Monday, June 9, 2014

Bunga Marigold Kesayanganku...

Bunga Marigold generasi pertama yang kubeli.
Aku memang suka sangat dengan bunga marigold yg juga dikenali sebagai bunga tahi ayam. Setiap kali memandang bunga ini, membuatkan kuteringatkan emak di kampung, kerana bunga ini merupakan bunga kegemaran emak.

Kubeli 2 buah pasu bunga marigold (gambar atas) seawal mula2 berpindah di rumah sewa ini, kerana kegagalan ku menyemai benih bunga marigold jenis Franch yang telah kubeli dari sebuah pasaraya, Namun marigold yg berwarna kuning mati dahulu akibat terover siram huhu, kasihan bunga marigodku...

Generasi Kedua bunga Marigoldku.

Generasi kedua bunga marigoldku ini adalah yang paling aku suka tengok, kerana bunga2nya yang besar dan menyerupai African marigold pula, ntah amcm boleh bertukar bentuk, padahal bunga asal color jingga x pun besar & kembang macam tu.

3 keping gambar di bawah pula merupakan Marigold generasi ketiga, tetiba pula muncul bentuk yg lain dari pokok induk (gambar 1 & 2), best jugak tengok perubahan2 bunga ni, tapi tengok2 x pula muncul bunga seperti generasi kedua dahulu.




Bunga marigold memang cantik, walaupun baunya xlah menarik tetapi susun atur kelopaknya yg pelbagai sangat menarik perhatianku, maybe next time akan kucuba utk tanam lagi variasi marigold yg lain, :)

Bunga2 Marigold di laman rumahku.

9 comments:

  1. Gambar marygold yang kedua tu cantik kelopaknya. Menarik kelihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik sangat kak, tapi malangnya x muncul pula bunga tu kali ni, skali Julie jeling2 tgk bunga ni muncul d rumah jiran yg Julie bagi anak pokok bunga ni dahulu, apa nak buat kak, x rezeki,maybe nanti Julie kena mintak balik benih bunga ni dgn jiran Julie tu hihi....

      Delete
  2. Salam singgah
    Cantiknya anika marygold, yang bunga merah tu pokok apa ya.....ada juga bunga warna putihkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam jugak, terima kasih kerna sudi singgah :), bunga warna merah tu bunga Kemunting cina @ vinca, mcm2 warna ada, tapi yg color merah tu, dh x ada dgn Julie, dh mati.

      Delete
  3. suka sesgt tgk yellow marigold tu...susah jgk nk cari kt sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak, slalunya color jingga yg banyak. :)

      Delete
  4. Asyik lupa nak semai marigold hehehe....
    Bila tengok marigold Julie yang cantik baru teringat nak semai.
    Sebab kebun lama dulu selalu timbul-timbul sendiri jadi tuannya dah malas nak menyemainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dkt kampung Julie pun banyak pokok bunga ni kak, dlu emak Julie x semai pun bibit bunga ni, memang senang ja bunga ni tumbuh sendiri, nanti mo dcari ni ya jenis marigold kampung.

      Delete
  5. Di Floria baru-baru ini di PutraJaya banyak sungguh pokok bunga marigold.

    ReplyDelete