Friday, September 12, 2014

Pokok Kunyit & Resepi Rendang Kemboja...

Memandangkan hujan seringkali je turun since bulan lepas di daerah Pontian ini, menyebabkan pokok kunyit yg telah lama mati tiba2 muncul semula, seingat aku, kutanam pokok kunyit tersebut tahun lepas, & oleh kerana permintaan terhadap kunyit amat tinggi penggunaannya di rumah, ditambah pula dgn cuaca yg agak panas sedikit pada tahun lepas, menyebabkan rumpunan pokok kunyitku layu & mati, rupa2nya tanah menjadi stor penyimpan terbaik bagi umbisi kunyit yg masih berbaki ini, & apabila keadaan cuaca menjadi sesuai utknya bercambah. Mcm mati hidup semula pula pokok kunyit ni hehe....

Pokok kunyit bercambah semula...

Oleh kerana ternampak beberapa helaian daunnya yg segar bugar telah muncul, tetibaku teringatkan resepi rendang kemboja emak yg sungguh sedap & marvelous itu, apa lagi aku lantas menelepon emak pada petang semalam, utk meminta resepi tersebut. Lagipun bahan2 asas utk membuat rendang memang telah tersedia di rumah,  Pernah juga ku'goggle' resepi tersebut tetapi x terjumpa pula resepi rendang ini, atau mungkin juga rendang ini memiliki nama yg lain?

Anyway resepi rendang kemboja ini memang sangat sedap, walaupun memerlukan sedikit kerajinan, namun  x rugi mencubanya, akan kumasak lagi rendang kemboja ini di hari raya Aidil adha nanti, InshaAllah  :)

RESEPI RENDANG KEMBOJA


Rendang Kemboja


BAHAN-BAHANNYA....

Bahan utk diperap selama 15-30 minit
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1+ kg), dipotong2 ikut suka
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh garam

Bahan-bahan kisar halus
11 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
3 1/2 batang serai hiris bulat2*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas* (*dikisar halus)

Bahan2 lain
13 biji cili kering (dikisar halus)
1 batang kulit kayu manis**
3 biji bunga lawang**
7 biji cengkih**
3 biji buah pelaga**(**rempah 4 beradik)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai buang tulang daun)
1 1/2 cawan pati santan
1/2  cawan air asam jawa
1 helai daun kunyit, dimayang halus
2 sudu makan gula melaka yg telah dihancurkan
2 sudu makan kerisik
segengam kismis merah
segengam buah gajus panggang (Optional, nak letak boleh x letak pun ok jeee..)
Garam secukup rasa.

CARA MEMBUATNYA...
  1. Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus  & rempah 4 beradik hingga harum, masukkan cili kisar. Masak hingga naik minyak, kacau selalu & gunakan api kecil, kemudian masukkan air asam jawa, gula melaka & garam, Kacau & seimbangkan rasa.
  2. Masukkan ayam goreng, kacau rata & kemudian masukkan santan, kerisik dan kismis merah kacau rata lagi. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna.
  3. Bila kuah dah pekat masukkan daun limau purut & kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah (keluar minyak sedikit). Kemudian masukkan daun kunyit yang dimayang halus bersama2 dgn kacang gajus panggang, kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Enak dimakan bersama nasi impit/nasi hangat :)

13 comments:

  1. Kemarau panjang tahun ni memang keluarga adik beradik halia berdiam diri je duduk dalam tanah di KBB. Dah mula hujan kerap barulah nak timbul semula. Pertama kali dengar rendang kemboja ni Julie ada letak spices ya. Terima kasih berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang family kunyit ni mcm ni ye kak Diana, mcm berhibernate juga hihi...Julie ikut resepi mama, memang sedap kak, trylah buat bila ada masa :)

      Delete
  2. nmpk sedap la julie, tp bg org mcm akak yg suka masak simple2 ni, buat rendang kemboja cam complicated skit hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak @na, Julie pun ikut mood jugak kalo nak masak benda2 complicated mcm ni, tapi hari tu bila tgk daun kunyit tu subur2 tetiba je teringatkan rendang kemboja emak, terliur kejap & terus je Julie membusykn diri masak rendang ni hihi...

      Delete
  3. salam sis julie,,
    sedapnya rendang tu! tak pernah dgr rendang kemboja,,asal resepi dari org sana kot.
    mm tu la kunyit ..kita ingatkan dah mati rupa2nya duk rehat kt dlm tanah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Warahmatullah sis, Julie pun x tahu resepi ni asal dr mana, mayb bukan sabah, nnti Julie tanya emak hihi..

      Delete
  4. Replies
    1. Memang sedap Kak Mala, trylah masak :)

      Delete
  5. Hujan macam ni memang membuka selera, ada gajus ada kismis, lemak2 manis....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak Sud@is, sungguh menyelerakan, lagi2 time hujan2 & lapar...sure habis x bersisa lauk tu hihi...

      Delete
  6. Betul..sekarang hujan memanjang elok aje daun kunyit cambah semula. Rendang tu menarik!

    ReplyDelete