![]() |
| Oxalis Triangularis (Purple Shamrocks) atau bunga kupu2. |
Pertama kali melihat bunga ini adalah pada tahun lepas, ketika berada di rumah mentuaku, yg sememangnya juga mempunyai minat terhadap tanaman hiasan sama sepertiku. Bunga yang berdaun seperti kupu2 ini mengingatkanku kepada cerita anime Jepun yang begitu kuminati ketika zaman bujang dahulu iaitu "Honey & clover" . Ku sangkakan yang pokok tersebut adalah rumput clover (rumput semanggi), tetapi confuse juga sebab warnanya ungu, manakala rumput semanggi berwarna hijau. Seperti biasalah carian lebih mudah dengan menggunakan internet, barulah kutahu bahawa tumbuhan ini adalah sejenis tanaman hiasan berbunga, daunnya berwarna ungu yang juga disebut bunga kupu-kupu atau dlm bahasa English "Oxalis" atau shamrock plant.
![]() |
| Oxalis si Bunga kupu2 di beranda rumahku. |
Bunga Oxalis senang ditanam dan tidak cerewet menjaganya, juga sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat dan banyak mengeluarkan bunga dan daun yang cantik warnanya (utk kawasan tanah tinggi). Manakala bagi kawasan tanah rendah, Oxalis sesuai ditanam di kawasan yg lebih redup.
Bunga Oxalis sangat cepat membiak jika dibaja dan berketinggian diantara 7''-10''. Pembiakan dilakukan melalui rizomnya dan rizom oxalis ini tidak boleh ditanam di dalam tanah yang bertakung air kerana ianya akan mereput.
![]() |
| Rizom Oxalis (sumber http://www.barbarapleasant.com/oxalis.html) |
Bunga oxalisku ini berbentuk seperti loceng & berwarna pink keputih-putihan. Kutanam bunga Oxalis ini di dlm pasu & kuletakkan di beranda rumah, hanya terkena cahaya mentari pagi, Oxalis memang sangat cantik dipandang tetapi berbahaya kepada haiwan peliharaan seperti arnab, kucing & anjing kerana tumbuhan ini beracun apabila dimakan (extremely pahit rasanya) nasib baiklah kucing2 jiran x berminat pun nak sentuh bunga2 di laman rumahku syukurlah hehehe & paling selamat kalo nak tanam bunga ni bagi yang berminat tetapi mempunyai haiwan kesayangan di rumah lebih baik tanam dlm pasu gantung je :)
Versi Oxalis2 idamanku (sumber: goggle)
![]() |
| Oxalis Hijau oxalis purpurea alba |




