Tuesday, April 8, 2014

Jewels of opar...

Ginseng jawa/Talinum paniculatum/Limón talinum/Fameflower/Jewels-of-Opar pic by Aunt Emma.
Ketika membersihkan rumput-rumpai yg sdh mulai membiak menyemakkan pasu2 bunga kertas di laman rumah, tetiba kuterpandang sejenis tumbuhan yg begitu menarik perhatianku kerana tumbuhan tersebut menyerupai ginseng jawa, tetapi memiliki bunga yg agak kecil drp ginseng jawa yg pernah kutanam sebelum ini & memiliki sekelompok bunga pink comel dari tangkai panjang & halus selain itu tangkaian bunga ini juga memiliki biji benih berkapsul bulat berwarna amber (jingga-kuning) dan kemerahan (cinnamon red), bentuk dan warna benih berkapsul bulat itulah yg amat menarik perhatianku, tanpa membuang masa aku terus mencabut tumbuhan tersebut dan mendapati bahawa akarnya menyerupai akar ginseng jawa, dan kemudian menanam pokok tersebut di pasu lain, ketika merumpai kudapati bahawa pokok ini telahpun menyebarkan zuriatnya ke dlm pasu2 bunga berdekatan, dan dengan gembiranya semua anak2 pokok tersebut turut kualihkan di pasu lain. Terfikir juga, dari manalah datangnya benih tumbuhan ni?

Bunganya yg comel.

Beberapa purnama selepas kutanam tanaman yang kujangkakan mungkin juga saudara mara dgn  ginseng jawa, ketika melayari laman web berkenaan dgn botani, tetiba kuterpandang tanaman bunga ini, jd memang sahlah yg tumbuhan ni adalah dari suku sakat pokok ginseng jawa (Talinum fruticosum) dan dikenali dgn nama saintifik iaitu Talinum paniculatum hanya berbeza dari segi jenis sahaja.


Kebiasaannya ginseng jawa (Talinum fruticosum) ditanam utk tujuan perubatan iaitu sebagai tanaman herba, manakala tumbuhan ini pula Talinum paniculatum lebih kepada tanaman hiasan, namun khasiat dan nilai perubatannya tetap sama.

Benih
Anak pokok
Ginseng jawa ini juga dikenali dengan nama Limón talinum, Fameflower, dan Jewels-of-Opar (mcm tajuk novel Tarzan "Tarzan and the Jewels-of-Opar"), sesuai ditanam sebagai tanaman hiasan di luar rumah kerana amat tahan terhadap cuaca panas dan kering, boleh mencapai ketinggian sehingga 2-4 kaki (jika dijaga dengan penuh kasih sayang :p)


Sangat cantik ditanam sebagai tumbuhan hiasan bersama2 dgn pokok bunga lain, sumber: finegardening.com



2 comments:

  1. salam kenal & follow sini...cantik2 dan unik tumbuh2an kat sini..ada yg tak pernah tgk..

    ReplyDelete