpotong pokok2 bunga Brazilian Snapdragon yg sedang berbunga lebat.

Aku lantas mengambil tangkai2 bunga yang terpotong tersebut & kujadikan bunga2 Brazilian Snapdragon tersebut sebagai bunga penghias meja komputer. Warna ungu mempunyai kesan yang tenang, menyejukkan serta menginsfirasikan minda. Mungkin juga bunga yang berwarna ungu ini sesuai diletakkan di atas meja makan rumahku kerana tona warnanya yang mampu mengurangkan rasa lapar. Sangat sesuai bagi mereka yang sedang berdiet hihi...

Bunga Brazilian Snapdragon/Otacanthus azureus

Bunga Brazilian Snapdragon sebagai penghias meja komputerku.
Harapanku semoga tahun 2015 ini & tahun2 yang mendatang segala cita-cita dan azamku akan mendapat keberkatan daripada Allah SWT & sikap2 mazmumah akan dapat dijauhi amin....