Monday, April 4, 2016

Lebah2 madu di laman rumah.

Lebah Madu/Apis cerana sedang mengumpul madu bunga Lidah kucing.

Lebah madu & bunga lidah kucing.


Assalamualaikum & selamat pagi...

Sememangnya lebah adalah antara serangga yang amat kuminati, seringkali pabila melihat lebah2 madu ini terbang hinggap ke bunga2 yang ada di laman rumahku ini, aku tidak akan melepaskan peluang jikalau ada masa terluang untuk melihat gelagat lebah2 madu betina ini menghisap polen bunga. Timbul ketenangn di hati melihat makhluk kecil ciptaan Allah ini terbang bebas bekerja setiap hari. Selama ini timbul persoalan di sanubari, kenapakah hati terasa tenang takala melihat sang lebah/burung/ikan berenang di kolam/dll? bagaimana boleh timbul rasa ketenangan itu? Persoalan ini akhirnya terjawab apabila beberapa hari yg lalu ketika menonton satu siaran berunsurkan Islamik di televisyen. Ustaz Ilyas Ismail menyatakan bahaya kenapa kita terasa tenang melihat ikan berenang-renang, kerana ikan itu makhluk yang sentiasa berzikir kepada Allah yang Maha Kuasa, dan sekaligus kita yang melihat makhluk ini turut terkesan dengan kuasa zikir itu. Barulah kufaham kenapa ketenangan itu muncul dikala melihat lebah2 ini, ikan2 yang berenang, burung2 yang berterbangan, dan lain2 makhluk ciptaan Allah yang mempesonakan. Sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan, rezeki berupa ketenangan...SubhanAllah....Hebat sungguh CiptaanMu ya Allah...


..........

15 comments:

  1. memang lebah madu suka pokokk turnera ni Julie. Rama-rama pun suka sangat. Yang mana datang mesti hinggap kat bunga ni. sekarang cuma tinggal sebatang je duk berlajar hidup semula. Banyak2 buang last2 nak pupus baru kelam kabut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah tu kak, Julie pun banyak dah buang anak2 lidah kucing ni, tapi ada pokok induk yg masih berbunga, tulah kejap je banyak dah muncul anak2 bunga ni...

      Delete
  2. Cantik bunga lidah kucing tu, terima kasih atas pesanan dan peringatan bersama.

    Jay

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang baik Julie.
    Memang tenang hati melihat mereka.
    Ini lah kan asyik terperap dalam bilik beberapa hari dah rasa tak de mood hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak hehe...kalo terperap dlm bilik tu memang xde moodlah hihi

      Delete
  4. Betui la julie merenung makhluk dan pokok menjadi terapi semulajadi yg sgt baik utk kita tenang..

    ReplyDelete
  5. Subhanallah.. Bagus betul foto2nya :)

    ReplyDelete
  6. Subhanallah , memang hebat ciptaan Allah....

    ReplyDelete
  7. Salam Bahagia Julie.

    Terima kasih banyak-banyak hadiah dari Julie sudah selamat sampai :).
    Sorry lambat inform.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam warahmatullah kak Diana,
      syukur alhamdulillah...dah sampai pun hihi

      Delete