Thursday, October 8, 2015

Small Wild Morning Glory...So Cute :)

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Bunga seri pagi liar yang comel.
Salam Jumaat....minggu ini, hujan turun agak kerap juga di daerah Pontian & jerebu nampaknya telah semakin berkurang & mentari telahpun memancarkan sinarnya dgn lebih garang hehe.. seperti biasa jugaku melakukan perkara rutin bagiku iaitu menangkap gambar2 flora dan fauna terutamanya bunga2 di laman rumahku, tetapi kali ini pula ketika berjalan2 di sekitar kawasan perumahanku ini, berhampiran dengan kebun sayur jiran yang sedikit terbiar, kulihat sekelompok bunga seri pagi liar sedang berkembang, apa yang menarik perhatianku adalah kecomelan bunga ini yang berkembang begitu indah di waktu pagi, menjalar di sana sini pada pokok2 roselle & cili padi tanpa diperdulikan tuan punya kebun hihi...

Oleh kerana kurangnya info berkenaan dengan bunga seri pagi ini, aku pun membuat carian melalui internet apakah gerangan namanya bunga liar yang comel ni, & aku sedikit confuse, samada bunga ini adalah Ipomoea x leucantha atau Ipomoea triloba (opsss....tak mungkin ini adalah
Aeia 'Tiny Bell) sebab kelopak bunga tak bujur tetapi sedikit bulat hihi... ada siapa2 boleh tolong kenalpasti? thanks...


Menjalar bebas di pokok cili padi.

Menjalar di pokok roselle.


Di bahagian hadapan jalan ke kebun jiran pula, kelibat bunga cypress Vine merah tumbuh dengan begitu subur sekali, suka sangat kutengok rimbunan bunga2 kecil cypress vine merah ini, tumbuh liar tanpa diperdulikan sesiapa.

Rimbunan Cypress Vine tumbuh meliar.


Bunga yang sungguh menarik.

Biji benih free hehe...
Memang agak seronok juga sekali skala jalan2 sambil menangkap gambar2 bunga2an liar ini, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Kuasa...

Thanks for reading...have a great day...



9 comments:

  1. Replies
    1. Memang sangat Comel kak hehe...Julie pun suka tengok..

      Delete
  2. Kita berjiran pula ke tiba-tiba Julie hehehe
    Macam kat sini tengah menjalar-jalar liar melilit roselle dan cili burung yang juga tumbuh sendiri.
    Kes tak done nak mengemas lagi petak keladi dan nenas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe...kan best kalo kita berjiran kak, hari2 Julie melawat kebun kakak tu sambil tolong2 bagi ayam makan hehe...bunga seri pagi liar ni memang sangat comel kak, suka Julie tingu!

      Delete
  3. Tak apa kalau meliar pun dia keluar hasil juga Julie...bagus tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak...cantik & comel bunga tu, segar mata memandang hehe..

      Delete
  4. Bunga keledek tu, bukan morning glory...(sbb nmpk mcm ada daun keledek dicelah2 tu)

    ReplyDelete
  5. Yelah cute sangat morning glory tu....yang bunga merah tu sangat menyerlah warnanyer terbit dicelah2 kehijauan dedaun tu.....

    ReplyDelete