Friday, February 14, 2014

Double Happiness...Hadiah bunga :)

Hadiah drp Kak Mala My Green Eye's.

Bulan lepas, Syukur Alhamdulillah, x sangka Kak Mala (My Green Eye's) tetiba je telefon & informed bahawa bunga ati2 yg ku minta telahpun dia postkan, fuh...sungguh terharu dgn kebaikan Kak Mala, kudoakan semoga Kak Mala diperluaskan & dimurahkan rezekinya. Selain daripada itu Kak Mala juga memberikan bunga bonus iaitu bunga ros jepun yg memang kuminati & sekaligus menambah koleksi bunga ros jepunku kpd 12jenis, sebelum ini pun aku ada menanam beberapa jenis, namun x la sesubur & secantik bunga ros jepun Kak Mala, mungkin juga bunga ros jepunku yg hanya 7jenis tu kurang kasih sayang hehehe... selepas mendapatkan nasihat daripada yg pakar (Kak Mala) barulah kutahu bagaimana menanam & menjaga bunga ros jepun ni dgn betul. Terima Kasih Kak Mala atas hadiah perkenalan ini, akan kujaga bunga ati2 & ros jepun kakak dgn baik & penuh kasih sayang hehehe....

Hadiah drp Aunt Emma.
 Selang 2 hari selepas mendapat hadiah bunga daripada Kak Mala, rezeki bunga datang bergolek lagi apabila Aunt Emma ku dengan baik hatinya menghadiahkan aku bunga yg mostlynya Kaktus & bunga nanas, selain daripada itu bunga jenis bebawang & lili paris turut disertakan. Walaupun sebelum ini aku x la minat sangat dgn kaktus ni, sebab aku lebih menggemari pokok2 bunga yg berbau wangi. tapi 1 thing yg menyebabkan aku menjadi minat adalah pabila kusedari akan kelasakan & ketahanan x minum air pokok kaktus ni, selain daripada kecantikan bunganya. "Aunt minat tanam Kaktus ni sebab bila kita p bercuti, pokoknya still tahan lama walaupun x disiram seminggu" kata2 Aunt Emma tu betul2 menyedarkanku tentang kelasakan pokok kaktus ni :). Terima kasih banyak2 la Aunt, atas hadiah ni, Aunt memang best hehehe...kudoakan juga semoga Aunt diperluaskan & dimurahkan rezeki.

No comments:

Post a Comment