Wednesday, April 22, 2015

Oh Goji berryku....

Assalamualaikum,

Setelah hampir 2 setengah tahun kutanam pokok ini melalui keratan batang yang dibeli daripada seorang penjual online, hari yang dinanti-nanti pun tiba, kerana pokok goji ini telahpun mengeluarkan putik bunga, namun penantianku yang menyangkakan bahawa pokok ini adalah pokok goji, fade away kata mat salleh hehe...kerana pokok yang kusangkakan pokok goji, bukanlah pokok goji tetapi pokok bunga ASYTASIA GENGETICA ACANTHACEAR..... Lucu juga bila teringatkan kata-kata emak setelah menerima keratan drp pokok ini yang kuposkan (setahun lepas) emakku menyatakan bahawa keratan batang pokok goji ini dan daunnya mirip sangat dengan batang & daun rumput israel yang banyak tumbuh meliar di dalam semak, aku pula dgn slamba je cakap pada emakku yang mungkin ini adalah goji berry jenis lain, bukan kopi goji berry yang biasa dilihat di peket minuman kopi goji segera  tu hihi...nampaknya kata-kata emak memang betul oooh malunya...:p

Pokok bunga Asytasia Gengetica.
Daun.
Kudup bunga yang belum berkembang.
Bunganya yang tetap cantik menawan...suka kutengok warna ungu tu hehe...
Nampaknya aku telahpun secara tidak sengaja menanam bunga ini, walaupun kusangkakan ianya adalah pokok goji berry, tetapi bagiku pokok bunga asytasia ini tetap memikat, disamping bunganya yang sedikit besar drp bunga Asytasia Intrusa yg juga turut menghiasi laman rumahku. Kini aku telahpun memiliki 2 jenis bunga jenis asytasia ini, mungkin kalo ada rezeki nak juga kutambah lagi jenis bunga asytasia yang lain..tak termasuk bunga rumput israel hehe...

Thanks for reading...

8 comments:

  1. Kesiannya. Tp cantik gak bunga tu

    ReplyDelete
  2. sedih nya julie....tapi lucu pun ada...hehehe

    ReplyDelete
  3. hehhe...lucunya Julie...tapi bunga asystasia ni pun canik juga... Sebenarnya bunga ni ada mcm2 color lagi. Dulu2 kak suka petik bunga dia buat hiasan peti ais. Kalau nak bagi dia cantik dan bunga selalu, kena letak dia kat tempat panas, pangkas ranting bila habis bunga dan siram air banyak2..

    ReplyDelete
  4. Apo nak dikato, tapi takpo, bunga molep

    ReplyDelete
  5. Tak kisahla... dpt bunga cantik..

    ReplyDelete
  6. Bunganya nanti ada possibility hasilkan buah atau benih ke Julie?
    Walaupun bukan goji berry yang tidak diidamkan.

    ReplyDelete
  7. Sorry wrong typo distracted.
    Walaupun bukan goji berry yang diidamkan.

    ReplyDelete