Assalamualaikum & salam Jumaat :)
"Julie, nanti kirimkan bunga seri kelambu sekali ye?" pesan Aunt Emma kpdku. "Bunga Seri Kelambu? bunga apa tu Aunt?" aku membalas soalan aunt Emma. Aunt Emma segera menghantar pic melalui wassap, "Ooooo bunga pacar air rupanya" itulah antara perbualanku melalui wassup dgn Aunt Emma, barulah kutahu yg bunga seri kelambu tu bunga pacar air rupanya. tak pasti pula gelaran bunga seri kelambu ni hanya digunakan oleh orang di kampungku sahaja atau juga digunapakai di tempat lain, dan adik beradik kpd bunga kembung ini juga merupakan salah satu drp bunga2 yg sangat kugemari, krn ianya sangat rajin berbunga & senang ditanam.
 |
| Bunga seri kelambu pink/pacar air/Busy Lizzy/Impatient Walleriana |
Bunga seri kelambu amat mudah ditanam dgn menggunakan keratan batang, pernah juga kucuba utk menanamnya melalui biji benih, tetapi x berjaya, lama kutunggu biji benih tersebut bercambah, namun setelah 3 minggu menanti, akhirnya aku pasrah yg benih tu dah mati kot, nampaknya bunga kembung lagi senang bercambah dgn biji benih. Semai benih tak sampai seminggu dah pun tumbuh bercambah, berbanding seri kelambu ini.
 |
| Bunga seri kelambuku yg sangat rajin berbunga. |
 |
| Bunga seri kelambu pink terang & merah di beranda rumahku, teringat pula dgn bunga warna ungu yg dah mati, x sempat nak tanam balik :( |
 |
| Bunga seri kelambu yg bertompok putih |
 |
| Kantong benih bunga seri kelambu. |
Apa yg dptku perhatikan, bunga seri kelambu ini amat sesuai ditanam, di tempat separa terlindung. Kerana pernah kuletakkan bunga ini di bawah cahaya matahari terus (
direct sunlight). Daun2 pokok mula layu, tetapi tidaklah mati, & apabila hari beransur petang daun pokok segar semula, hal ini membuatkanku meletakkan bunga tersebut di beranda rumahku. :)
Bunga seri kelambu, pada pendapatku mempunyai keunikannya & keistimewaannya yg tersendiri walaupun tak tahan cuaca panas terik lagi2 di tanah rendah spt di pontian ini. Tidak spt bunga kembung, namun aku tetap menyukai keindahannya & bunga ini juga amat sesuai ditanam bagi
beginner :)
Info tentang bunga Seri Kelambu sila click:
http://homeguides.sfgate.com/care-impatiens-walleriana-flower-61900.htmlhttp://homeguides.sfgate.com/care-impatiens-walleriana-flower-61900.html