Monday, June 16, 2014

Bunga Bintang Putih aka Lidah Payau.

Bunga Lidah Payau/Estrella/Star of bethlehem/Kitolod/Isotoma longiflora
Sewaktu melalui kawasan semak berhampiran dgn kawasan kejiranan, kuterpandang pokok bunga kecil yg tumbung dgn banyaknya di kawasan tersebut, aku tertarik sangat dengan tumbuhan berbunga ini kerana bentuk bunganya seperti bintang tunggal, tegak, bertangkai panjang, muncul dari celah dedaun, dan berwarna putih bagaikan penegasan di sebalik kehijauan rumput rumpai yang tumbuh meliar di kawasan tersebut. Apa lagi, setelah memerhatikan keunikan pokok lidah payau ini terus je kucabut 3 batang pokok & tanam dalam pasu utk dijadikan sbg tanaman hiasan :)

Lidah payau yg kutanam di dalam pasu.
Pada mulanya memang tidak kutahu bahawa pokok bunga ini mempunyai khasiatnya tersendiri, kuanggap tumbuhan ini cumalah rumpai berbunga putih yang memiliki bunga dan daun yg cantik, rupa2nya bunga lidah payau memiliki khasiat utk menyembuhkan sakit mata, daunnya boleh digunakan utk menyembuhkan sakit gigi, anti radang, menghentikan pendarahan pada luka dll. Namun getah pada tumbuhan ini adalah merbahaya kerana ianya beracun. Utk makluman lebih lanjut boleh baca di sini :)

Pokok lidah payau ini selalunya ditemui di kawasan semak & juga merupakan sejenis tumbuhan yg sangat mudah ditanam, x perlukan penjagaan yg rapi, yg penting jangan letakkan pokok ini di bawah sinar mentari kerana ia x tahan panas. 


Lagi info berkenaan dgn pokok lidah payau;

13 comments:

  1. Kak pun tak tahu pokok ini nama Lidah Payau. Pernah tanam dulu.
    Julie nanti kak pos benih bunga matahari.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie pun baru je tahu nama pokok ni kak, thanks ye kak, nanti Julie pos benih morning glory utk kakak pula :)

      Delete
    2. Assalmualaikom kalu ade benih saya nak..nak terapy mata mak.
      Time kaseh
      01161771761

      Delete
  2. Wah besarnya kudup tangkai bunganya itu ya.

    ReplyDelete
  3. Itulah yg unik dgn bunga ni kak, suka sangat Julie tengok :)

    ReplyDelete
  4. ada benih x? boleh minta sikit? jual pun x pa.. :)

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Salam... Nak tanya pokok lidah payau biasa boleh jumpa kat tempat mcm mana.. Kat sawah ke..Akak nk cuba cari. Nak cuba untuk ubat. Tanya kat beberapa nursery pokok x ada. Kalau ada benih boleh ke Akak nak beli... Tqvm

    ReplyDelete
  7. Saya pun sama juga...nak beli..

    ReplyDelete
  8. Saya pun sama juga...nak beli..

    ReplyDelete
  9. as salam kat mana boleh dapat benih pokok lidah payau

    ReplyDelete
  10. salam bole ke nak beli anak pokok kitolod ni

    ReplyDelete