Saturday, September 6, 2014

My Wonderful Time~Jalan2 di Timpohon...

Beberapa hari sebelum balik ke Pontian, Johor setelah seminggu berhari raya di Kg, kami sekeluarga mengambil peluang utk bersiar2 menikmati keindahan panorama serta kenyamanan udara sejuk dan cuaca yg redup2 di Timpohon yg merupakan tempat lazim bagi pendaki utk memulakan aktiviti mendaki ke gunung Kinabalu. Perkara yg amat menarik perhatianku adalah variasi pokok bunga impatient balsam @ pacar air tumbuh meliar, ingin sahaja aku mencabut anak2 pokok balsam ini tetapi amat taboo memandangkan kawasan gunung merupakan tempat yg keras & adalah dilarang by law utk mencabut/merosakkan tumbuh2an @ keindahan alam sekitar, denda RM25,000...fuh memang bahaya....

Dilarang merosakkan & mencabut tumbuh2an......
Jalan masuk ke Timpohon
Tupai yg jinak2 merpati....
Peminat2 tupai :p

Dpt jugaku mengupan tupai yg jinak2 merpati ini dgn kacang...

Suami pun x melepaskn peluang utk mengumpan tupai dgn kacang...

Rumpunan pokok2 bunga balsam liar yg buatku geram!!!



Pokok ekor anjing yg tumbuh meliar di sepanjang jalan...
Selepas beberapa jam menikmati keindahan di Timpohon, kami sekeluarga meneruskan perjalanan ke Pekan Kundasang, rambang mataku melihat berjenis2 bunga2an, sayur2an & buah2 segar dijual di gerai2 ditepi jalan & yg amat menarik perhatianku adalah pokok bunga krismas aka poinsettias yg memang menjadi idaman hati & dpt jugaku memilikinya, syukur Alhamdulillah :) anyway memang amat seronok, sekali-sekala bersiar2 dgn keluarga menikmati keindahan alam....
 

6 comments:

  1. Eii..Julie, syoknya boleh bagi makan tupai atas tapak tangan. Jinak betul ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jinak2 merpati je tupai ni kak, nak tangkap susah, kejap je tupai ni ambik kacang pastu dia speed bawa kacang tu lari hihi...memang best sangat kak...

      Delete
  2. Jinaknya situpai, jarang jumpa macam ni...budak-budak tu tak takutt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tupai2 tu memang dh biasa dberi makanan itulah jinak2 merpati, budak2 tu memang x takut semua pun exited nak bagi tupai makan hehe

      Delete
  3. Impatiens balsam ni memang kat sini geram-geram tengok tumbuh liar kan .
    Lama tak pergi situ.
    Cuma Ilhan sahaja masa baby ada dibawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang Julie geram sangat dgn balsam2 tu kak, nak saja Julie cabut tp takut hehe...moga2 adalah rezeki kakak sekeluarga dpt pergi ke sana nanti :)

      Delete