Wednesday, April 2, 2014

Bunga Kupu-kupu aka Oxalis Triangularis (Purple Shamrocks).



Oxalis Triangularis (Purple Shamrocks) atau bunga kupu2.

Pertama kali melihat bunga ini adalah pada tahun lepas, ketika berada di rumah mentuaku, yg sememangnya juga mempunyai minat terhadap tanaman hiasan sama sepertiku. Bunga yang berdaun seperti kupu2 ini mengingatkanku kepada cerita anime Jepun yang begitu kuminati ketika zaman bujang dahulu iaitu "Honey & clover" . Ku sangkakan yang pokok tersebut adalah rumput clover (rumput semanggi), tetapi confuse juga sebab warnanya ungu, manakala rumput semanggi berwarna hijau. Seperti biasalah carian lebih mudah dengan menggunakan internet, barulah kutahu bahawa tumbuhan ini adalah sejenis tanaman hiasan berbunga, daunnya berwarna ungu yang juga disebut bunga kupu-kupu atau dlm bahasa English "Oxalis" atau shamrock plant.

Oxalis si Bunga kupu2 di beranda rumahku.
Pokok bunga oxalis ini sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan luar rumah, dalam rumah atau digantung di beranda atau anjung rumah, spesis bunga ni pun pelbagai, dianggarkan 900 yang diketahui setakat ini. 

Bunga Oxalis senang ditanam dan tidak cerewet menjaganya, juga sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat dan banyak mengeluarkan bunga dan daun yang cantik warnanya (utk kawasan tanah tinggi). Manakala bagi kawasan tanah rendah, Oxalis sesuai ditanam di kawasan yg lebih redup.

Bunga Oxalis sangat cepat membiak jika dibaja dan  berketinggian diantara 7''-10''. Pembiakan dilakukan melalui rizomnya dan rizom oxalis ini tidak boleh ditanam di dalam tanah yang bertakung air kerana ianya akan mereput.


Rizom Oxalis (sumber http://www.barbarapleasant.com/oxalis.html)
Bunga oxalisku ini berbentuk seperti loceng & berwarna pink keputih-putihan. Kutanam bunga Oxalis ini di dlm pasu & kuletakkan di beranda rumah, hanya terkena cahaya mentari pagi, Oxalis memang sangat cantik dipandang tetapi berbahaya kepada haiwan peliharaan seperti arnab, kucing & anjing kerana tumbuhan ini beracun apabila dimakan (extremely pahit rasanya) nasib baiklah kucing2 jiran x berminat pun nak sentuh bunga2 di laman rumahku syukurlah hehehe & paling selamat kalo nak tanam bunga ni bagi yang berminat tetapi mempunyai haiwan kesayangan di rumah lebih baik tanam dlm pasu gantung je :)

Versi Oxalis2 idamanku (sumber: goggle)

Oxalis Hijau


oxalis purpurea alba
Oxalis Versicolor
Lucky Shamrock


Oxalis Adenophylla



13 comments:

  1. Eh, tak sangka pula rupanya bunga kupu2 ni ada bunga berbagai jenis dan cantik pula tu. Selalu jumpa dan biasa tanam dulu yang purple dan hijau ja.

    ReplyDelete
  2. Pokok bunga oxalis memang cantik sebagai tanaman hiasan.
    Tapi sebab kebun dulu oxalis bunga kuning tumbuh bagaikan rumput merata-rata jadi phobia.
    Sebab biji benihnya yang bertaburan, bila dah ada rizom susahnya nak kasi buang cabut.
    Rasa nak menangis cabut oxalis yang invade dalam petak-petak sayur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. some people consider oxalis ni sebagai rumpai kak, mmg rumpai pun bila dh start tumbuh meliar & invade kawasan kebun hehe...

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Pokok saya da mati..dan dah lama saya cari pokok ni xjumpa... siapa tahu kat mane saya boleh dapatkan pokok ni lagi? Klo blh area cheras kl..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oxalis yg pupple sy beli dkt shopee.cari yg ada ubi.jgn biji benih.mmng sy buat jual pokok tu

      Delete
  5. White clover ada tumbuh Kat Taman MARDI Tanah Rata Cameron Highland. Kat tanah rendah says tan am dalam pasu. Clover x tahan panas kena redup atau cahaya pagi.

    ReplyDelete
  6. sis sy nak beli pokok rama2 tu boleh tak... puas sy mencari.. wasap sy sis 0108614601

    ReplyDelete
  7. sis sy nak beli pokok rama2 tu boleh tak... puas sy mencari.. wasap sy sis 0108614601

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf saya takde wassap, bleh email saya roslizah22@gmail.com

      Delete
  8. Mmng cantik pokok oxalis ni..sy jual yg
    Purple Shamrocks.skrng mmng tengah mencari pelbagai jenis lg pokok oxalis utk buat koleksi.klu tengok dlm lazada atau shope byk yg jual biji benih,takut jg nak beli.setahu sy oxalis ni dia ada ubi.

    ReplyDelete