| Anak mentadak hijau/praying mantis di bawah daun ati-ati. |
Aku mula tertarik dengan mentadak apabila bersembang2 dengan sepupuku Dayang Norain yang pada waktu itu sedang menyiapkan thesisnya berkenaan dengan serangga ini, dan dia menyatakan bahawa mentadak merupakan pemangsa yang hebat di dalam dunia serangga, lagipun mentadak ini tidak merbahaya kepada manusia, dan terdapat juga mentadak orkid comel yang berwarna merah jambu dan putih.
| Can you find baby mantis? |
Mentadak merupakan antara serangga pemburu yang hebat di dalam menyerang hendap mangsanya, kaki hadapannya (kaki raptorial) yang bercangkuk telahpun disesuaikan dengan persekitaran, merupakan senjata yang ampuh untuk menangkap mangsanya. Ketika mencari mangsa, mentadak kebiasaannya akan mengkakukan dirinya, & menyamar di persekitaran yang bersesuaian dengan warnanya dan dengan perlahan-lahan akan menghendap mangsanya, dan apabila mangsa tersebut iaitu serangga ataupun haiwan kecil semakin hampir, mentadak dengan sepantas kilat akan menyambar dan akan terus memakan mangsa tersebut, sama ada hidup ataupun telah mati.
Mentadak merupakan serangga yang agak rakus dan memakan hampir apa sahaja serangga dan haiwan kecil yang boleh ditangkap seperti labah-labah, ular kecil, burung, dan serangga-serangga perosak seperti aphids, belalang, ulat, leafhoppers, kupu-kupu, rama-rama, dan cengkerik menjadikannya sesuai untuk dijadikan "organic pest control" tetapi oleh kerana mentadak adalah serangga karnivor, ia turut memakan serangga berfaedah utk kebun seperti kumbang kura-kura dan lalat pencuri, ia juga memakan spesis sendiri (bersifat kanibal terutamanya mentadak betina yang kadangkala akan memakan si jantan ketika atau selepas mengawan, anak-anak mentadak juga akan memakan adik-beradiknya yang lain jikalau makanan sukar didapati ).
![]() |
| Mentadak orkid yang sangat cantik (sumber pic mforum.cari.com.my) |
Sebelum mengetahui tentang mentadak, kusangkakan mentadak ini adalah serangga sefamily dengan belalang, rupanya sangkaanku meleset sekali, kerana mentadak mempunyai family sendiri iaitu Mantidae, dan pernah jugaku menangkap beberapa ekor anak mentadak sesat di dalam rumah untuk dibela, ada juga kutanyakan kepada sepupuku Dayang Nurain yang pernah membela mentadak, apakah makanan untuk mentadak, dia menyatakan bahawa serangga kecil2 yang terbang seperti nyamuk juga boleh diberikan kepada anak mentadak.
![]() |
| Dayang Nurain bersama mentadak belaannya. |
| Anak2 seronok melihat mentadak... |
Tambahkan pengetahuan mengenai mentadak:
1) Praying mantis
2) NATURAL PEST CONTROL WITH PRAYING MANTIS
3) Mentadak orkid
Terima kasih banyak2 kepada Dayang Nurain kerana sudi berkongsi ilmu berkenaan dengan dunia mentadak & terima kasih juga kepada anda kerna sudi membaca :) have a great weekend...





