Showing posts with label Serangga di kebun.. Show all posts
Showing posts with label Serangga di kebun.. Show all posts

Tuesday, October 27, 2015

Perosak-perosak tanaman di laman rumahku.

Siput babi/Achatina fulica

Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti kebiasaannya, rutin harianku iaitu menyiram & membelek bunga2an & tanaman2 di laman rumahku, namum semenjak dua menjak ini, kuperasan bahawa perosak2 tanaman mulai berminat untuk menganggu keindahan bunga-bungaan dan tanaman-tanaman di laman rumahku, antara yang paling banyak menyerang adalah siput babi, lintah bulan, ulat beluncas, bena, kutu aphid & belalang. Common parasite yg sungguh mengeramkan.

Daun bunga bakawali yg menjadi mangsa serangan lintah bulan.

Anak pokok bunga marigold antara menu kegemaran siput babi.
Anak sawi di dalam pasu turut menjadi mangsa serangan siput babi.

Anak sawi yang rosak.
Pada mulanya kupindahkan anak-anak sawi yang kusemai ke batas, oleh kerana serangan yang teruk oleh siput-siput babi ini, maka kupindahkan separuhnya ke pasu dan kuletak berhampiran dengan beranda rumah, kusangkakan siput-siput ini tidak akan menganggu, namum sangkaanku meleset sungguh apabila anak-anak sawi di dalam pasu di beranda rumah turut diserang. Selalunya apabila kuterserempak dengan siput-siput ini, kebiasaannya di awal pagi, aku akan mengutipnya lalu kubuang jauh-jauh. Oleh kerana hanya sedikit sahaja yang menonjolkan diri, maka aku pun mengambil keputusan untuk meracun sahaja siput-siput ini, walaupun sebenarnya aku tak suka sangat dengan racun-meracun ni.

Apabila sahaja kutaburkan racun-racun siput, pada keesokan harinya, sebanyak 15 ekor siput babi dan siput perang mati tergolek kerna memakan racun-racun yang kutaburkan.

Antara siput-siput babi yang mati diracun.
Setakat ini seranggan siput telah dapat dikurangkan, namun seranggan serangga perosak lain turut merimaskanku terutamanya ulat-ulat beluncas. Aku amat suka melihat rama-rama dan kupu-kupu berterbangan, namum perasaan risau juga turut bersatu, kerana apabila ada rama-rama dan kupu-kupu ini datang sudah pasti serangga-serangga ini akan turut meninggalkan zuriat-zuriatnya di celah-celah dedaun.

Daun pokok lemon yang menjadi serangan ulat beluncas.

Ulat beluncas "Giant Swallowtail"  yang selalu menyerang daun pokok citrus.

Ulat-ulat beluncas kupu-kupu "Giant Swallowtail"
Ulat-ulat beluncas juga turut menyerang tanaman-tanaman di laman rumahku, kebiasaannya aku akan mengutip ulat-ulat tersebut dan akan kubuangkan jauh dari laman rumah. Tak sanggup aku melenyekkan ulat-ulat ini, seperti saranan seorang jiranku dahulu. Teringat aku kata-kata makcik Ratnah "Kalo makcik, makcik lenyek-lenyekkan je ulat-ulat tu"..lucu juga bila teringatkan kata-kata makcik Ratnah tu & sebenarnya aku geli tengok ulat yang lenyek dan aku memang tak sanggup nak melenyekkan ulat-ulat ini hehe..

Daun pudina yang rosak akibat serangan ulat beluncas hijau.

Pokok pudinaku rosak teruk akibat serangan ulat dan belalang.

Serangan ulat beluncas pada daun pokok bunga seri kelambu.

Daun bunga seri kelambu merah jambu yang turut diserang ulat beluncas hijau.

Aphid hitam pada daun ati-ati.

Serangan aphid hitam menyebabkan daun ati-ati rosak dan kering.
Seranggan-seranggan serangga dan haiwan moluska padaku memang sesuatu yang common juga, namun jarang sekali kulat/fungus menyerang pokok-pokok yang kutanam, pengalaman yang agak baru juga bagiku. Bulan lepas aku agak teruja untuk menanam pokok tin, lalu kubeli 2 keratan tut pokok tin, dan dalam beberapa minggu sahaja salah satu daripada keratan tut yang kubeli mulai layu dan akhirnya mati, pabila kucabut keratan tersebut, ternyata terdapat serangan kulapuk/fungus berwarna putih menyerang bahagian akar. Memang agak memfrustkan jugak, bila mengenangkan harga sekeratan tut pokok tin bukannya murah huhu, takpelah takde rezeki la namanya, harap-harap yang sepokok lagi ni akan tumbuh membesar & sihat.

Pokok tinku dalam kenangan.

Kulapuk putih menyerang akar pokok tin.
Terfikir juga apakah yang menyebabkan kulapuk putih ini menyerang akar pokok tin? adakah disebabkan oleh tanah yang terlalu lembab? hmmm...nampaknya ku perlu lebih info lagi berkenaan dengan penanaman pokok tin ini. Ada sesiapa yang punya info/idea/petua tentang cara membasmi perosak-perosak tanaman ini? sila kongsikan idea...

Thanks for reading...

Friday, March 20, 2015

Larva rama-rama helang & anak mentadak #2

Assalamualaikum & selamat hari Sabtu..

Anak mentadak hijau/praying mantis di bawah daun ati-ati.
Beberapa hari lalu ketika membelek2 pokok ati2 di laman rumah tetiba je aku terserempak dengan serangga berkaki 6 dari keluarga Mantidae ini, ini adalah kali 3 aku terjumpa dengan anak2 mentadak ini, semenjak aku tertarik dengan keunikan serangga ini. Mentadak yang lazimnya ditemui adalah yang berwarna hijau dan perang.

Aku mula tertarik dengan mentadak apabila bersembang2 dengan sepupuku Dayang Norain yang pada waktu itu sedang menyiapkan thesisnya berkenaan dengan serangga ini, dan dia menyatakan bahawa mentadak merupakan pemangsa yang hebat di dalam dunia serangga, lagipun mentadak ini tidak merbahaya kepada manusia, dan terdapat juga mentadak orkid comel yang berwarna merah jambu dan putih.

Can you find baby mantis?
Sedikit informasi mengenai mentadak.

Mentadak merupakan antara serangga pemburu yang hebat di dalam menyerang hendap mangsanya, kaki hadapannya (kaki raptorial) yang bercangkuk telahpun disesuaikan dengan persekitaran, merupakan senjata yang ampuh untuk menangkap mangsanya. Ketika mencari mangsa, mentadak kebiasaannya akan mengkakukan dirinya, & menyamar di persekitaran yang bersesuaian dengan warnanya dan dengan perlahan-lahan akan menghendap mangsanya, dan apabila mangsa tersebut iaitu serangga ataupun haiwan kecil semakin hampir, mentadak dengan sepantas kilat akan menyambar dan akan terus memakan mangsa tersebut, sama ada hidup ataupun telah mati.

Mentadak merupakan serangga yang agak rakus dan memakan hampir apa sahaja serangga dan haiwan kecil yang boleh ditangkap seperti labah-labah, ular kecil, burung, dan serangga-serangga perosak seperti aphids, belalang, ulat, leafhoppers, kupu-kupu, rama-rama, dan cengkerik menjadikannya sesuai untuk dijadikan "organic pest control" tetapi oleh kerana mentadak adalah serangga karnivor, ia turut memakan serangga berfaedah utk kebun seperti kumbang kura-kura dan lalat pencuri, ia juga memakan spesis sendiri (bersifat kanibal terutamanya mentadak betina yang kadangkala akan memakan si jantan ketika atau selepas mengawan, anak-anak mentadak juga akan memakan adik-beradiknya yang lain jikalau makanan sukar didapati ).

Mentadak orkid yang sangat cantik (sumber pic mforum.cari.com.my)
Mentadak orkid/Hymenopus Coronotus adalah antara mentadak tercantik dan unik yang pernah kulihat secara tak live hehe..kalo dapat lihat live alangkah bestnye...spesis mentadak ini boleh diperolehi di hutan hujan di negera kita dan di Indonesia, untuk lebih info tentang mentadak orkid ini bolehlah klik di sini.

Sebelum mengetahui tentang mentadak, kusangkakan mentadak ini adalah serangga sefamily dengan belalang, rupanya sangkaanku meleset sekali, kerana mentadak mempunyai family sendiri iaitu Mantidae, dan pernah jugaku menangkap beberapa ekor anak mentadak sesat di dalam rumah untuk dibela, ada juga kutanyakan kepada sepupuku Dayang Nurain yang pernah membela mentadak, apakah makanan untuk mentadak, dia menyatakan bahawa serangga kecil2 yang terbang seperti nyamuk juga boleh diberikan kepada anak mentadak.

Dayang Nurain bersama mentadak belaannya.
 Tetapi memandangkan kurasakan agak sukar untuk mencari makanannya walaupun tak sesukar manapun hehe...maka hanya semalaman je anak mentadak tu kubela, lagipun akuarium plastik empat segi kecil tempatku letak anak mentadak tersebut, menjadi mainan anak-anakku, habis digoncang-goncankan akuarium plastik tersebut tak tahulah kalo anak mentadak tersebut pening2 hehe. Menyebabkan keesokan harinya kulepaskan anak mentadak tersebut di pohon kacang botor.

Anak2 seronok melihat mentadak...
Mentadak juga boleh dijadikan serangga belaan kerana serangga ini bersifat seperti intuitif dan bijak, teringat pula zaman kanak-kanak dahulu jikalau ada mentadak sesat masuk ke rumah, aku dan adik beradik/sepupu akan menangkap dan bermain olok-olok, mengusik mentadak, ayat power time tu "mentadak mentadu macam mana si anu tidur" dan kami akan ketawa beramai2 jika mentadak tersebut membuat gaya ntah apa2 hehe...seronoknya zaman kanak2..  bagi sesiapa yang berminat untuk membela serangga ini, bolehlah klik di sini.

Tambahkan pengetahuan mengenai mentadak:

1) Praying mantis
2) NATURAL  PEST  CONTROL  WITH  PRAYING MANTIS
3) Mentadak orkid

Terima kasih banyak2 kepada Dayang Nurain kerana sudi berkongsi ilmu berkenaan dengan dunia mentadak & terima kasih juga kepada anda kerna sudi membaca :) have a great weekend...

Tuesday, February 17, 2015

Larva rama-rama helang & anak mentadak.

Assalamualaikum...

Semenjak 2 menjak ni, aku dapat merasakan bahawa aku dah begitu tergila-gilakan tanaman hiasan jenis dedaun, terutamanya pokok ati-ati & asam batu, tetapi ati2lah yang begitu mendominasi minatku, setiap hari aku akan membelek2 pokok ati-ati yang baru kutanam, membuang & membunuh kutu-kutu aphid yang cuba merosakkan  daun ati-atiku, & dalam masa yang sama pokok-pokok bunga yang berada di laman rumah sedikit terabai, hmmmm... rasa-rasanya aku patut berikan kasih sayang yang sama rata kepada setiap tanaman hiasan di laman rumah.

Keratan ati-ati.
Oleh kerana perhatian yg kurang diberikan kepada tanaman2 lain, maka tetamu tanpa diundang pun muncul...



Larva Rama-rama helang/Impatiens hawk moth larva.
Hampir seminggu juga aku membuang larva2 rama-rama helang ini, & ada juga curiosity nak pegang larva ni tapi geli yeeeee..... & akibat kurang kasih sayang & terabai ada di antara pokok2 bunga kembung yang mati & rosak diserang, dan dalam beberapa hari tu, terpaksalah aku membuang larva2 rama-rama helang ini di dalam semak, anggaran dalam 3-5 ekor sehari larva rama-rama helang ini kujumpai sedang memakan daun-daun pokok bunga kembung.

Serangan larva rama-rama helang.

Rama-rama helang dewasa/Impatiens Hawk moth/Theretra oldenlandiae pic goggle.
Ketika membersihkan rumah juga aku telah terjumpa dengan indung sejenis lagi rama-rama helang iaitu Eupanacra mydon di langsir rumah, pada mulanya kusangkakan yang Eupanancra mydon ini adalah induk kepada larva impatient hawk moth yang suka menyerang pokok bunga kembungku, rupanya anggapanku meleset, rupa-rupanya larva Eupanacra mydon ini berwarna hijau bukannya hitam, dan pernah juga kuterjumpa dengan larvanya yang sedang menyerang daun pokok keladi.
    
                                                                       
Rama-rama helang (Eupanacra mydon) di langsir rumahku.
                                                     


Larva Eupanacra mydon di daun keladi.
Inilah pertama kali aku terjumpa larva Eupanacra mydon ni, memang rosak jugalah daun2 keladi dimakannya, tapi yg agak unik adalah corak di kepala larva rama-rama helang ini yang menyerupai corak kepala ular. Memang aku agak exited juga melihat corak larva ini, tetapi terpaksa juga kubuang larva ini jauh2 di dalam semak, nanti habis gondol daun keladi dimakannya.

Bersambung......