|
Lebah Tukang Kayu sedang menghisap pollen bunga kemangi. |
Assalamualaikum, Minggu lalu, ketika mencabut rumput-rumpai yg sdg tumbuh menyemak di kebun kecilku, sambil melihat betapa rimbun & banyaknya pokok2 kemangi/thai basil tumbuh, suamiku bertanya, "kemangi ni tanam banyak2 nak buat apa ye?" aku hanya terdiam sambil memikirkan jawapan, "tanam suka2 je, penarik lebah datang ke mari" aku menjawab sambil tersenyum. Suami hanya menggelengkan kepala sambil mencangkul2 rumpai, Ku akui memang pokok thai basil ni dah pun tumbuh meliar, & kawasan kebun telahpun nampak semak dgn kehadirannya yg tumbuh meliar ditambah lagi dgn rumput2 yg sedia ada. Akhirnya terpaksa juga kucabut beberapa batang pokok thai basil bagi mengurangkan sedikit jumlahnya yg semakin bertambah.
|
Pokok2 kemangi yg tumbuh subur. |
Sememangnya lebah2 tukang amat suka hinggap di bunga-bunga kemangi yg kecil ini, setiap hari ada sahaja kelibat lebah2 tukang ini datang hinggap di bunga2an yg kutanam.
Bersebelahan dgn pokok2 kemangi ini, kuperhatikan buah2 pokok basella alba hijau/bayam malabar telahpun mulai masak ranum, & sdh tiba masanya utkku ambil buah2 ini utk dijadikan benih utk diberikan kpd ibuku.
|
Pokok bayam malabar yg berbuah lebat. |
|
Buah2 bayam malabar yg telah masak. |
|
Buah2 bayam malabar yg apabila dipecit akan mengeluarkan biji benih serta jus berwarna ungu yg tiada rasa. |
Beralih ke bahagian hadapan kebun pula, kuperhatikan pokok limau purut yg tak pernah nak berbuah, telahpun berbuah dgn tak lebatnya buat pertama kali. Ntahlah kenapa pokok limau purut ni x mahu berbuah, semak sangat kot dgn pokok2 bunga tasbih yg tumbuh berhampiran.
|
Buah limau purut. |
Ketika sedang membersihkan kebun, tiba2 terdengar suara riuh rendang ayam2 jiran sdg mencari makanan, nasih baiklah kawasan rumah sewaku ini berpagar, kalo tak habislah tanaman2ku dicakar.
|
Ayam-ayam belaan jiran hanya menjenguk dari luar pagar. |
Sambil tu sempat juga kupetik buah2 tomatilo liar yg tumbuh di kebunku, org kampungku mengelar buah ini sebagai buah telepak, ketika zaman kanak2 dahulu, buah ini sering menjadi rebutanku & juga kawan2 utk dimakan, rasa buahnya yg telah masak adalah masam2 manis, Manakala buah yg muda akan dijadikan mainanku & kawan2, di mana buah yg masih muda ini akan kami tiupkan di hujungnya sehingga buah kembang, kemudian diletupkan ke dahi sendiri ataupun kawan2. Teringat pula kenangan manis zaman kanak2 dahulu.
|
Pokok tomatilo liar. |
|
Buah2 tomatilo yg telah masak. |
Dibahagian hadapan juga kutanam pokok2 bunga zinnia yg turut menceriakan kebun kecilku, bunga zinnia juga amat disukai rama2, Seronok tengok bunga2 zinnia ini kembang mekar, menceriakan suasana kebunku. Syukur Alhamdulillah..
|
Bunga2 zinnia menceriakan suasana. |
|
|
Zinnia selapis yg sungguh menawan. |
|
Zinnia berlapis yg turut memikat. |
Aku turut menanam ros jepun pemberian Kak Mala & tuan rumah serta yg kuperolehi drp kawan2 yg masih kujaga dgn baik, suka sangat dgn ros jepun ni, mudah sangat menanamnya.
|
Antara ros jepun pemberian kak Mala yg masih terjaga. |
|
Ros-ros jepun kegemaranku.. |
Bersebelahan dgn kumpulan ros2 jepun, kutanam juga pokok2 kembung generasi kedua, namun kebanyakan drp pokok2 kembung ni kurang berbunga dgn lebat, tdk seperti pokok2 kembung yg kutanam sebelum ini, ntahlah kenapa? ada org cakap yg cara menanamku salah, krn terlalu rapat, hmmm mungkin juga, ada idea?
|
Pokok kembung yg tumbuh subur tapi x nak berbunga |
Thanks for reading... :)
Tomatilo tu buah letup2 rupanya ya......buah mainan kanak-kanak , main masak-masak
ReplyDeleteBetul tu Kak Sud@is mainan masa kanak2 dlu, tapi kitorang x panggil nama buah letup2, kat sabah nama buah ni telepak :)
DeleteWahhh..banyak bunga berkembang ya Julie. Suka kak tengok. kak pun duk tengah replant RJ takut pupus sebab dah lama sangat kak biarkan begitu..
ReplyDeleteKumbang tu memang selalu ada kat taman kita..
Kumbang hitam tu memang pelanggan tetap kebun Julie kak, hari2 pun ada, suka sangat tengok lebah2 ni :) rj kena selalu replant kan kak, kalo x sayang, x sedar dah pupus dari laman kalo x replant selalu :)
DeleteAssalamualaikum, pokok limau purut itu bagus ditanam banyak-banyak keliling rumah sebagai repellant bagi ular, ular tidak suka sama pokok limau purut ini.
ReplyDeleteTerima kasih utk info itu :)
Deletebanyak betul lebah kat laman julie...bunga kemangi pun dia suka ya?
ReplyDeleteKat laman Julie memang ada lebah kak @na, tapi x banyak, selalu lebah tukang kayu je yg singgah, lebah madu tu jarang2, tapi sekarang ni Julie tengok pokok kaktus giant dah pun mula berbunga, harap2 adalah lebah madu singgah nanti :)
DeleteDapat pahala kasi lebah makan ;) . A cheeky wife like tukang kebun punya reply hahaha.....
ReplyDeleteCantiknya ayam belanda jiran Julie tu. Blink blink mata. Mahu je bertanya harga seekor berapa kalau rumah dekat.
Meriah sungguh colourful dengan bunga taman Julie.
hehe...bernas reply kakak tu, dpt pahala kasi lebah makan, ayam belanda tu baru tahun ni jiran bela, nasib baiklah kawasan rumah sewa ni berpagar, kalo x habislah dicakarnya. :)
DeleteGoodies Julie minta maaf tak dapat nak pos minggu ini.
DeleteInsyaAllah next week ya.
So Sorry for the delay.
Takpe kak, Julie tunggu je, :)
DeleteTomatila = physallis
ReplyDeleteKemangi masak lemak ikan haruan iksn sungai hanyir.. sedap.
ReplyDeleteAtau masak daging kicap
Salam... Boleh minta beli benih kemangi x. Sy cr kat nursery xde. Ada basil je. 0189186883. Terima kasih.
ReplyDelete