Monday, September 22, 2014

Hempedu Bumi...


Hempedu bumi/Akar Cerita/Sambiloto/Andrographis paniculata/King of bitter/Chuan Xin Lian/KanJan/Kalmegh
Seingat aku, pokok hempedu bumi pernah kutanam seawal berpindah di Pontian ini pada hujung tahun 2009, tetapi x menjadi. Ibuku memberitahuku bahawa daun hempedu bumi ini amat bagus utk merendahkan tekanan darah tinggi, lalu dia pun dgn senang hati mengepos pokok hempedu bumi ini utkku tanam, namun gagal kutanam tumbuhan herba ini mungkin juga krn alasan yg sama "overdose" siram hihi...nampaknya kena belajar cara menyiram pokok dgn betul ni....

Daun hempedu bumi

Awal tahun ini, aku mula perasan pada mulanya hanya terdapat sepokok sahaja hempedu bumi yg tumbuh berhampiran dgn pasu2 bunga ati2ku. Kubiarkan sahaja pokok tersebut & beberapa bulan lepas pokok2 ini sudah mula membiak dgn cemerlang, sekarang terdapat 5 btg pokok hempedu bumi sederhana besar tumbuh meliar d laman rumah, namun kubiarkan sahaja (pic di atas adalah pokok hempedu bumi yg menumpang dlm pasu pokok lidah buaya, yg sangat subur)

Aku amat tertarik dgn bunga2an hempedu bumi yg bentuknya seakan2 bunga Lobelia, tetapi bunga hempedu bumi lebih kecil, comel, berwarna putih & mempunyai tompok serta garis2 berwarna maroon pada kelopaknya.


Bunga Hempedu bumi.

Melalui sedikit pembacaan, pokok hempedu bumi banyak dijumpai di India & Thailand. Tumbuhan herba ini mudah diperolehi di sekitar rumah, longkang, & kawasan semak samun bertanah gambut.

Hempedu bumi merupakan herba semusim yg tumbuh secara menegak, & boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70cm. 

Hempedu bumi tumbuh di tepi longkang.
Keseluruhan pokok hempedu bumi boleh digunakan utk merawat demam, luka, kencing manis, & bekas gigitan serangga. Kandungan bahan kimia yg terdapat pada daunnya dpt memecahkan molekul2 lemak yg berkumpul di sekeliling saluran darah lantas menyempitkan urat2 darah yg menjadi faktor terjadinya tekanan darah tinggi.

Cara2 Pengunaan hempedu bumi.
1) Untuk menyembuhkan luka, tumbuk daun hempedu bumi sehingga lumat & tempelkan pada luka.

2) Untuk merawat bekas gigitan serangga bolehlah dihancurkan beberapa helai daun hempedu bumi  & sapukan pada bekas gigitan itu.

3) Air rebusan daun hempedu bumi diminum utk menurunkan tekanan darah tinggi & merawat kencing manis. Namun dos standard air rebusan daun hempedu bumi yg boleh diambil setiap hari adalah secawan (250ml) setiap kali & sebanyak 3 kali sehari.

Anak pokok hempedu bumi.
Dalam kes2 terpencil sesetengah individu yg menggunakan hempedu bumi mungkin mengalami pening kepala & peningkatan denyutan jantung, terdapat juga sesetengah individu yg mungkin mengalami alergi seperti ruam kulit.

Elakkan juga menggunakan herba ini ketika mengandung atau masih menyusukan anak bagi kaum wanita, kerana hempedu bumi boleh merendahkan paras kesuburan pada manusia termasuk juga lelaki :)

Info mengenai hempedu bumi:
1) http://www.ridzalmersing.com/tanaman-herba/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html
2) http://animhosnan.blogspot.com/2013/12/hempedu-buni-sambiloto.html

13 comments:

  1. Pernah dengar cerita hempedu bumi ni,,,tapi belum pernah tanam dan minum airnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kengkadang Kak pokok hempedu bumi ni, kita x payah tanam pun, pokok ni boleh tetiba je tumbuh dkt laman or pasu bunga kita, air rebusannya memang pahit kak :)

      Delete
  2. Pahit itu ubat. Siapa yg tahan Pahit bolehkah minum air teh hempedu bumi. Kalau tak, keringkan daun, kisar dan isi dlm kapsul. Kalau nak cepat lagi, ambil 1 helai daun besar atau 3 daun sederhana besar, cuci & lap kering, hiris halus & masukkan ke dlm kapsul. Memang mujarab kalau rasa mcm nak demam, selesema & batuk. Tapi yg tekanan rendah, jaga2 sbb ia boleh turunkan tekanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much utk info ni Tiny Gardener, very usefull, utk alternatif kpd air rebusan hempedu bumi ni...

      Delete
  3. Kak tanam sekali je pokok ni, selebihnya dia tumbuh sendiri merata tempat. Senang membiak pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakak memang "green finger" :) untungnya kakak, Julie tanam x menjadi, pastu tumbuh plak sendiri, ntah benihnya pun Julie x tahu datang dari mana?

      Delete
  4. pokok ni byk tumbuh kat laman kami...ingatkan weed...tak sangka pulak ia herba berharga!
    tq julie

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welkem kak @na, memang herba ni senang tumbuh secara semulajadi, tapi bila Julie tanam x pula menjadi hihi

      Delete
  5. ini pun spesis herba pahit jugak ni,,,nama pun lagi hempedu..kalau try boleh compare la dgn akar seruntun/patawali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2x5 je rasanya tu kotzz, sebab Julie pernah try rasa daun hempedu bumi ni...wow...memang sangat pahit sis..Julie belum pernah try lagi patawali. ada rezeki nak juga rasa kepahitan patawali tu hehe...

      Delete
  6. Tak larat dah nak cabut hempedu bumi ni Julie sakit tangan tukang kebun. Tiap minggu asyik nak cabut dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dh tumbuh banyak sangat d kebun mmg dh consider weed la tu kak, mmg lenguh cabut pokok tu, akarnya kuat mencengkam tanah hehe

      Delete
  7. kalau utk kita cegah kencing manis..boleh amalkan ke daun hempedu bumi ni?

    ReplyDelete