Friday, February 14, 2014

Orkid Tanah.

Dua tahun masa berlalu since kutanam pokok orkid tanah ni, barulah orkid ni berbunga, setelah dialihkan dari pasu asal. Kurasakan agak lama juga orkid ni nak berbunga, rupa2nya bila dialihkan orkid akan merajuk & x nak berbunga dlm satu jangka masa. (kinda funny juga hehe)
Orkid jenis tanah memang kugemari kerana cara penanamannya yg mudah :) guna tanah & tanam mcm pokok bunga biasa.

Sedikit fakta berkenaan dengan Orkid.
  • Kebanyakan spesis orkid hanya berbunga setahun sekali, tapi kalo orkid tu berasa sangat 'happy' & mendapat kasih sayang yg lebih dari tuannya, ia akan kerap berbunga.
  • Apabila sang Orkid telah berbunga, bunganya akan berkembang & bertahan selama lebih kurang 6-10 minggu.
  • Orkid yg dialihkan @ ditukar pasunya akan merajuk & x mahu berbunga sekurang2nya setahun (Orkidku x mahu berbunga 2tahun :( hehe) selepas dialihkan, kalo sapa2 yg berminat nak beli orkid tu, belilah yg sedia ditanam di dlm pasu daripada membeli orkid secara keratan. (Info yg kudapat dari blog ini)

No comments:

Post a Comment