Assalamualaikum & salam Jumaat....
Thursday, October 2, 2014
Thursday, September 25, 2014
Bunga Butang, khasiat & Manfaatnya...
| Bunga butang/Bunga 40 hari/Globe Amaranth/Gomphrena globosa |
Bunga butang yg paling tumbuh & mendominasi di laman rumahku pula adalah bunga butang putih, x sangka pula warna ini yg paling banyak, 2 buah pasu semaian kugunakan utk menyemai benih bunga2 butang ini, sepasu kusemai warna putih & ungu, manakala sepasu lagi kusemai warna lavender lembut & merah jambu. Namun pasu yg mengandungi benih merah jambu & lavender lembut habis digali kucing utk dijadikan tandas. Terpaksalah kuselamatkan benih2 yg telahpun bercambah sekadar yg ada. Syukur alhamdulillah banyak juga pokok2 bunga butang lavender lembut yg selamat, manakala warna merah jambu semuanya x survive :(
Bunga2 butang di laman rumahku :)
| Bunga butang putih |
| Bunga butang "Smooth Lavender pink" |
| Bunga butang "Lavender" |
| Bunga butang ungu. |
| Bunga butang amat sesuai ditanam bagi sesiapa yg mengemari rama2. |
| Cicak mengkarung di rimbunan pokok2 bunga butang. |
Selain drp itu bunga butang juga amat sesuai dijadikan "drying flower", potpouri ataupun "Fresh Flower arrangement". Bunga ini amat sesuai ditanam di kawasan yg terdedah kpd cahaya matahari penuh ataupun separa naungan. Bunga akan kurang dihasilkan jika ditanam di tempat yg redup.
Bunga butang juga memiliki khasiatnya tersendiri, & salah 1 cara utk memperolehi khasiatnya dgn mudah adalah dgn membuat teh bunga butang. Kupilih bunga butang warna ungu krn warnanya yg lebih menyerlah & lazim dibuat teh, kpd pengemar2 teh bolehlah cuba buat teh bunga yg berkhasiat & menyegarkan ini. Teh bunga yg x pahit & mempunyai sedikit rasa manis.
| Teh bunga butang ungu segar. |
utk secawan teh, hanya gunakan 250ml air panas, rendamkan 2-5 kuntum bunga butang ungu segar yg telah dibasuh, selama 3-5 minit, tapis dan bolehlah diminum ketika suam. Boleh juga dicampurkan bersama2 dgn teh bunga2an yg lain ataupun dgn teh jenis daun. Juga boleh ditambah dgn 1/2 sudu teh madu asli utk menambahkan sedikit kemanisan.
Khasiat bunga butang.
- Kelopak bunga butang kaya dgn phyto-nutrien, anti-oksidan (anti radikal bebas), Vitamin A, B & kumpulan Vitamin B.
- Mineral spt Germanium, Selenium semulajadi, zat besi, zink, kalsium, Manganese, Potassium, Phytesterol Saponosides, & beberapa asid amino yg lain.
- Kelopak bunga butang kering yg dilembabkan dgn sedikit air & diletakkan di bahagian bawah mata dapat digunakan utk menghilangkan eyebag/kantung mata & memudarkan lingkaran gelap di bawah mata. Letakkan kelopak bunga butang lembab setiap hari sehingga nampak perubahannya.
- Teh bunga butang juga boleh diminum utk mengurangkan stress, krn khasiatnya yg menenangkan serta memberikan tenaga kpd sarat & juga otot. Keletihan & keagrassifan juga dpt diatasi,
- Baik utk sistem penghadaman & meningkatkan konsentrasi.
- Baik utk kesihatan kulit.
- 10 Kuntum bunga butang ini direbus dgn 500ml air & minum sebanyak 3 kali sehari sbg ubat utk asma bronkial.
- Utk mengubati penyakit kencing tak lawas, rebus sebanyak 3-10gm bunga butang (8-15 kuntum bunga butang) & diminum airnya.
- Anggota badan yg sakit akibat lebam/bengkak/luka juga dpt diubati dgn menggunakan beberapa helai daun bunga butang yg dihancurkan sehingga menjadi pes, ditampal pada bahagian yg sakit & kemudian ditutupi dgn daun bunga butang yg masih segar.
| Benih bunga butang. |
Bunga butang memang berkhasiat, selain drp itu menanamnya di laman rumah juga dpt memberikan keceriaan serta menambahkan kecantikan di laman rumah.
P/S: Siapa ada benih bunga butang warna merah? Jualkan kpdku ya...thanks (email: roslizah22@gmail.com)
Membaca jambatan ilmu, tambahkan pengetahuan tentang bunga butang:-
Monday, September 22, 2014
Hempedu Bumi...
| Hempedu bumi/Akar Cerita/Sambiloto/Andrographis paniculata/King of bitter/Chuan Xin Lian/KanJan/Kalmegh |
| Daun hempedu bumi |
Awal tahun ini, aku mula perasan pada mulanya hanya terdapat sepokok sahaja hempedu bumi yg tumbuh berhampiran dgn pasu2 bunga ati2ku. Kubiarkan sahaja pokok tersebut & beberapa bulan lepas pokok2 ini sudah mula membiak dgn cemerlang, sekarang terdapat 5 btg pokok hempedu bumi sederhana besar tumbuh meliar d laman rumah, namun kubiarkan sahaja (pic di atas adalah pokok hempedu bumi yg menumpang dlm pasu pokok lidah buaya, yg sangat subur)
Aku amat tertarik dgn bunga2an hempedu bumi yg bentuknya seakan2 bunga Lobelia, tetapi bunga hempedu bumi lebih kecil, comel, berwarna putih & mempunyai tompok serta garis2 berwarna maroon pada kelopaknya.
| Bunga Hempedu bumi. |
Melalui sedikit pembacaan, pokok hempedu bumi banyak dijumpai di India & Thailand. Tumbuhan herba ini mudah diperolehi di sekitar rumah, longkang, & kawasan semak samun bertanah gambut.
Hempedu bumi merupakan herba semusim yg tumbuh secara menegak, & boleh mencapai ketinggian sehingga 60-70cm.
| Hempedu bumi tumbuh di tepi longkang. |
Cara2 Pengunaan hempedu bumi.
1) Untuk menyembuhkan luka, tumbuk daun hempedu bumi sehingga lumat & tempelkan pada luka.
2) Untuk merawat bekas gigitan serangga bolehlah dihancurkan beberapa helai daun hempedu bumi & sapukan pada bekas gigitan itu.
3) Air rebusan daun hempedu bumi diminum utk menurunkan tekanan darah tinggi & merawat kencing manis. Namun dos standard air rebusan daun hempedu bumi yg boleh diambil setiap hari adalah secawan (250ml) setiap kali & sebanyak 3 kali sehari.
| Anak pokok hempedu bumi. |
Elakkan juga menggunakan herba ini ketika mengandung atau masih menyusukan anak bagi kaum wanita, kerana hempedu bumi boleh merendahkan paras kesuburan pada manusia termasuk juga lelaki :)
Info mengenai hempedu bumi:
1) http://www.ridzalmersing.com/tanaman-herba/khasiat-pokok-hempedu-bumi.html
2) http://animhosnan.blogspot.com/2013/12/hempedu-buni-sambiloto.html
Friday, September 12, 2014
Pokok Kunyit & Resepi Rendang Kemboja...
Memandangkan hujan seringkali je turun since bulan lepas di daerah Pontian ini, menyebabkan pokok kunyit yg telah lama mati tiba2 muncul semula, seingat aku, kutanam pokok kunyit tersebut tahun lepas, & oleh kerana permintaan terhadap kunyit amat tinggi penggunaannya di rumah, ditambah pula dgn cuaca yg agak panas sedikit pada tahun lepas, menyebabkan rumpunan pokok kunyitku layu & mati, rupa2nya tanah menjadi stor penyimpan terbaik bagi umbisi kunyit yg masih berbaki ini, & apabila keadaan cuaca menjadi sesuai utknya bercambah. Mcm mati hidup semula pula pokok kunyit ni hehe....
| Pokok kunyit bercambah semula... |
Oleh kerana ternampak beberapa helaian daunnya yg segar bugar telah muncul, tetibaku teringatkan resepi rendang kemboja emak yg sungguh sedap & marvelous itu, apa lagi aku lantas menelepon emak pada petang semalam, utk meminta resepi tersebut. Lagipun bahan2 asas utk membuat rendang memang telah tersedia di rumah, Pernah juga ku'goggle' resepi tersebut tetapi x terjumpa pula resepi rendang ini, atau mungkin juga rendang ini memiliki nama yg lain?
Anyway resepi rendang kemboja ini memang sangat sedap, walaupun memerlukan sedikit kerajinan, namun x rugi mencubanya, akan kumasak lagi rendang kemboja ini di hari raya Aidil adha nanti, InshaAllah :)
RESEPI RENDANG KEMBOJA
| Rendang Kemboja |
BAHAN-BAHANNYA....
Bahan utk diperap selama 15-30 minit
1 ekor ayam (berat kurang lebih 1+ kg), dipotong2 ikut suka
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh garam
Bahan-bahan kisar halus
11 biji bawang merah kecil*
4 ulas bawang putih*
3 1/2 batang serai hiris bulat2*
1 1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas* (*dikisar halus)
Bahan2 lain
13 biji cili kering (dikisar halus)
1 batang kulit kayu manis**
3 biji bunga lawang**
7 biji cengkih**
3 biji buah pelaga**(**rempah 4 beradik)
5 helai daun limau purut (kalau saiz daun anda besar, guna 3 helai buang tulang daun)
1 1/2 cawan pati santan
1/2 cawan air asam jawa
1 helai daun kunyit, dimayang halus
2 sudu makan gula melaka yg telah dihancurkan
2 sudu makan kerisik
segengam kismis merah
segengam buah gajus panggang (Optional, nak letak boleh x letak pun ok jeee..)
Garam secukup rasa.
CARA MEMBUATNYA...
- Ayam digoreng 1/2 masak, angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar halus & rempah 4 beradik hingga harum, masukkan cili kisar. Masak hingga naik minyak, kacau selalu & gunakan api kecil, kemudian masukkan air asam jawa, gula melaka & garam, Kacau & seimbangkan rasa.
- Masukkan ayam goreng, kacau rata & kemudian masukkan santan, kerisik dan kismis merah kacau rata lagi. Masak hingga kuah pekat dan ayam masak sempurna.
- Bila kuah dah pekat masukkan daun limau purut & kacau. Masak dengan api kecil hingga rendang jadi pekat dan tidak terlalu berkuah (keluar minyak sedikit). Kemudian masukkan daun kunyit yang dimayang halus bersama2 dgn kacang gajus panggang, kacau rata dan rasa, jika kurang masin, tambah sedikit garam. Masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Enak dimakan bersama nasi impit/nasi hangat :)
Thursday, September 11, 2014
Tetamu di awal pagi ~ Lebah tukang kayu.javascript:void(0);
Assalamualaikum...Minggu ini hampir setiap hari hujan turun membasahi bumi Pontian, pada waktu petang, namun setiap hari jugalah sang mentari tetap memberikan sinaran rahmat seawal pagi & dikesempatan ini, dapat jugaku merakam gelagat tetamu tetap laman rumah yg telah lama kuperhatikan & memang sangat mengasyikkan melihat mereka iaitu si lebah-lebah tukang kayu, begitu asyik menghisap serbuk sari (pollen) & nektar bunga, terbang dari satu bunga ke bunga yg lain. Kali ini bunga telang menjadi kegemaran utama si lebah2 tukang utk hinggap selain drp bunga mexican petunia dan bunga2an lain yg berada di laman rumahku...
| Lebah tukang kayu (Xylocopa Spp) sedang menghisap madu bunga telang. |
| Lebah tukang kayu sedang menghisap pollen bunga mexican petunia. |
Selama beberapa hari mengamati gelagat lebah tukang kayu ini, terdetik juga dihatiku utk mengetahui jantina lebah2 ini, samada lebah2 yg selalu dtg berkunjung ini adalah jantan atau betina? & lebah ini juga kurang aggresif kerana beberapa kali juga ketika mengambil gambar, lebah ini tdk pun memperdulikan kehadiranku, tetapi sekali dua juga lebah2 ini terbang begitu hampir dgnku & pernah sekali si lebah ini terbang & terus melanggar tanganku, apalagi aku terus panik & melarikan diri hehe...
Memerhatikan lebah tukang kayu.
Sedikit informasi yg kuperoleh mengenai lebah tukang kayu ini, adalah lebah yg selalu dtg bertandang ke laman rumahku itu adalah lebah betina kerana lebah betina senang dikenali dgn kepalanya yg berwarna hitam gelap, manakala lebah jantan pula mempunyai tanda berwarna putih pada kepalanya, & lebah betina juga adalah kurang agresif namun mempunyai keupayaan utk menyengat jika terancam.
Lebah tukang kayu ini mendapat nama melalui sifatnya yg suka menebuk lubang pada batang kayu, papan, beruti, buluh, pokok kering & tunggul kayu utk dijadikan sarang, Lebah ini dianggap sebagai serangga perosak kerana sifatnya yg suka mengorek lubang pada tiang2 rumah, kuda2 rumah & dinding rumah dan akan menjejaskan kekuatan struktur rumah tersebut.
Spesis lebah tukang kayu yg lazim terdapat di negara kita adalah yg berwarna hitam gelap di seluruh badan, dan hitam dgn berwarna kuning di bahagian belakang (seperti lebah tukang kayu yg menjadi tetamu di laman rumahku).
Seperti juga lebah2 yg lain, yg akan mengunjungi bunga2an yg terdapat di sekeliling habitatnya, lebah tukang kayu ini sering mengunjungi bunga2an bersaiz besar & sederhana besar yg terdapat di sekeliling habitatnya disebabkan saiz tubuhnya yg sedikit besar drp spisis lebah yg lain.
Walaupun serangga ini dianggap sbg serangga perosak, namun kehadirannya tetap menceriakan laman rumahku, lagipun serangga ini juga amat membantu di dlm proses pendebungaan :)
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang lebah tukang, sila2lah click:
Wednesday, September 10, 2014
Bunga "Morning Glory" pertamaku.....
Sememangnya inilah pertama kali kutanam bunga seri pagi, 1st trial, sebelum ini memang aku x berapa peduli langsung dgn bunga seri pagi ini, tetapi oleh kerana selalu melihat 'post' tentang bunga ni dr blog kwn2, lantas terniat juga dihati utk cuba2 menanam. Syukur Alhamdulillah menjadi juga, selepas ni akan ku tanam pula benih2 bunga seri pagi yg lain...
Buah Kaktus depan rumah...
![]() | ||
| Buah Night blooming Cactus... |
![]() |
| Buahnya hanya sebesar buah limau nipis... |
![]() |
| Sedap juga rasanya nyum2....1st time makan... :p |
Subscribe to:
Posts (Atom)


