![]() |
| Coleus "Kong Red". |
Friday, January 1, 2016
Tuesday, October 27, 2015
Perosak-perosak tanaman di laman rumahku.
| Siput babi/Achatina fulica |
Assalamualaikum & Salam sejahtera..
Seperti kebiasaannya, rutin harianku iaitu menyiram & membelek bunga2an & tanaman2 di laman rumahku, namum semenjak dua menjak ini, kuperasan bahawa perosak2 tanaman mulai berminat untuk menganggu keindahan bunga-bungaan dan tanaman-tanaman di laman rumahku, antara yang paling banyak menyerang adalah siput babi, lintah bulan, ulat beluncas, bena, kutu aphid & belalang. Common parasite yg sungguh mengeramkan.
| Daun bunga bakawali yg menjadi mangsa serangan lintah bulan. |
| Anak pokok bunga marigold antara menu kegemaran siput babi. |
| Anak sawi di dalam pasu turut menjadi mangsa serangan siput babi. |
| Anak sawi yang rosak. |
Apabila sahaja kutaburkan racun-racun siput, pada keesokan harinya, sebanyak 15 ekor siput babi dan siput perang mati tergolek kerna memakan racun-racun yang kutaburkan.
| Antara siput-siput babi yang mati diracun. |
| Daun pokok lemon yang menjadi serangan ulat beluncas. |
| Ulat beluncas "Giant Swallowtail" yang selalu menyerang daun pokok citrus. |
| Ulat-ulat beluncas kupu-kupu "Giant Swallowtail" |
| Daun pudina yang rosak akibat serangan ulat beluncas hijau. |
| Pokok pudinaku rosak teruk akibat serangan ulat dan belalang. |
| Serangan ulat beluncas pada daun pokok bunga seri kelambu. |
| Daun bunga seri kelambu merah jambu yang turut diserang ulat beluncas hijau. |
| Aphid hitam pada daun ati-ati. |
| Serangan aphid hitam menyebabkan daun ati-ati rosak dan kering. |
| Pokok tinku dalam kenangan. |
| Kulapuk putih menyerang akar pokok tin. |
Thanks for reading...
Wednesday, October 14, 2015
Thursday, October 8, 2015
Small Wild Morning Glory...So Cute :)
Assalamualaikum & salam sejahtera...
| Bunga seri pagi liar yang comel. |
Salam Jumaat....minggu ini, hujan turun agak kerap juga di daerah Pontian & jerebu nampaknya telah semakin berkurang & mentari telahpun memancarkan sinarnya dgn lebih garang hehe.. seperti biasa jugaku melakukan perkara rutin bagiku iaitu menangkap gambar2 flora dan fauna terutamanya bunga2 di laman rumahku, tetapi kali ini pula ketika berjalan2 di sekitar kawasan perumahanku ini, berhampiran dengan kebun sayur jiran yang sedikit terbiar, kulihat sekelompok bunga seri pagi liar sedang berkembang, apa yang menarik perhatianku adalah kecomelan bunga ini yang berkembang begitu indah di waktu pagi, menjalar di sana sini pada pokok2 roselle & cili padi tanpa diperdulikan tuan punya kebun hihi...
Aeia 'Tiny Bell) sebab kelopak bunga tak bujur tetapi sedikit bulat hihi... ada siapa2 boleh tolong kenalpasti? thanks...
| Menjalar bebas di pokok cili padi. |
| Menjalar di pokok roselle. |
Di bahagian hadapan jalan ke kebun jiran pula, kelibat bunga cypress Vine merah tumbuh dengan begitu subur sekali, suka sangat kutengok rimbunan bunga2 kecil cypress vine merah ini, tumbuh liar tanpa diperdulikan sesiapa.
| Rimbunan Cypress Vine tumbuh meliar. |
| Bunga yang sungguh menarik. |
| Biji benih free hehe... |
Memang agak seronok juga sekali skala jalan2 sambil menangkap gambar2 bunga2an liar ini, sambil menikmati keindahan alam ciptaan Allah yang Maha Kuasa...
Thanks for reading...have a great day...
Saturday, September 19, 2015
Dedaun Vs Bunga.
"Pagi yg gelap kini sudah terang"..Assalamualaikum buat semua pembaca & pengunjung blog ini, nampaknya dah bersawang2 dah blog ni, lama sangat tak update huhu..hehe awal2 pagi lagi dahku nyanyikan lagu yg pernah popular satu masa dahulu, Nyanyian kumpulan Hujan, Pagi tadi cuaca agak mendung, hujan telahpun turun semalam, ku mengharapkan agar hujan turun lagi & membersihkan udara Pontian yg sedang berjerebu ini.
Kini telah hampir 2 bulan lebih kami sekeluarga berpindah,& berpindah rumah merupakan sebuah pengalaman yang sukar dilupakan :P, espcially time mengangkat pasu2 bunga utk dimasukkan ke dlm lori, Syukurlah bkn aku yg memasukkan pasu ke dalam lori, aku hanya mengangkat pasu2 bunga kesayanganku bersama2 dgn suami manakala pakcik lori menyusun bunga2 di dlm lori. Fuh...1 pengalaman yg teramat amat memenatkan haha..
Memang mengambil masa yg agak lama juga utkku mengemaskkan bunga2 di laman rumah, kerna aku meletakkan priority utk mengemas rumah terlebih dahulu, kemudian ke laman rumah, disebabkan hal itu ada di antara pokok2 bunga & tumbuhan hiasanku yang mati...& yg paling banyak menjadi korban adalah pokok ati2 sob...sob...sob... Seingatku ketika mula2 berpindah dahulu, pokok ati2 yg telah berjaya kutanam telahpun mencecah 50 jenis...memang berbunga2lah hatiku, target untuk mencapai jumlah penanaman ati2/coleus telahpun tercapai...syukur Alhamdulillah..Namun semuanya tinggal kenangan.
Oleh kerana perhatian yg lebih terhadap tanaman hias jenis dedaun, ketika menyusun2 pasu2 bunga di laman rumahku, baruku perasan yg tiada sebarang kelibat lebah madu, serangga kegemaranku, hanya beburung & rama2 sahaja yang selalu muncul, terfikir juga macam manalah caranya nak attract lebah utk datang ke laman rumah, sedangkan pokok2 yg mengeluarkan bunga amatlah sedikit hehe...
Namun, walaupun jumlah pokok2 bunga di laman rumahku tidaklah mampu menarik perhatian lebah2 madu, kelibat burung kelicap lebah selalu saja kelihatan menghisap madu2 bunga, memang amat sukar bagiku utk menangkap gambar burung2 ini, kerna setiap kali aku nak snap gambar burung ini pasti akan terbang, mcm ada sensor plak. Syukurlah pada pagi tadi dapat juga kutangkap gambar seekor burung kelicap lebah sedang menikmati madu bunga kembang bugang, pembelian dari kak Diana kebun Bahagia Bersama suatu ketika dahulu.
Memang agak menyeronokkan juga melihat burung2 kelicap lebah ini, hinggap dari bunga ke bunga untuk menghisap madu, sungguh seronok melihat cara penerbangan burung ini yang begitu unik. Satu2nya burung yang terbang umpama serangga & boleh terbang mengundur terutama sekali ketika menghisap madu. SubhanAllah...
Dalam minggu ini juga, bunga kaliandra merah/Powder puff telahpun mengeluarkan bunganya dgn meriah sekali, sungguh tak kusangka, Ditanam dari biji benih (beli dari Kak Diana Kebun Bahagia Bersama) 3 tahun yg lalu, ini adalah kali ke-3 pokok bunga kaliandra ini berbunga, namun sebelum ini, bunganya taklah selebat ini. Syukur Alhamdulillah, & yg paling menarik perhatianku adalah burung kelicap lebah bukit, amat sukakan bunga ini (dah banyak kali kucuba utk tangkap pic si Kelicap lebah di bunga Kaliandra ni, tapi asyik fail je huhu)
Seingatku ketika mula2 berpindah ke kejiranan ini, seorang pakcik yang agak peramah telahpun menegurku, ketika aku sedang mengemas2 pokok2 bungaku. Friendly jugak pakcik ni, nampaknya dia juga mempunyai minat menanam pokok2 bunga, Cerita punya cerita tetiba plak pakcik tu cakap, banyak ye tanam, tanaman berdaun2 ni, dr awak tanam bunga daun2 ni baik lagi awak tanam sayur, ..." Aku hanya tersenyum & berkata dlm hati, "Minat masing2 pakcik" & beberapa hari pastu, aku dah mula menyemai benih sawi hihi...
Dalam beberapa bulan lepas, aku dah mula terminat lagi dengan sejenis tanaman hias jenis dedaun iaitu "Calathea", menyebabkan aku mula menggumpul tanaman hias jenis ini. Sejuk je mata memandang kecantikan calathea ini.
Tanaman hias Calathea, tak tahu pula apa nama tumbuhan ni dalam bahasa Melayu? memiliki daun yang sangat dekoratif, membuatkanku jatuh cinta dgn keunikannya & ingin menggumpul koleksi calathea ini, setakat yg termampu hehe..
Nampaknya, bila difikirkan kembali, lepas ni nak kena seimbangkanlah jumlah tanaman hias di laman rumahku ini, harap2 lepas ni adalah kelibat si lebah madu, rindu juga dgn serangga yg pernah menjadi tetamu di awal pagi dahulu...
Thanks for reading...selamat berhujung minggu....
| Marigold & Ati2 kegemaranku. |
Memang mengambil masa yg agak lama juga utkku mengemaskkan bunga2 di laman rumah, kerna aku meletakkan priority utk mengemas rumah terlebih dahulu, kemudian ke laman rumah, disebabkan hal itu ada di antara pokok2 bunga & tumbuhan hiasanku yang mati...& yg paling banyak menjadi korban adalah pokok ati2 sob...sob...sob... Seingatku ketika mula2 berpindah dahulu, pokok ati2 yg telah berjaya kutanam telahpun mencecah 50 jenis...memang berbunga2lah hatiku, target untuk mencapai jumlah penanaman ati2/coleus telahpun tercapai...syukur Alhamdulillah..Namun semuanya tinggal kenangan.
| Rimbunan Pokok ati2/coleus yang pernah kutanam. |
| Coleus "Black Dragon" yg pernah menceriakan laman rumahku. |
| Ati2 "Dr. Wu" yang tak sempat nak replant & telahpun pupus dr laman...sayang sungguh.. |
| Semaian anak pokok ati2. |
![]() |
| Burung kelicap lebah bukit/Olive backed sunbird/Nectarinia jugularis |
Dalam minggu ini juga, bunga kaliandra merah/Powder puff telahpun mengeluarkan bunganya dgn meriah sekali, sungguh tak kusangka, Ditanam dari biji benih (beli dari Kak Diana Kebun Bahagia Bersama) 3 tahun yg lalu, ini adalah kali ke-3 pokok bunga kaliandra ini berbunga, namun sebelum ini, bunganya taklah selebat ini. Syukur Alhamdulillah, & yg paling menarik perhatianku adalah burung kelicap lebah bukit, amat sukakan bunga ini (dah banyak kali kucuba utk tangkap pic si Kelicap lebah di bunga Kaliandra ni, tapi asyik fail je huhu)
| Bunga Kaliandra merah/powder puff/Calliandra |
Dalam beberapa bulan lepas, aku dah mula terminat lagi dengan sejenis tanaman hias jenis dedaun iaitu "Calathea", menyebabkan aku mula menggumpul tanaman hias jenis ini. Sejuk je mata memandang kecantikan calathea ini.
| Calathea "Pavonii" |
| Calathea "Lancifolia" kesayanganku. |
Thanks for reading...selamat berhujung minggu....
Friday, July 17, 2015
Wednesday, April 22, 2015
Oh Goji berryku....
Assalamualaikum,
Setelah hampir 2 setengah tahun kutanam pokok ini melalui keratan batang yang dibeli daripada seorang penjual online, hari yang dinanti-nanti pun tiba, kerana pokok goji ini telahpun mengeluarkan putik bunga, namun penantianku yang menyangkakan bahawa pokok ini adalah pokok goji, fade away kata mat salleh hehe...kerana pokok yang kusangkakan pokok goji, bukanlah pokok goji tetapi pokok bunga ASYTASIA GENGETICA ACANTHACEAR..... Lucu juga bila teringatkan kata-kata emak setelah menerima keratan drp pokok ini yang kuposkan (setahun lepas) emakku menyatakan bahawa keratan batang pokok goji ini dan daunnya mirip sangat dengan batang & daun rumput israel yang banyak tumbuh meliar di dalam semak, aku pula dgn slamba je cakap pada emakku yang mungkin ini adalah goji berry jenis lain, bukan kopi goji berry yang biasa dilihat di peket minuman kopi goji segera tu hihi...nampaknya kata-kata emak memang betul oooh malunya...:p
Nampaknya aku telahpun secara tidak sengaja menanam bunga ini, walaupun kusangkakan ianya adalah pokok goji berry, tetapi bagiku pokok bunga asytasia ini tetap memikat, disamping bunganya yang sedikit besar drp bunga Asytasia Intrusa yg juga turut menghiasi laman rumahku. Kini aku telahpun memiliki 2 jenis bunga jenis asytasia ini, mungkin kalo ada rezeki nak juga kutambah lagi jenis bunga asytasia yang lain..tak termasuk bunga rumput israel hehe...
Thanks for reading...
Setelah hampir 2 setengah tahun kutanam pokok ini melalui keratan batang yang dibeli daripada seorang penjual online, hari yang dinanti-nanti pun tiba, kerana pokok goji ini telahpun mengeluarkan putik bunga, namun penantianku yang menyangkakan bahawa pokok ini adalah pokok goji, fade away kata mat salleh hehe...kerana pokok yang kusangkakan pokok goji, bukanlah pokok goji tetapi pokok bunga ASYTASIA GENGETICA ACANTHACEAR..... Lucu juga bila teringatkan kata-kata emak setelah menerima keratan drp pokok ini yang kuposkan (setahun lepas) emakku menyatakan bahawa keratan batang pokok goji ini dan daunnya mirip sangat dengan batang & daun rumput israel yang banyak tumbuh meliar di dalam semak, aku pula dgn slamba je cakap pada emakku yang mungkin ini adalah goji berry jenis lain, bukan kopi goji berry yang biasa dilihat di peket minuman kopi goji segera tu hihi...nampaknya kata-kata emak memang betul oooh malunya...:p
| Pokok bunga Asytasia Gengetica. |
| Daun. |
| Kudup bunga yang belum berkembang. |
| Bunganya yang tetap cantik menawan...suka kutengok warna ungu tu hehe... |
Thanks for reading...
Subscribe to:
Posts (Atom)



