|
Lebah Madu (Apis Cerana) di bunga rumput israil/Asystasia. |
Assalamualaikum...Pagi ini ketika sdg menyiram2 tanam2an di kebun kecilku, di satu sudut bahagian belakang berhampiran dgn pokok2 ubi kayu, rumpai liar yg juga digelar rumput israil sudah mula menguasai tempat tersebut, pada mulanya ku tak perasan akan kehadiran lebah2 madu ini, namun apabila kuperhatikan di sebalik bunga2an asystasia yg sdn kembang mekar ini, tetiba muncul beberapa ekor cik2 lebah madu pekerja sdg terbang hinggap dari satu bunga ke bunga yg lain.
|
Lebah madu asia (Apis Cerana). |
Niat di hati nak menebas rumpai tersebut, terpaksa kubatalkan apabila ku terlihat serangga kegemaranku ini, seronok melihat lebah2 ini berterbangan sambil mengeluarkan bunyi "bzzzzzz" dengungannya itu, lagipun lebah2 ini seperti tidak memperdulikan pun kehadiran ku yg juga sibuk menangkap gambar mereka sdg bekerja hehe...Teringat juga komenku ke atas blog kak Diana berkenaan dgn lebah, & aku telahpun memberikan komen bahawa lebah madu tak datang pun ke kebun, hanya lebah tukang kayu sahaja yg kelihatan. Rupa2nya lebah2 ini lebih tertarik dgn madu dari bunga liar ini berbanding dgn bungaan yg kutanam, krn rumput israel ini merupakan tumbuhan
native di kawasan Pontian ini & salah 1 drp bunga kegemaran lebah madu, atau mungkinkah juga mereka x nak bersaing dgn lebah tukang yg menguasai kawasan bunga2an di kebunku...ada idea?
|
Bunga Asystasia gigantica Linn /rumput israil yg menjadi kegemaran Cik lebah madu. |
Kalaulah aku ada membela arnab, memang save costlah drp membeli makanan arnab krn rumput ini boleh diberikan kpd arnab. Namun rumput ini perlu juga dimusnahkan krn ku risaukan jg dgn kehadiran reptilia berbisa iaitu ular, jika rumput ini tumbuh makin merimbun. Lagipun rumput ini sangat mudah membiak dgn cara meletupkan buahnya & menyebarkan sejauh yg mungkin & akan tumbuh merata2 di kebunku nanti.
Aku ada juga menanam sejenis lagi pokok bunga asystasia hiasan iaitu
Asytasia Intrusa yg mempunyai bunga berwarna ungu terang, yg amat kusukai, menanamnya mudah dgn menggunakan keratan batang & tdk berbiji benih. Namun lebah madu tak pernah pun kulihat hingap di bunga ini.
|
Asystasia Intrusa. |
|
Bunga Asystasia. |
Seingatku, lebah2 madu ini banyak berterbangan hingap di bunga pokok night blooming kaktus giant di depan rumahku, ketika musim kaktus itu berbunga lebat pada bulan April lepas. Seawal pagi lagi lebah2 madu tersebut datang utk mencari pollen bunga kaktus, & apabila musim bunga kaktus telah habis, jarang kelihatan lebah madu secara berkumpulan hinggap di pokok2 bunga yg kutanam di kebun kecilku, tetapi sekarang lebah2 madu ini kembali semula menceriakan suasan kebun. Alhamdulillah... :)
cantiknya bunga rumput israil, tu..nanti nak balik belek kat belakang umah kot kot ada...hehe
ReplyDeletelebah tu suka bunga putih saja kot ..
Betul tu kak, maybe lebah2 ni berminat dgn bunga color putih je kot hihi...
Deletekat laman kami byk pokok israil ni...tapi tk penah pun nmpk lebah mai...tak sudi kot...
ReplyDeleteHihi...
DeleteAda orang panggil creeping foxglove.
ReplyDeleteTak laratlah nak cabut Julie, memang kalau kami tak fikir panjang tarik cabut je.
Dahlah boleh tumbuh tinggi macam pagar habis pokok edible diselubungnya.
Nanti lebah tu kalau yang tu tak de pandailah cari bunga lain.
Ayah mertua kata dia bagi ayam-ayam dia makan.
PETS kami kat belakang tu langsung tak sentuh.
Dimana ada bunga disitu ada kumbang/lebah..
ReplyDeleteCantik la kebun akak dgn bunga2 zinnia dn ros jepun..
ReplyDeleteBoleh akak terangkan sikit tentang penanaman dgn pjagaan bunga2 ni..hehe sy nak kumpul2 informasi pasal flora ni..boleh jg sy aplikasikn untuk mencantikkan landskap d kawasan ruma sy tu.. ^_^
Salam Julie,
ReplyDeleteHow I wish ada kebun besar macam you :(