| Pokok sarang burung/bird nest fern/Asplenium Nidus. |
Assalamualaikum, Salam maal hijrah buat semua. Seperti kebiasaannya jika terdapat hari2 cuti, kami sekeluarga akan balik kampung suami, & seperti biasa jugalah aku akan menjenguk2 tumbuhan hiasan bapa mertuaku yg kebanyakannya jenis dedaun berwarna hijau. Seperti pic di atas. Pokok sarang burung merupakan salah 1 tumbuhan hiasan kegemaran abah. Pada mulanya aku sedikit hairan kenapalah kebanyakan tumbuhan hiasan abah ni semuanya hijau2 je, adalah 2-3 pokok color lain selain hijau & pabila kuajukan persoalan, abah segera memberitahu bahawa "segar mata memandang warna hijau ni".
| Cantik ditanam di dlm pasu. |
Ketika waktu berpantang dulu pun aku memang tinggal di rumah mentuaku, oleh kerana selalu je menengok tumbuhan hiasan berdaun ni, membuatkan aku mula jatuh cinta dgn tumbuhan hiasan jenis dedaun. Aku turut meminati pokok sarang burung ini, tetapi bila kutanam daunnya taklah secantik & sehijau pokok sarang burung abah, rupa2nya pokok sarang burung ini tdk memerlukan cahaya matahari yg terik & sesuai ditanam dtempat yg redup, seperti habitat asalnya yg suka menumpang di pokok2 berkayu. Tapi aku pula mendedahkan pokok ini kpd mentari jadi tak hairanlah kenapa pokok sarang burung yg kutanam kekuningan.
| Pokok sarang burung yg terkena sinaran mentari secara terus. |
Bagi pengemar2 tanam hiasan jenis dedaun hijau, pokok sarang burung juga amat sesuai ditanam kerana ianya merupakan salah 1 tumbuhan hiasan yg akan menambahkan lebih kehijauan & kecantikan di laman rumah.
| Juga cantik ditanam di pasu gantung. |
Berminat utk mendapatkan pokok sarang burung, bolehlah menghubungi Kak Diana "Kebun Bahagia Bersama" (kebunkmg@gmail.com)













