Saturday, September 6, 2014

Pokok Poinsettia idamanku...


Sdh lamaku idamkan pokok poinsettia aka pokok krismas ni, singat aku ketika kembali ke kampungku ketika berjalan2 di pantai Kinarut, sekali sekala tidak kulupa utk menjenguk2 jikalau terlihat kelibat pokok krismas liar tumbuh di celah2 belukar ditepi pantai, namun hampeh sepokok pun x jumpa, & ketika berjalan2 di tamu "Gaya Street" tetiba kuterpandang sepasu pokok krismas liar yg dijual di salah sebuah gerai menjual bunga2an, namun kubatalkan hasrat utk membelinya memandangkan saiz pasu & pokok yg sdh matang (besar) menyebabkan aku terpaksa membatalkan hasrat utk membelinya, nanti susah nak bawa balik Pontian.

Pokok krismas liar dijual di tamu Gaya street, ambik pic je sbg kenangan :)
dan ketika berjalan2 di pekan kundasang sempat jugaku membeli sebatang anak pokok krismas (bukan yg jenis liar)  dan syukur Alhamdulillah sampai sekarang pokok ini telah dpt hidup dgn subur...moga2 dpt bertahan tumbuh dgn subur sampai bila2 hehe....

Pokok krismaku ketika mula2 ditanam, layu semacam je, mungkin juga terkejut dgn perubahan cuaca, dari tanah tinggi ke tanah rendah.

Syukur Alhamdulillah pokok krismas semakin subur, setelah sebulan hidup di tanah rendah.

Warna merah daunya yg buatku terpesona :p
Sedikit informasi yg kuperolehi drp internet, getah drp pokok krismas ini boleh digunakan sebagai remedi utk mengubati penyakit ketuat. click di sini

11 comments:

  1. cantik bunganya,,nama oanggilannya pokok krismas,ingat yang pokok mcm piramid tu,,hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi memang sama je namanya kan, pokok krismas :)

      Delete
  2. Pokok cristmas ni memang cantik tapi kat tempat kak ni selalunya dijual banyak pada Chinese New Year. Mungkin penjual mengambil kesempatan dari warna merahnya yang 'ong'itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kat sini jarang pula nampak kak, maybe Julie belum survey2 semua nursery yg ada kat Pontian ni hehe...tapi selalunya time chinese new year pokok limaulah yg paling banyak dijual d mana2 nursery...

      Delete
  3. Assalam singgah
    Pokok poinsettia namanya, saya panggil pokok pucuk merah, cantik dark pink merahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. cantik juga nama tu, pokok pucuk merah...thanks utk info tu kak Sud@is :)

      Delete
  4. memang betul la julie, color merah tu sangat mempesonakan...mcm artificial kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu @na...sangat mempesonakan hehe...

      Delete
  5. Special ni, mesti kena makan banyak kerang.
    Sebab dia sorang je dapat kelilingi dengan kerang takut kucing gali ya Julie.
    Cantik subur Julie jaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang special treats utk si poinsettia ni kak, jauh Julie bawa, jd kena djaga dgn baik hehe...mcm pilih kasih pula hihi...thanks kak, moga2 pokok ni subur2 selalu...

      Delete
  6. Assalaam Julie... Cantik sekali bunga Poinsettianya... Pokok ni boleh ditanam dari keratan dan pucuk dari pokok yang liar pun boleh dibuat sayur macam bayam, tapi tak tahu apakah pucuk dari pokok yg dijual boleh juga dimasak

    ReplyDelete