Tuesday, January 6, 2015

Memijak Embun Pagi....

Assalamualaikum....syukur Alhamdulillah...
Waktu pagi, waktu yang sangat kudambakan, waktu yang amatku gemari, apalagi dikala melihat sang mentari muncul di ufuk timur memancarkan sinarannya yang amat mendamaikan. Kabus2 sejuk yang kadangkala muncul pabila hujan turun pada waktu malam, turut kugemari, seringkali pada waktu inilah aku akan keluar rumah seawal jam 7 lebih, untuk menikmati keindahan pagi, membelek2 tanaman2, mengambil gambar & memijak embun2 pagi yang masih tersisa di rumput2 sekitar halaman rumahku.


Memang aku suka memijak sambil mengeselkan kakiku di rumput yg berembun, terasa sejuk je kaki lepas memijaknya, dan dengan menggeselkan kaki di rumput yang masih berembun tumit kaki akan lebih lembut & pecah-pecah di tumit kaki akan hilang, petua orang dulu-dulu. :) Selain itu embun juga mengandungi khasiatnya tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kesihatan dan kecantikan.

Pagi tadi juga, sempatku menangkap beberapa buah gambar keindahan flora di waktu pagi serta titis-titis air embun di sekitar rumahku...

Titis embun di daun pokok pepanggil.
Embun di daun pegaga.
Embun di daun Pokok sepit Udang
Embun di cermin kereta.
Embun di bunga Hoya.
Titis embun di rumput.
Embun di daun pokok bunga kembung.
Embun ialah air dalam bentuk titik-titik kecil yang kelihatan pada objek yang terdedah pada waktu pagi atau malam. Sepanjang hari, objek akan menyerap haba dari matahari manakala pada waktu malam, objek akan kehilangan haba melalui suatu proses yang disebut radiasi termal. Maka, embun akan terbentuk apabila udara yang berada pada permukaan tanah menjadi dingin mendekati titik embun dimana udara tidak dapat lagi menahan semua wap air. Wap air itu kemudian terkondensasi pada objek dan terbentuklah titik-titik kecil di atas objek  tersebut, sedikit info yang kuperolehi tentang apakah itu embun.

Selesai sahaja memijak sambil menghayati keindahan embun ciptaan Allah yang Maha Esa, pokok2 bunga-bungaan jiran2 kujuga menarik perhatianku, kerana aku ada diantara pokok2 bunga tersebut tiada kutanam. Sambil mengamati keindahan bunga2an jiranku, sempat juga kusnap beberapa keping gambar sebagai kenangan.


Bunga Kaliandra merah jambu/Pink powder puff/Surinam Powder puff/Calliandra surinamensis
Bunga Kaliandra merah/Red powder puff/Calliandra haematocephala
Pokok pepanggil/Pokok pagoda/Clerodendrum paniculatum

Thanks for reading. Ingin mengetahui lebih lanjut tentang embun & khasiatnya, silalah click:
2) Khasiat Embun untuk Kecantikan Wajah.



10 comments:

  1. Salam
    Embun di waktu pagi memang menyegarkan mata memandang.

    JJ.

    ReplyDelete
  2. Salam Tahun Baru Julie.. seronoknya main embun... sapu di muka pun bagus..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tahun baru juga kak Mar, memang seronok main embun hehe...

      Delete
  3. Julie kak pun suka jalan atas embun kat padang tepi rumah. Jalan sama KK berdua tu la...
    Ada petua orang tua dulu, kalau nak bagi budak2 cepat berjalan, bawa dia mengharung embun dirumput..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok jalan2 di rumput ni kak, lagi2lah time rumput tu masih berembun. Tapi kakak lagi best ada peneman si KK yg comel2 tu hehe...Terima kasih juga utk perkongsian petua tu kak :)

      Delete
  4. Dekat south america ada tempat macam padang gurun diorang pandai collect embun pagi untuk storage boleh juga salurkan for irrigation.

    ReplyDelete
  5. Wonderful Blog...

    Mimijak

    http://mimijak-mjj.forumsmusic.com/forum

    ReplyDelete