Wednesday, July 2, 2014

Menghalau Semut...

Assalamualaikum & Salam Ramadhan kpd semua umat Islam, nampaknya sdh 5 hari kita menunaikan ibadah puasa, semoga ibadah kita ini diterima & mendpt keredhaan Allah SWT. 

Beberapa Minggu yg lalu, ketika mengalihkan pasu2 bunga ke tempat baru, tanpa kusedari aku telahpun memindahkan sebuah pasu yg telahpun diduduki oleh sekoloni semut merah yg x berbisa (bukan semut api) menyebabkan koloni semut tersebut lari bertempiaran menyelamatkan telur2 mereka, & beberapa hari selepas itu, semut2 tersebut telahpun berhijrah & membuka kerajaan baru berhampiran dgn dapur rumah & sekaligus menjadikan kawasan dapur rumahku sebahagian drp tempat utk mencari makanan.

peningku lihat semut2 tersebut marching di dinding rumah, di lantai & kadangkala menghurung tong sampah di dapur & juga sisa2 makanan yg terjatuh di lantai, situasi yg paling menghairankan aku adalah dlm bilik air pun ada semut yg marching di dinding. Tanpa berfikir panjang aku terus membeli semburan aromatherapi wangian pandan drp seorang sahabat, memang bagus semburan tersebut, sangat efektif utk menghalau semut disamping wangiannya yg semerbak harum. Tapi bila difikirkan semula kata2 suami apasal x cuba buat semburan penghalau semut sendiri, banyak juga petua2 yg boleh dipraktikkan, bagiku kata2 suami sangatlah benar, jimat sikit belanja, jimat $$$....

Aku lantas men"goggle" utk mencari petua bagi menghalau serangga ini, & memang bermacam2 yg kujumpa, & yg paling best & mudah adalah dengan hanya membuat "TEH CENGKIH" yg pada asalnya adalah semburan aromateraphy drp bunga2an tetapi kuubah sikit menjadi semburan menghalau semut, lagipun aku memang berminat sangat dgn wangian rempah ratus esp cengkih.
 
Semburan Kayu manis & cengkih.
Bahan2 utk membuat semburan penghalau semut ini memang mudah sangat, just guna 200ml air panas  utk 30 biji cengkih @ nak guna kayu manis 3btg pun boleh, letak dlm cawan tahan panas, kemudian tutup & biarkan semalaman. selepas itu masukkan je adunan teh cengkih/kayu manis dalam bekas penyembur & bolehlah digunakan utk menghalau semut, esp semut2 yg tgh marching d dinding rumah. Selamat mencuba :)



7 comments:

  1. Salam Ramadhan Nadia. Bagus juga idea tu. nanti boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba jgn x cuba kak, save cost memang effective esp semburan Teh cengkih :)

      Delete
  2. Thank you berkongsi tips yang mudah ini Julie.

    ReplyDelete
  3. Nak try la... memang pening tengok semut2 ni dalam steam iron pun dia gemar melepak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jg x try kak, Julie pun pening jugak dgn semut2 ni kengkdg tempat2 yg x makanan pun semut ni boleh buat empire cam bawah timbunan pakaian, hairan sungguh Julie, kakak try buat semburan Teh Cengkih, sangat efektif tu kak, semut & lalat x suka dgn wangian cengkih ni :)

      Delete
  4. akan dicuba nantia..berkesan tak untuk halau lalat sekali?

    ReplyDelete