Sunday, March 30, 2014

Bunga Pentas (Pentas Lanceolata) si Bunga Bintang...

Bunga Pentas Merah.

Ketika berjalan2 ke salah satu nursery di Pekan Nanas, dengan tujuan utk mencari dan menambah koleksi pokok bunga vinca tetiba ku terpandang sekelompok bunga yang begitu menarik perhatianku kerana bentuk bunganya yang seakan-akan bunga jejarum tetapi bunga jejarum hanya mempunyai 4 kelopak manakala kelopak bunga ini adalah 5 dan membentuk gugus bintang, membuatkan ku teringat kepada bunga Night Blooming Jasmine Kak Diana, kerana bunga jasmine itu juga berbentuk seperti bintang :). Setelah mendapatkan pokok2 bunga vinca, kuterus menuju ke kelompok bunga tersebut dan membeli sepasu yang berwarna merah, walaupun pada mulanya memang ku x tahu apakah nama pokok bunga ni. Setelah membuat carian di internet berulah ku tahu nama bagi bunga ini iaitu BUNGA PENTAS (Pentas Lanceolata) juga dikenali sebagai Egyptian Star Flower, Star Cluster atau juga disebut bunga bintang, warna bunga ini terdiri daripada pink cerah, pink pekat, ungu, merah dan  putih.

Bunga pentas di laman rumahku.
Bunga Pentas merupakan salah satu tanaman yang menjadi kegemaran rama2 & juga burung kelicap lebah untuk mendapatkan madu. Bunga ini boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang. Pokok bunga perlu diletakkan di kawasan yang terlindung daripada bahang mentari yang terik tetapi memerlukan cahaya mentari pagi. (bunga x tahan bahang matahari yang sangat terik terutama sekali pada waktu tengahari).


 

Bunga2 Pentas yang ingin kumiliki :)
Bunga Pentas "Dark Pink" sumber www.davesgarden.com

Bunga Pentas idamanku...sumber http://thinkernurserysarwan.indonetwork.co.id

More info tentang Bunga Pentas

15 comments:

  1. Salam Julie. Akk selalu gak jumoa pkk ni kt nurseri

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam warahmatullah kak, wah berita baik ni kak hehehe....

      Delete
  2. Pentas memang cantik. Kalau pokok dia subur kelompok bunga yang keluar lagi lah besar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak2 atas info kakak ni, nanti akan Julie usahakan utk menyuburkan pokok bunga pentas Julie ni. thanks kak :)

      Delete
  3. Wah banyaknya rimbunan pokok ros Jepun Julie di background tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehsan dari Jiran sebelah & Kak Mala (My Green Eye's) tu Kak Diana hehe....

      Delete
  4. Biji benih pentas untuk dijual! Sila layari laman web http://www.wellgrowhorti.com/shop/

    ReplyDelete