Memandangkan hujan seringkali je turun since bulan lepas di daerah Pontian ini, menyebabkan pokok kunyit yg telah lama mati tiba2 muncul semula, seingat aku, kutanam pokok kunyit tersebut tahun lepas, & oleh kerana permintaan terhadap kunyit amat tinggi penggunaannya di rumah, ditambah pula dgn cuaca yg agak panas sedikit pada tahun lepas, menyebabkan rumpunan pokok kunyitku layu & mati, rupa2nya tanah menjadi stor penyimpan terbaik bagi umbisi kunyit yg masih berbaki ini, & apabila keadaan cuaca menjadi sesuai utknya bercambah. Mcm mati hidup semula pula pokok kunyit ni hehe....
 |
| Pokok kunyit bercambah semula... |
Oleh kerana ternampak beberapa helaian daunnya yg segar bugar telah muncul, tetibaku teringatkan resepi rendang kemboja emak yg sungguh sedap & marvelous itu, apa lagi aku lantas menelepon emak pada petang semalam, utk meminta resepi tersebut. Lagipun bahan2 asas utk membuat rendang memang telah tersedia di rumah, Pernah juga ku'goggle' resepi tersebut tetapi x terjumpa pula resepi rendang ini, atau mungkin juga rendang ini memiliki nama yg lain?
Anyway resepi rendang kemboja ini memang sangat sedap, walaupun memerlukan sedikit kerajinan, namun x rugi mencubanya, akan kumasak lagi rendang kemboja ini di hari raya Aidil adha nanti, InshaAllah :)
RESEPI RENDANG KEMBOJA
 |
| Rendang Kemboja |
BAHAN-BAHANNYA....
Bahan utk diperap selama 15-30 minit
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1+ kg), dipotong2 ikut suka
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Bahan-bahan kisar halus
11 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
3 1/2 batang serai hiris bulat2*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas* (*dikisar halus)
Bahan2 lain
13 biji cili kering (dikisar halus)
1 batang kulit kayu manis**
3 biji bunga lawang**
7 biji cengkih**
3 biji buah pelaga**(**rempah 4 beradik)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai buang tulang daun)
1 1/2 cawan pati santan
1/2 cawan air asam jawa
1 helai daun kunyit, dimayang halus
2 sudu makan gula melaka yg telah dihancurkan
2 sudu makan kerisik
segengam kismis merah
segengam buah gajus panggang (Optional, nak letak boleh x letak pun ok jeee..)
Garam secukup rasa.
CARA MEMBUATNYA...
- Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan
tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus & rempah 4 beradik hingga
harum, masukkan cili kisar. Masak hingga naik minyak, kacau selalu & gunakan api kecil, kemudian masukkan air asam jawa, gula melaka & garam, Kacau & seimbangkan rasa.
- Masukkan ayam goreng, kacau rata & kemudian masukkan santan, kerisik dan kismis merah kacau rata lagi. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna.
- Bila kuah dah pekat masukkan daun limau purut & kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak
terlalu berkuah (keluar minyak sedikit). Kemudian masukkan daun kunyit yang dimayang halus bersama2 dgn kacang gajus panggang, kacau rata dan
rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan
jika ok boleh matikan api. Enak dimakan bersama nasi impit/nasi hangat :)