Assalamualaikum & salam Jumaat :)
"Julie, nanti kirimkan bunga seri kelambu sekali ye?" pesan Aunt Emma kpdku. "Bunga Seri Kelambu? bunga apa tu Aunt?" aku membalas soalan aunt Emma. Aunt Emma segera menghantar pic melalui wassap, "Ooooo bunga pacar air rupanya" itulah antara perbualanku melalui wassup dgn Aunt Emma, barulah kutahu yg bunga seri kelambu tu bunga pacar air rupanya. tak pasti pula gelaran bunga seri kelambu ni hanya digunakan oleh orang di kampungku sahaja atau juga digunapakai di tempat lain, dan adik beradik kpd bunga kembung ini juga merupakan salah satu drp bunga2 yg sangat kugemari, krn ianya sangat rajin berbunga & senang ditanam.
|
Bunga seri kelambu pink/pacar air/Busy Lizzy/Impatient Walleriana |
Bunga seri kelambu amat mudah ditanam dgn menggunakan keratan batang, pernah juga kucuba utk menanamnya melalui biji benih, tetapi x berjaya, lama kutunggu biji benih tersebut bercambah, namun setelah 3 minggu menanti, akhirnya aku pasrah yg benih tu dah mati kot, nampaknya bunga kembung lagi senang bercambah dgn biji benih. Semai benih tak sampai seminggu dah pun tumbuh bercambah, berbanding seri kelambu ini.
|
Bunga seri kelambuku yg sangat rajin berbunga. |
|
Bunga seri kelambu pink terang & merah di beranda rumahku, teringat pula dgn bunga warna ungu yg dah mati, x sempat nak tanam balik :( |
|
Bunga seri kelambu yg bertompok putih |
|
Kantong benih bunga seri kelambu. |
Apa yg dptku perhatikan, bunga seri kelambu ini amat sesuai ditanam, di tempat separa terlindung. Kerana pernah kuletakkan bunga ini di bawah cahaya matahari terus (
direct sunlight). Daun2 pokok mula layu, tetapi tidaklah mati, & apabila hari beransur petang daun pokok segar semula, hal ini membuatkanku meletakkan bunga tersebut di beranda rumahku. :)
Bunga seri kelambu, pada pendapatku mempunyai keunikannya & keistimewaannya yg tersendiri walaupun tak tahan cuaca panas terik lagi2 di tanah rendah spt di pontian ini. Tidak spt bunga kembung, namun aku tetap menyukai keindahannya & bunga ini juga amat sesuai ditanam bagi
beginner :)
Info tentang bunga Seri Kelambu sila click:
http://homeguides.sfgate.com/care-impatiens-walleriana-flower-61900.htmlhttp://homeguides.sfgate.com/care-impatiens-walleriana-flower-61900.html
Lembut warnanya.
ReplyDeleteBalsam pink tu memang lembut warnanya kak Diana, suka sangat Julie dgn balsam tu, dahlah renek, rajin berbunga pula tu :)
DeleteBanyak tumbuh liar dapat di sepanjang jalan ke Ranau.
DeleteSedap mata memandang ;) .
Bunga ni banyak tumbuh liar kat Frasers Hill... dulu ada bunga ni bila musim panas terus pupus...
ReplyDeletewah menarik tu, rasa nak ke Frasers hill pula hehe, bunga ni memang tak tahan panas kan kak Mar, Julie tanam pun Julie letak dkt beranda rumah, hanya kena cahaya matahari pagi je hehe...
Deletebunga ni org kampung makngah panggil bunga cik siti...dulu famous nih...
ReplyDeleteThanks utk info tu kak Seri, bunga Cik siti rupanya gelaran bunga ni jugak, thanks utk info tu Kak :)
DeleteSweet color pink tu cantik...nak juga tanam bunga2 yg boleh gantung ni...tapi susah lah nak gantung takde tempat yg sesuai
ReplyDeleteBetul tu kak Nadia, memang sweet color tu :) Julie pun gantung dkt tingkap dapur je tu kak, dh xde space nak gantung.
DeleteYa betul tu Seri7ujuh, sekitar awal 2000, pokok ni cukup famous. Kak sendiri tanam macam2 color. tapi kena rajin replant kalau tak senang pupus..biji benih dia pun tak berapa banyakk.
ReplyDeleteye kak, nak kena rajin replant, dlu Julie tanam color ungu, tumbuh rimbun sangat, tapi matilah pula, & Julie x sempat replant sayang sungguh. awal 2000 hihi Julie baru je habis sekolah menengah x minat nak tanam bunga lagi time tu hihi :)
Deletecantik la warna bunga seri kelambu peach tu, julie...tk penah tnm lg ni...
ReplyDeleteBetul tu kak @na, trylah tanam, :)
Delete1st time dengar nama pokok bunga sri kelambu disni....cantik plak tu, berapa harga sepasu gantung tu...ya..
ReplyDeleteJulie pun baru2 je dapat tahu yg nama bunga ni seri Kelambu, sebelum ni Julie panggil pokok ni pacar air je, :) Julie tak beli bunga ni kak Sud@is, Julie tanam sendiri di pasu gantung, dlu Julie beli anak pokok bunga ni awal tahun tu ,RM6 sepasu kecil, dkt nursery d pontian ni.
DeletePink ..... Selembut mata memandang...
ReplyDeletePink warna fav ni kak :)
DeleteCantik cantik bunga Seri Kelambu yg dipunya. Baru dengar namanya Seri Kelambu, lebih sering mendengar bunga Pacar Air.
ReplyDeleteCantik cantik bunga Seri Kelambu yg dipunya. Baru dengar namanya Seri Kelambu, lebih sering mendengar bunga Pacar Air.
ReplyDelete