Thursday, October 30, 2014

Pokok Ati-ati lagi.....

Rimbunan pokok ati-ati/pokok pelangi/coleus/Solenostemon scutellarioides di laman rumahku :)
Assalamualaikum, Sejak membaca mengenai post pokok ati2 di blog Kak Mala & mendapat hadiah keratan ati2 drpnya pada bulan February lepas, aku mula terminat & terus menggumpul & mencari info serta membeli keratan/anak2 serta bertukar2 pokok ati2 drp jiran2, sahabat handai & saudara maraku :p

Walaupun variasi pokok ati2ku taklah banyak sangat  (hampir 20 jenis je) namun aku tetap happy & berasa puas melihat pokok2 yg kutanam ini tumbuh subur.

Namun kebanyakan pokok ati2 yg kutanam tdklah tumbuh merimbun, krn ketika dlm proses pembesaran pokok2 ini aku x pernah pun memotong pucuk2 yg ada, krn aku x tahu pun cara ni boleh merimbunkan pokok ati2 ini hehe...now apabila dah tahu aku pun cubalah buat ke atas pokok ati2 "Trailing Chocolate" yg berdaun kecil ini & memang menjadi. pokok ati2 "Trailing Chocolate" ini tumbuh merimbun.

Ati-ati "Trailing Chocolate"
Pada mulanya ketika menanam pokok ati-ati ini, kusangkakan yg pokok ati2 adalah sejenis tanaman yg kurang memerlukan cahaya matahari terik & kebanyakan pokok ati2 yg kutanam kuletakkan di tempat yg teduh. Hanya beberapa pasu sahaja yg kuletakkan di tempat yg terkena cahaya matahari terus (sebab dah xde space) & apa yg dpt kuperhatikan, pokok ati2 "Meteor" salah satunya, yg diletakkan di bawah sinaran mentari mempunyai warna yg lebih terang & cantik berbanding yg berada di tempat redup.

Ati-ati "Meteor" yg terdedah kpd sinar mentari.

Ati-ati yg terlindung dr cahaya matahari.
Spesis pokok ati2 yg berdaun merah dikatakan dpt mengubati penyakit darah tinggi & sbg ubat luka, manakala  pokok ati2 berdaun hijau /pokok bangun-bangun biasanya ditanam sebagai ulam & penyedap dalam masakan contohnya masakan berkari. Selain drp itu pokok ati2 hijau mempunyai khasiatnya yg tersendiri antaranya sbg pengubat penyakit batuk di kalangan org dewasa, mual2, sakit kepala, sembelit, demam, kembung perut.

Bunga pokok ati-ati.
 
Ati-ati Kegemaranku...

Ati-ati "Saturn"

Ati-ati "Eruption"
Ati-ati "Under the sea King crab" mempunyai daun yg agak besar
Ati-ati "Black dragon" idamanku, mana nak dapat ni ye?


Pokok ati-ati yg menceriakan laman rumahku.

Ada orang kata, pucuk ati2 hiasan ni boleh dibuat sayur goreng, ye ke? ada sesiapa pernah masak? kongsi resepi boleh? hehe....thanks for reading :) 

Info-info menarik mengenai pokok ati-ati:
1) Kenali variasi ati-ati anda sila click
2) http://animhosnan.blogspot.com/2014/06/bunga-ati-ati.htmlhttp://animhosnan.blogspot.com/2014/06/bunga-ati-ati.html
3) Cara penanaman & penjagaan pokok ati-ati.

15 comments:

  1. Julie...dah banyak juga koleksi ati-ati ya, kak pun baru duk replant ati-ati kat rumah. Dah banyak sangat sampai ada yang mati tak sedar..sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, tak banyak lagi ni kak, Pokok ati2 makcik Julie lebih 20 jenis kak, Kalo boleh Julie nak kumpul sampai 60 jenis hihi..betul tu kak, ati2 Julie ada yg dah mati x sempat nak replant.

      Delete
  2. Salam Julie,

    Whoa! Banyaknya pokok hati2 u....... 20! adoi pengsan kejap hahaha

    ReplyDelete
  3. Waalaikumsalam Warahmatullah Honey, whoa! jgn pengsan hihi! x banyak tu, sikit je. ada org tanam lebih dr 20 jenis just utk enjoy kecantikan daun ati2 ni :)

    ReplyDelete
  4. Ati-ati ni belum terjebak lagi Julie, big boss tak minat sangat.
    Kalau dapat black dragon tu mungkin blink blink juga mata menarik minat.
    Kalau pokok puding tu adalah big boss kumpul.
    Cantik bunga kembang 4 Julie tu tapi masa kat Adelaide agak jadi phobia sebab pokoknya berubi payahnya eliminate dalam edible garden. Tak tanam pun memang tumbuh di situ tak tau seeds terbang dari mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, "black dragonlah yg Julie tercari2 sangat ni kak, Pokok puding ada gak Julie tanam tapi x banyak, Julie pun baru je tanam bunga kembang pukul 4 tu kak, Julie suka sangat dgn bunga tu, tapi bunga ni xbanyak seeds.

      Delete
  5. julie, tergoda tgk ati-ati black dragon tu...menawan sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Kak @na, Julie tengah mencari2 pokok ni, ada jual kat ebay tapi mahal sangat, x jadi nak beli hehe...

      Delete
  6. julie..mnyusuri b seketika blog awk...nice..'black dragon' tu cntik dipndang..tak prnah lgi sya jmpa spesis ni..

    ReplyDelete
  7. dragon tu sy de tnm.... wasap sy 0108614601

    ReplyDelete
  8. dragon tu sy de tnm.... wasap sy 0108614601

    ReplyDelete
  9. saye punye bunga ati ati black dragon....

    ReplyDelete
  10. lw mw kirimknkn gambar bunga ati ati lwt blogger kayak mana y....

    ReplyDelete
  11. Pokok Lidah buaya atau aloevera boleh ws sy jika berminat 0107079200 (azrin)

    ReplyDelete
  12. Hi, cantik bunga ati2..Ada jual bibit ke?

    ReplyDelete