Sunday, November 23, 2014

Jenguk-jenguk bunga di waktu pagi :)

Minggu ini hampir setiap petang hujan turun dengan lebatnya, menyebabkan aku relax sedikit daripada menyiram bunga2an & tanaman2 di kebunku, tetapi bunga2 yg kuletakkan di beranda rumah perlu juga disiram :p

Pagi tadi ketika membuka tingkap, sekali lagi wangian daripada bunga bakawali menyapaku, begitu harum & segar sekali baunya dtiambah pula dengan segarnya udara di waktu pagi yang berkabus ini, syukur Alhamdulillah sekali lagi si bakawali ini berbunga dengan lebat sekali buat kesekian kalinya (dah banyak kali berbunga)...


Rimbunan bunga bakawali yang harum semerbak.
Love these flowers so much :)
Memandangkan kali ini pokok bunga bakawaliku berbunga dgn lebat sekali, terasa juga nak mengutip bunga2 yang telah layu nanti utk dimasukkan ke dalam masakan sup ayam, menurut ibuku bunga2 bakawali yang telah layu dapat menambahkan kesedapan sup ayam, tetapi setakat ini aku belum berminat nak cuba utk memasukkan bunga2 ini di dalam sup. InshaAllah akan kucuba selepas ini.

Dari melihat keindahan & menikmati kewangian bunga bakawali, kuberalih pula ke kebun kecil sebelah rumah di bahagian hadapan yang menempatkan beberapa jenis bunga2an simple yang kutanaman, sepasu bunga yang ku tak tahu IDnya juga amat kusukai kerana memiliki wangian segar umpama wangian aromatic lemon, yang kutahu tumbuhan berdaun wangi lemon, berbunga ungu ini mungkin tergolong di dalam keluarga herba, pada mulanya kusangka tumbuhan ini adalah herba Self-heal tetapi silap, & IDnya still unknown, ada sesiapa yang boleh membantu?

Purple unknown flower or maybe herbs? ada sesiapa yang tahu IDnya?
Daunnya seperti daun kemangi.
Bunganya yang hanya memiliki 2 kelopak bunga.
Sambil melihat2 bunga2ku yang sedang kembang mekar, terasa seronok & bersyukur juga melihat keindahan alam buana ciptaan Allah yang maha esa ini...

Bunga-bunga kembung selapis, warna Magenta & putih kini menguasai kebun.

Bunga kembunga magenta selapis.
Aku amat tertarik dengan bunga kembung berwarna magenta ini, tetapi setakat ini hanya yang selapis sahaja yang pernah kutemui, ada juga ke magenta double petals ye?

Kembung merah jingga yang sentiasa menceriakan kebunku.
Brown snail garden.
Ketika sibuk menangkap gambar bunga2 tetiba tanpa kusengajakan, aku telah terpijak beberapa ekor siput yang memang dah kiok pun akibat racun siput yang kububuh hari sabtu lalu. Tak sangka racun siput pemberian tuan rumah ini amat berkesan terhadap haiwan molluscs, tetapi hanya siput kebun coklat sahaja yg kutemui mati, siput babi tidak kelihatan pula? hmmm....

Lili hujan turut berbunga pada musim hujan ini hehe..

Beralih ke arah belakang kulihat pokok bunga telang berlapis, turut berbunga dengan meriah sekali, tetapi apa yang membuatkanku tertarik adalah, ada di antara bunga2 telang berlapis ini bertukar warna kepada ungu muda akan lilac tone color? ada sesiapa yang tahu kenapa kadangkala bunga2 di satu2 pokok ada yang berubah variasi warnanya? tidak seperti warna asal?


Bunga telang warna lilac
Beralih ke kawasan beranda rumah pula, kulihat pokok ekor kucingku telah mula mengeluarkan pistillate (bunga pistilat) berwarna merah seakan2 ekor kucing :) bunga yg juga dikenali sebagai "red hot cat-tails" telah lama kuidam-idamkan, akhirnya emakku memberikan sepasu kecil kepadaku, ketika balik kampung dahulu. Kini pokok ekor kucing ini telahpun membesar & mengeluarkan bunga pistilat yg sangat cantik!

Pokok ekor kucing di beranda rumahku.
Bunga ekor kucing yg agak panjang.
Pokok "Party time/Joseph's Coat/Alternanthera ficoidea"
Pokok "Party Time" yang juga merupakan pokok diamanku telah mula tumbuh dengan subur & bertunas2, tumbuhan hiasan yang amat menarik perhatianku kerana warna daunnya, pink & hijau serta berbatang kemerah-merahan, sangat menarik! Antara tumbuhan hiasan yg amat kusukai selepas pokok ati2...

Pokok bunga Marigold yg ditanam melalui keratan batang.
Kulihat juga keratan batang bunga marigold yg kutanam 2minggu lalu, telah menampakkan hasil yg positif, keratan batang bunga marigold ni tidak pun layu ataupun mati setelah hampir 2 minggu berlalu. Harap2 penanaman melalui keratan batang ini berhasil & akan mengeluarkan bunga.

Bersambung di masa2 akan datang hehe...thanks for reading :)

28 comments:

  1. lebatnya bunga bakawali tu...kalau makngah punya paling banyak 3 kuntum je...tapi sekarang tgh bertarung menyelamatkan pokok tu yg hampir mati sebab terabai sekian lama....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie rajin bubuh baja penggalak bunga Makngah, maybe Makngah pun kena bubuh baja penggalak bunga supaya bakawali lebat berbunga. InshaAllah...

      Delete
  2. Hi Julie! nice and very beautiful flowers you have, the unknown plant is skullcap, a parennial herbs.

    ReplyDelete
  3. Julie..cantik bunga telang warna lilac tu. Tandakan, nanti tengok benih dia jadi lilc juga ke tak..
    Wah...kak betu2 admire bunga bakawali Julie...banyaknya dia keluar..
    Yang bunga biru tu bukankah dari jenis snapdragon..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 utk info tu Kak Mala, Alhamdulillah..memang kali ni bakawali tu berbunga agak lebat, suka Julie tengok. Betul tu kak Mala, mmg bunga tu jenis snapdragon, Brazilian Snapdragon namanya. Lynn yg inform.

      Delete
  4. Subhanallah...lebatnya bunga bakawali tu...my mom penah tnm pokok ni tp penah bebunga la julie...apa tips ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..memang lebat berbunga si bakawali tu kali ini. Julie rajin letak baja galak bunga dgn izin Allah, bakawali pun berbunga lebat kak @na. :-)

      Delete
  5. Interesting plants and flowers. The blossoms of the first one are fantastic!

    ReplyDelete
  6. Bakawali lebat berbunga... tukang tengok ni lagi berbunga mata.. banyak betul bunga Julie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kali ni mmg si bakawali lebat berbunga Kak Mar, mata pun berbunga2 melihatnya hehe...

      Delete
  7. Bunga Brazilian Snapdragon tu.
    Lynn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 utk info itu Lynn... :-)

      Delete
  8. selama ini sya silap lah ye, saya ingat bakawali tu akar seruntun...yang rasanya pahit sangat tp byk kebaikannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg nama bakawali dgn patawali ( akar seruntun) tu hampir2 je kan Nasa, tu yg buat org confuse skit hihi

      Delete
  9. Bakawali Julie memang seronok sangat tengok, tangan tuannya sesuai untuk adik beradik dunia cactus selalu je berbunga hehehe...
    Bakawali dekat sini kebiasaannya terabai dan terlupakan kihkihkih...
    Balsam Magenta double ada di dunia ini, seronok menjamu mata tengok tiap hari.
    Tak berani nak tunjuk koleksi balsam KBB tahun ini lagi di posting nanti banyak enquiry.
    Bird Nest tu bawa dari rumah ayah mertua ke Julie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much kak, Julie memang sayang sangat dgn bakawali tu kak hehe...bestnya kak kalo dpt tanam balsam magenta multipetals, kakak ada tanam? Nak juga Julie beli benihnya. Suka sangat. Betul tu kak, birdnest tu dr mentua Julie :-)

      Delete
  10. Happy belated birthday Julie.
    Baru perasan sehari awal dengan hubby tukang kebun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 utk wish tu kak, tua setahun lg Julie hihi..syukur Alhamdulillah...

      Delete
  11. As'salam hebat2 bunga di laman subahanallah

    ReplyDelete
  12. http://madey09.blogspot.com/ minta agar follow blog Etuza ya

    ReplyDelete
  13. baru nampak jule ke blog Etuza ..terima kasih ya..dah follow ke Etuza blog

    ReplyDelete
  14. Salam sis...ada jual tak keratan bakawali tu? Nak beli sikit :)

    ReplyDelete
  15. Boleh x sy ingin membeli bunga bakawali ini?

    ReplyDelete
  16. Jika boleh sy membeli wassup @ kol sy 0134438183 urgent nk kan bunga nie

    ReplyDelete
  17. As-salam. Puan saya nak beli bunga bakawali sahaja bukan pokok untuk berubat. WA no di bawah. Tqvm.

    ReplyDelete
  18. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete