Friday, March 27, 2015

Bunga dalam semak...


Assalamualaikum & salam Jumaat...

Pagi tadi ketika menyiram bunga-bungaan dan tanam-tanaman di laman rumah, tiba-tiba mataku terpandangkan bunga yang dah lama tak mengihiasi laman rumahku, dah beberapa bulan benih-benih bunga ini kusimpan & tidak ditanam. Bila melihat sekuntum bunganya kembang mekar tumbuh subur bersama-sama rumput, perasaan nak tanam bunga ini muncul kembali.

Bunga seri pagi "Chocolate Rose Silk" tumbuh subur di atas tanah.


Kuat juga semangat si morning glory ni tumbuh sendiri tanpa perlu dicambahkan, Maha suci Allah...

Sebenarnya aku terfikir juga, dari manalah datangnya benih bunga ini, selamaku menanam bunga ini, tak pernah pula aku mencampak benih bunga ini di dalam semak, dan kesemua bunga seri pagi yang kutanam adalah di dalam pasu di beranda rumah. Mungkin jugalah anak-anakku yang mencampakkan benih bunga ini, sebab mereka berdua rajin menolongku menyiram bunga.. :)
Lepas ni nak pindahkanlah bunga ni dalam pasu...cantik pula dipandang hehe....thanks for reading :)

10 comments:

  1. Biasanya yang sukarela tumbuh sendiri ikut peredaraan perubahan cuacalah yang paling gagah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, memang gagah bunga ni, tak payah siram pun dia still dapat survive juga hehe...

      Delete
  2. Replies
    1. Syukur Alhamdulillah En. Mahmud, terima kasih kerana sudi singgah di blog ini :)

      Delete
  3. cantik la julie, macam mana morning glory yang cantik menawan ni blh tersesat...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur Alhamdulillah memang cantik bunga ni kan Kak @na, tu yang Julie terfikir gak tu camne bunga ni boleh tumbuh sesat..last2 Julie buat conclusion yang benih tu maybe anak2 yang buangkan hehe...

      Delete
  4. Memang cantik... sekarang ni benih2 akak bertapa je la dlm plastik... dah tak sempat menyemai ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita kak, kat kotak biji benih Julie pun banyak lagi biji2 benih bunga yang belum bersemai hehe...

      Delete
  5. Julie, MG kak yang jenis ini pun dah tumbuh merata juga. Baru2 ni terjumpa dalam semak. Kesian tengok. Survive juga dia....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe...bak kata kak Diana "yang sukarela tumbuh sendiri ikut peredaraan perubahan cuacalah yang paling gagah"...Julie suka bunga MG ni kak..

      Delete