![]() |
| Bunga Lidah Payau/Estrella/Star of bethlehem/Kitolod/Isotoma longiflora |
Sewaktu melalui kawasan semak berhampiran dgn kawasan kejiranan, kuterpandang pokok bunga kecil yg tumbung dgn banyaknya di kawasan tersebut, aku tertarik sangat dengan tumbuhan berbunga ini kerana bentuk bunganya seperti bintang tunggal, tegak, bertangkai panjang, muncul dari celah dedaun, dan berwarna putih bagaikan penegasan di sebalik kehijauan rumput rumpai yang tumbuh meliar di kawasan tersebut. Apa lagi, setelah memerhatikan keunikan pokok lidah payau ini terus je kucabut 3 batang pokok & tanam dalam pasu utk dijadikan sbg tanaman hiasan :)
![]() |
| Lidah payau yg kutanam di dalam pasu. |
Pada mulanya memang tidak kutahu bahawa pokok bunga ini mempunyai khasiatnya tersendiri, kuanggap tumbuhan ini cumalah rumpai berbunga putih yang memiliki bunga dan daun yg cantik, rupa2nya bunga lidah payau memiliki khasiat utk menyembuhkan sakit mata, daunnya boleh digunakan utk menyembuhkan sakit gigi, anti radang, menghentikan pendarahan pada luka dll. Namun getah pada tumbuhan ini adalah merbahaya kerana ianya beracun. Utk makluman lebih lanjut boleh baca di sini :)
Pokok lidah payau ini selalunya ditemui di kawasan semak & juga merupakan sejenis tumbuhan yg sangat mudah ditanam, x perlukan penjagaan yg rapi, yg penting jangan letakkan pokok ini di bawah sinar mentari kerana ia x tahan panas.
Lagi info berkenaan dgn pokok lidah payau;


















