Tuesday, November 18, 2014

My Wonderful timez~ Garlic bread & my Watercolor memories...

Assalamualaikum, Minggu ini hampir setiap hari hujan, & planning nak turun ke kebun asyik tertunda, & petang semalam sambil mengisi masa lapang ditambah pula krn sedikit lapar kuterlihat di atas meja makan beberapa keping roti gardenia yg dah nak hampir tempoh expired, aku lantas mengambil roti tersebut & makan, tetiba terfikir juga nak buat something yg lebih sedap dgn roti ni & syukur Alhamdulillah "Garlic bread" terus menerpa di dlm mindaku :) aku terus tanpa membuang masa membuat resepi garlic bread yg dimodified sikit2 dari resepi asal, yg dah tak ingat tengok dari mana :)

Garlic bread my style :p
Sesiapa yg berminat nak cuba resepi ni bolehlah try, sedap & mudah dibuat.

Bahan2 utk resepi garlic bread..
3 keping roti sandwich putih
1 sudu makan mayonis
seulas bawang putih ditumbuk lumat
sehelai daun sup dicincang halus2
secubit garam & secubit serbuk lada sula.
sedikit parutan keju cheddar.

Cara membuatnya pula just campurkan mayonis, bawang putih, daun sup, garam & serbuk lada sula, kemudian sapukan nipis2 ke atas roti sandwich & lastly bolehlah ditaburkan dgn sedikit parutan keju cheddar. Bakar di dlm oven sehingga keju menjadi perang & bolehlah diangkat & dihidangkan bersama minuman panas kegemaran anda. :)

Ketika menikmati roti garlic keju ini bersama2 dgn anak2 tercinta, tetiba pula teringatkan hobi lama yg dah kulupakan, iaitu melukis, kerana terpandangkan lukisan "Roti" di dinding dapur, yg dah lama kulukis ketika mengikuti kursus melukis tajaan Balai Seni Lukis Sabah dahulu.."whatta feeling". rindu rasanya nak melukis semula...

"Bread in watercolor" lukisan di dinding yg mengamit memori.
Hampir 2 tahun juga aku mengikuti kursus melukis yg diadakan secara percuma setiap hari sabtu & ahad di balai seni lukis Sabah pada tahun 2008-2009, waktu tu aku & sahabat baikku Izzah sangat exited utk melukis, setiap minggu kami akan hadir ke kelas, teringat pula dgn kawan2 & tutor esp Cikgu Mastini yg begitu sabar & komited mengajar kami semua, rindu sangat2 dgn mereka semua :)

Seingat aku ketika mula2 melukis, macam2 tema lukisan yg kupilih, lukisan pemandangan menjadi pilihan utamaku, tetapi asyik fail je, last2 tanpa sengaja kuterpilih lukisan jenis "Still Life" aka "alam benda" dgn media cat air, menurut salah seorg tutorku iaitu Cikgu Ijam, kalo nak belajar melukis dgn bersungguh, kena belajar basic dahulu iaitu kuasai teknik lukisan "Still Life" then bila dah pandai mencampur2kan warna, tahu mana nak letak lighting, shade & lain2 bolehlah move on ke lukisan pemandangan pula" nasihat Cikgu ni tak akan kulupakan. Namun pada penghujung tahun 2009 aku pun stop melukis  kerana berkahwin & berpindah ke Johor.

My watercolor memories...

"Lada capsicum & terung"
"Sebiji tomat"
"Lemiding"
Chilies
Lukisan2ku yg sdh diframekan
Dilukis suka2, malas nak frame..
My watercolor memories...
Pernah satu ketika terasa sangat nak pegang berus lukisan & mewarna semula bila tengok lukisan2 di pameran2 seni yg sering kulawati, tapi dgn semangat yg kengkadang hangat2 tahi ayam, menyebabkan aku hanya melukis ikut mood, lagi2lah sekarang ni, maybe dah keras kot tangan ni nak mewarna & tune pun dah lari huhu...In the future aku berazam ingin melukis semula, sehingga cita2ku utk melukis lukisan pemandangan tercapai..InshaAllah.. :)

14 comments:

  1. Salam Julie,

    Ada bakat why not tak paint on canvas? Lagi cantik u.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Warahmatullah Honey, nak juga mencuba utk lukis on canvas, tapi belum berapa nak expert lagi, InshaAllah akan Julie cuba juga :)

      Delete
  2. painting....saya xde bakat langsung...nak buat garis lurus pun fail, lukis garis bulat lagi..suka tengok lukisan walaupun tak tahu makna disebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe Nasa Mulia, semua org boleh melukis tapi x semua org boleh earn a living dgn melukis, nasihat seorg artist yg Julie dh lupa namanya, hihi...semua org boleh melukis yg penting minat & kesungguhan akan melahirkan bakat :)

      Delete
  3. Julie...memang berbakatlah. best tengok lukisan watercolor Julie ni. Minat akak..mungkin satu hari kak boleh tempah kut. Kak suka gambar buah2an & bunga yang comel2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah terima kasih kak, Julie pun suka lukis buah2an & bunga :) tapi dh lama x melukis, ni pun baru nak start balik, harap2 tune tak lari hihi..

      Delete
  4. cantik lukisan Julie...berbakat...

    ReplyDelete
  5. Salam kenal. Cantik lukisan chilies tu, for sale ke?
    Jay, Johor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Jay, semua lukisan not for sale, tak berapa cantik & realistik lagi tu...

      Delete
  6. Salam Bahagia Julie,

    Wah very nicelah Julie.
    Suka tengok painting Julie.
    Tukang kebun memang tak reti lukis, Ilhan lagi terror lukis dari mama dia.

    Kalau ada mood dan masa, Julie pilihlah gambaran Kebun Bahagia Bersama yang mana favourite Julie buat lukisan hehehe....

    ReplyDelete
  7. Kak Julie, garlic breadnya sungguh membuat perut lapar.. Boleh lah nak cuba nanti,, thanks resepnya ya.
    Kak Julie rupanya berbakat melukis. Lukisannya bagus-bagus. Senang melihat kesemuanya.

    ReplyDelete
  8. A wonderful post, yummy garlic bread and marvelous paintings of flowers. Thank you for linking with Today's Flowers and I wish you a very happy week.

    ReplyDelete