Ginseng jawa/Talinum paniculatum/Limón talinum/Fameflower/Jewels-of-Opar pic by Aunt Emma.
Ketika membersihkan rumput-rumpai yg sdh mulai membiak menyemakkan pasu2 bunga kertas di laman rumah, tetiba kuterpandang sejenis tumbuhan yg begitu menarik perhatianku kerana tumbuhan tersebut menyerupai ginseng jawa, tetapi memiliki bunga yg agak kecil drp ginseng jawa yg pernah kutanam sebelum ini & memiliki sekelompok bunga pink comel dari tangkai panjang & halus selain itu tangkaian bunga ini juga memiliki biji benih berkapsul bulat berwarna amber (jingga-kuning) dan kemerahan (cinnamon red), bentuk dan warna benih berkapsul bulat itulah yg amat menarik perhatianku, tanpa membuang masa aku terus mencabut tumbuhan tersebut dan mendapati bahawa akarnya menyerupai akar ginseng jawa, dan kemudian menanam pokok tersebut di pasu lain, ketika merumpai kudapati bahawa pokok ini telahpun menyebarkan zuriatnya ke dlm pasu2 bunga berdekatan, dan dengan gembiranya semua anak2 pokok tersebut turut kualihkan di pasu lain. Terfikir juga, dari manalah datangnya benih tumbuhan ni?
Bunganya yg comel.
Beberapa purnama selepas kutanam tanaman yang kujangkakan mungkin juga saudara mara dgn ginseng jawa, ketika melayari laman web berkenaan dgn botani, tetiba kuterpandang tanaman bunga ini, jd memang sahlah yg tumbuhan ni adalah dari suku sakat pokok ginseng jawa (Talinum fruticosum) dan dikenali dgn nama saintifik iaitu Talinum paniculatum hanya berbeza dari segi jenis sahaja. Kebiasaannya ginseng jawa (Talinum fruticosum) ditanam utk tujuan perubatan iaitu sebagai tanaman herba, manakala tumbuhan ini pula Talinum paniculatum lebih kepada tanaman hiasan, namun khasiat dan nilai perubatannya tetap sama.
Oxalis Triangularis (Purple Shamrocks) atau bunga kupu2.
Pertama kali melihat bunga ini adalah pada tahun lepas, ketika berada di rumah mentuaku, yg sememangnya juga mempunyai minat terhadap tanaman hiasan sama sepertiku. Bunga yang berdaun seperti kupu2 ini mengingatkanku kepada cerita anime Jepun yang begitu kuminati ketika zaman bujang dahulu iaitu "Honey & clover" . Ku sangkakan yang pokok tersebut adalah rumput clover (rumput semanggi), tetapi confuse juga sebab warnanya ungu, manakala rumput semanggi berwarna hijau. Seperti biasalah carian lebih mudah dengan menggunakan internet, barulah kutahu bahawa tumbuhan ini adalah sejenis tanaman hiasan berbunga, daunnya berwarna ungu yang juga disebut bunga kupu-kupu atau dlm bahasa English "Oxalis" atau shamrock plant.
Oxalis si Bunga kupu2 di beranda rumahku.
Pokok bunga oxalis ini sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan luar rumah, dalam rumah
atau digantung di beranda atau anjung rumah, spesis bunga ni pun pelbagai, dianggarkan 900 yang
diketahui setakat ini. Bunga Oxalis senang ditanam dan tidak cerewet menjaganya, juga sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat dan banyak mengeluarkan bunga dan daun yang cantik warnanya (utk kawasan tanah tinggi). Manakala bagi kawasan tanah rendah, Oxalis sesuai ditanam di kawasan yg lebih redup.
Bunga Oxalis sangat cepat membiak jika dibaja dan berketinggian diantara 7''-10''. Pembiakan dilakukan melalui rizomnya dan rizomoxalis ini tidak boleh ditanam di dalam tanah yang bertakung air kerana ianya akan mereput.
Bunga oxalisku ini berbentuk seperti loceng & berwarna pink keputih-putihan. Kutanam bunga Oxalis ini di dlm pasu & kuletakkan di beranda rumah, hanya terkena cahaya mentari pagi, Oxalis memang sangat cantik dipandang tetapi berbahaya kepada haiwan peliharaan seperti arnab, kucing & anjing kerana tumbuhan ini beracun apabila dimakan (extremely pahit rasanya) nasib baiklah kucing2 jiran x berminat pun nak sentuh bunga2 di laman rumahku syukurlah hehehe & paling selamat kalo nak tanam bunga ni bagi yang berminat tetapi mempunyai haiwan kesayangan di rumah lebih baik tanam dlm pasu gantung je :)
Ketika berjalan2 ke salah satu nursery di Pekan Nanas, dengan tujuan utk mencari dan menambah koleksi pokok bunga vinca tetiba ku terpandang sekelompok bunga yang begitu menarik perhatianku kerana bentuk bunganya yang seakan-akan bunga jejarum tetapi bunga jejarum hanya mempunyai 4 kelopak manakala kelopak bunga ini adalah 5 dan membentuk gugus bintang, membuatkan ku teringat kepada bunga Night Blooming Jasmine Kak Diana, kerana bunga jasmine itu juga berbentuk seperti bintang :). Setelah mendapatkan pokok2 bunga vinca, kuterus menuju ke kelompok bunga tersebut dan membeli sepasu yang berwarna merah, walaupun pada mulanya memang ku x tahu apakah nama pokok bunga ni. Setelah membuat carian di internet berulah ku tahu nama bagi bunga ini iaitu BUNGA PENTAS (Pentas Lanceolata) juga dikenali sebagai Egyptian Star Flower, Star Cluster atau juga disebut bunga bintang, warna bunga ini terdiri daripada pink cerah, pink pekat, ungu, merah dan putih.
Bunga pentas di laman rumahku.
Bunga Pentas merupakan salah satu tanaman yang menjadi kegemaran rama2 & juga burung kelicap lebah untuk mendapatkan madu. Bunga ini boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang. Pokok bunga perlu diletakkan di kawasan yang terlindung daripada bahang mentari yang terik tetapi memerlukan cahaya mentari pagi. (bunga x tahan bahang matahari yang sangat terik terutama sekali pada waktu tengahari).
Bunga2 Pentas yang ingin kumiliki :)
Bunga Pentas "Dark Pink" sumber www.davesgarden.com
Bunga Pentas idamanku...sumber http://thinkernurserysarwan.indonetwork.co.id
Salah satu daripada bunga2 kegemaranku adalah bunga balsam yang jenis renek ini. Bunga balsam yang jenis ini lebih mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang manakala saudaranya pula iaitu 1 lagi jenis balsam yang selalu ditanam dengan menggunakan biji benih tapi aku lagi berminat dengan pokok balsam jenis ini hehe...... Pokok bunga balsam ni pun samalah juga dengan pokok bunga kemunting cina jenis dwarfku, x tahan panas....Pokok bunga balsam ini kuperolehi daripada ibuku yang sememangnya telah lama mempromosi bunga balsam ini untukku tanam, Seingat aku arwah nenekku pernah memberitahu yang daun bunga balsam ni boleh digunakkan untuk mengubati penyakit kurap kuku. Hanya ambik daun bunga pacar air ni, hancurkan hingga lumat & bolehlah dipakaikan di kuku seperti memakai inai. Lakukan setiap hari sehingga sembuh :)....
Pagi ni cuaca agak cerah & seperti kelazimannya waktu2 aku akan mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan sambil membelek2 bunga2 di tepi rumah. Bila terpandang je pokok kemunting Syukur Alhamdulillah....dah kembang rupanya bunga2 pokok kemunting ini yang telah kutunggu2 since yesterday....
Pokok Kemunting ni menggamit kenangan zaman kanak2ku yang selalu je bermain2 dengan rakan2 di belukar belakang rumah yang dipenuhi dengan pokok kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) @ karamunsing (gelaran org kampungku). Bila ja pokok ni berbuah maka kanak2 akan berebut2 mengutip & makan buah ni, memang sedap sangat time tu makan buah yang manis lagi percuma, tanpa pestisid hehehe....
Sapa2 yang berminat utk mendapatkan pokok kemunting bolehlah contact Kak Rose di semuamenjadi@gmail.com :)
Syukur
Alhamdulillah....setelah lebih kurang 2bulan lebih x hujan dengan
cemerlang di daerah Pontian ni, akhirnya hujan pun jatuh bagaikan
permata jernih mencurah2 jatuh dari langit....gembiranya hatiku melihat
tanaman2 di sekeliling dibasahi jus dari langit ini. sekaligus berdoa
agar hujan akan selalu2 le
turun membasahi bumi ini.
Setelah
hujan berhenti di waktu petang, sempat juga kujenguk pokok2 bunga
kesayanganku terutamanya pokok bunga kemunting cina yang kuletakkan di
tepi rumah dan terlindung dari kepanasan bahang mentari. Nampaknya
bunga2ku ini pun x bermandi hujan, terpaksalah kusiram. Sengaja
kuletakkan bunga2 ini di kawasan terlindung kerana, pernah sekali
kuletakkan diluar, macam puteri lilin pulak bunga ni, x tahan panas,
mungkin jenis ini yang x seberapa nak tahan panas kot????
Kemunting Cina Ungu.
Kemunting Cina Pink Muda.
Bunga Kemunting Cina merah kegemaranku.
Pernah kucuba untuk meletakkan kemunting cina jenis ini ada juga org sebut bunga ni bunga vinca, tapak dara,
Rosy Periwinkle, direct to the sunlight, lama kelamahan pokok2 bungaku
ini mcm x bersemangat, daun kekuningan, bunga mengecil & x
berapa lebat. Jadi untuk menyelamatkan keadaan terpaksalah
kuletakkan bunga ini di tempat teduh semula (hanya terkena cahaya
matahari pagi) & pokok2 bunga kemunting cina ini telah pun kembali ceria
seperti sediakala hehe.... Satu
lagi jenis kemunting cina yang gagah perkasa, dari jenis
major & memang tahan lasak, tahan bahang panas matahari, x seperti
kemunting cina (seperti gambar2 di atas) senang nak tumbuh & jaga,
batang pokoknya juga dapat mencapai ketinggian sehingga 100cm, boleh
tumbuh liar & subur tanpa sebarang penjagaan.
Kemunting Cina Ungu jenis major.
Memang
terdapat pelbagai khasiat pokok bunga kemunting cina ini, antaranya
ialah ia dapat mengubati pelbagai jenis penyakit boleh rujuk ke sini dan yang pasti bunga ni memang cantik & dapat menceriakan halaman rumah kita :)
Panas sungguh malam ini, jam menunjukkan tepat pukul 11.00, sambil menjenguk keluar tingkap sambil melihat kelibat suami yang terlupa menutup pintu pagar. tiba2 kuterhidu bau yang sangat wangi, isk....dari mana datangnya perfume bunga malam ni, hatiku berbisik, takkan makhluk dari alam angker kotzzz???.....rupa2nya...................