Wednesday, April 16, 2014

'Sayur Kacang' zaman budak2...Stachytarpheta jamaicensis


Jolok cacing/selasih dandi/pokok cawan minyak/rumput tahi babi/light blue snake-weed,blue porterweed, yu long (china)/Stachytarpheta jamaicensis.

Pokok jolok cacing ini kutemui ketika sedang membersihkan kawasan semak d tepi rumah, rumpai liar ini adalah permainan wajib ketika waktu kecil dahulu, asal je main pondok2 mesti aku & kawan2 mencari pokok ini utk diambil bunga dan tangkainya yg panjang itu utk dijadikan konon2 'sayur kacang' pada waktu itu, memang best bila diingat kembali.

Pokok Jolok cacing tumbuh merimbun.

Ingin sahaja kucabut pokok ini, tanam di dalam pasu, mesti cantik ni kalo dijadikan pokok bunga hiasan, tapi takut jugak pokok ni mati, jadi kubiarkan sahaja pokok jolok cacing ni terus subur di sana, sambil melihat2 jikalau terdapat anak2nya yg telah tumbuh, namun tiada. Kena tunggu jelah sampai pokok ni berzuriat nanti hehe...

Pokok jolok cacing ini juga mempunyai banyak khasiat antaranya, boleh digunakan utk mengubati kurang selera makan pada kanak2, infonya boleh diperolehi di sini

Bunga pokok jolok cacing ini mempunyai pelbagai versi warna, seperti biru, putih, hitam, dan merah, namun warna yg pernah kulihat di negara ini hanyalah yang berwarna ungu, seperti gambar diatas. 
 
Warna bunga2 Jolok cacing yang amat menarik (sumber: Goggle pic)

Jolok cacing merah.

Jolok cacing hitam.





Jolok cacing biru.
Jolok cacing putih.

Kalolah pokok jolok cacing warni macam ni ada kat sini, dah lama rasanya mungkin orang kat negara ni akan jadikan pokok jolok cacing ni sebagai tanaman hiasan....

Monday, April 14, 2014

Tetamu di awal pagi...

Cik2 lebah pekerja sedang busy menuai madu bunga kaktus.

Aku memang suka tengok lebah, terutama sekali lebah2 yg tengah khusyuk bekerja, yg terbang hinggap dari sekuntum bunga ke kuntuman bunga yg lain.  

Pagi tadi, syukur alhamdulillah krn ku bernasib baik dpt melihat sekawan lebah pekerja sdg bekerja seawal pagi, mungkin tlh pun hinggal di bunga kaktus ini selepas syuruk, kerana bunga kaktus berkembang pada waktu malam. Tekun sungguh serangga ini bekerja, nampaknya lebah2 ini lebih sukakan jenis bunga yg mempunyai sebaris kelopak (single row petals) berbanding bunga yg mempunyai banyak garisan kelopak seperti bunga marigold. Ini adalah disebabkan bunga dgn sebaris kelopak lebih banyak menghasilkan pollen (debu bunga). Lebah2 juga amat tertarik dengan bunga2an yg berwarna putih, kuning, biru dan ungu.
Cicak mengkarung tetamu tetap di laman rumah.
Ketika sdg sibuk menangkap gambar cik2 lebah, tetiba kuterpandang cicak mengkarung yg sedang menghendap sesuatu, mungkin juga sdg berehat, di sekuntum bunga kaktus. Selalu sahaja kuterserempak dgn reptilia ni, ntah di manalah tempat tinggal cicak ni?


Minggu ini pokok kaktus giant di laman rumah banyak mengeluarkan bunga, 1st time kutengok pokok ni berbunga dengan galak sekali, syukur Alhamdulillah :)



Bee watching...
 

Tuesday, April 8, 2014

Jewels of opar...

Ginseng jawa/Talinum paniculatum/Limón talinum/Fameflower/Jewels-of-Opar pic by Aunt Emma.
Ketika membersihkan rumput-rumpai yg sdh mulai membiak menyemakkan pasu2 bunga kertas di laman rumah, tetiba kuterpandang sejenis tumbuhan yg begitu menarik perhatianku kerana tumbuhan tersebut menyerupai ginseng jawa, tetapi memiliki bunga yg agak kecil drp ginseng jawa yg pernah kutanam sebelum ini & memiliki sekelompok bunga pink comel dari tangkai panjang & halus selain itu tangkaian bunga ini juga memiliki biji benih berkapsul bulat berwarna amber (jingga-kuning) dan kemerahan (cinnamon red), bentuk dan warna benih berkapsul bulat itulah yg amat menarik perhatianku, tanpa membuang masa aku terus mencabut tumbuhan tersebut dan mendapati bahawa akarnya menyerupai akar ginseng jawa, dan kemudian menanam pokok tersebut di pasu lain, ketika merumpai kudapati bahawa pokok ini telahpun menyebarkan zuriatnya ke dlm pasu2 bunga berdekatan, dan dengan gembiranya semua anak2 pokok tersebut turut kualihkan di pasu lain. Terfikir juga, dari manalah datangnya benih tumbuhan ni?

Bunganya yg comel.

Beberapa purnama selepas kutanam tanaman yang kujangkakan mungkin juga saudara mara dgn  ginseng jawa, ketika melayari laman web berkenaan dgn botani, tetiba kuterpandang tanaman bunga ini, jd memang sahlah yg tumbuhan ni adalah dari suku sakat pokok ginseng jawa (Talinum fruticosum) dan dikenali dgn nama saintifik iaitu Talinum paniculatum hanya berbeza dari segi jenis sahaja.


Kebiasaannya ginseng jawa (Talinum fruticosum) ditanam utk tujuan perubatan iaitu sebagai tanaman herba, manakala tumbuhan ini pula Talinum paniculatum lebih kepada tanaman hiasan, namun khasiat dan nilai perubatannya tetap sama.

Benih
Anak pokok

Wednesday, April 2, 2014

Bunga Kupu-kupu aka Oxalis Triangularis (Purple Shamrocks).



Oxalis Triangularis (Purple Shamrocks) atau bunga kupu2.

Pertama kali melihat bunga ini adalah pada tahun lepas, ketika berada di rumah mentuaku, yg sememangnya juga mempunyai minat terhadap tanaman hiasan sama sepertiku. Bunga yang berdaun seperti kupu2 ini mengingatkanku kepada cerita anime Jepun yang begitu kuminati ketika zaman bujang dahulu iaitu "Honey & clover" . Ku sangkakan yang pokok tersebut adalah rumput clover (rumput semanggi), tetapi confuse juga sebab warnanya ungu, manakala rumput semanggi berwarna hijau. Seperti biasalah carian lebih mudah dengan menggunakan internet, barulah kutahu bahawa tumbuhan ini adalah sejenis tanaman hiasan berbunga, daunnya berwarna ungu yang juga disebut bunga kupu-kupu atau dlm bahasa English "Oxalis" atau shamrock plant.

Oxalis si Bunga kupu2 di beranda rumahku.
Pokok bunga oxalis ini sangat sesuai dijadikan tanaman hiasan luar rumah, dalam rumah atau digantung di beranda atau anjung rumah, spesis bunga ni pun pelbagai, dianggarkan 900 yang diketahui setakat ini. 

Bunga Oxalis senang ditanam dan tidak cerewet menjaganya, juga sesuai ditanam di bawah cahaya matahari supaya cepat dan banyak mengeluarkan bunga dan daun yang cantik warnanya (utk kawasan tanah tinggi). Manakala bagi kawasan tanah rendah, Oxalis sesuai ditanam di kawasan yg lebih redup.

Bunga Oxalis sangat cepat membiak jika dibaja dan  berketinggian diantara 7''-10''. Pembiakan dilakukan melalui rizomnya dan rizom oxalis ini tidak boleh ditanam di dalam tanah yang bertakung air kerana ianya akan mereput.


Rizom Oxalis (sumber http://www.barbarapleasant.com/oxalis.html)
Bunga oxalisku ini berbentuk seperti loceng & berwarna pink keputih-putihan. Kutanam bunga Oxalis ini di dlm pasu & kuletakkan di beranda rumah, hanya terkena cahaya mentari pagi, Oxalis memang sangat cantik dipandang tetapi berbahaya kepada haiwan peliharaan seperti arnab, kucing & anjing kerana tumbuhan ini beracun apabila dimakan (extremely pahit rasanya) nasib baiklah kucing2 jiran x berminat pun nak sentuh bunga2 di laman rumahku syukurlah hehehe & paling selamat kalo nak tanam bunga ni bagi yang berminat tetapi mempunyai haiwan kesayangan di rumah lebih baik tanam dlm pasu gantung je :)

Versi Oxalis2 idamanku (sumber: goggle)

Oxalis Hijau


oxalis purpurea alba

Sunday, March 30, 2014

Bunga Pentas (Pentas Lanceolata) si Bunga Bintang...

Bunga Pentas Merah.

Ketika berjalan2 ke salah satu nursery di Pekan Nanas, dengan tujuan utk mencari dan menambah koleksi pokok bunga vinca tetiba ku terpandang sekelompok bunga yang begitu menarik perhatianku kerana bentuk bunganya yang seakan-akan bunga jejarum tetapi bunga jejarum hanya mempunyai 4 kelopak manakala kelopak bunga ini adalah 5 dan membentuk gugus bintang, membuatkan ku teringat kepada bunga Night Blooming Jasmine Kak Diana, kerana bunga jasmine itu juga berbentuk seperti bintang :). Setelah mendapatkan pokok2 bunga vinca, kuterus menuju ke kelompok bunga tersebut dan membeli sepasu yang berwarna merah, walaupun pada mulanya memang ku x tahu apakah nama pokok bunga ni. Setelah membuat carian di internet berulah ku tahu nama bagi bunga ini iaitu BUNGA PENTAS (Pentas Lanceolata) juga dikenali sebagai Egyptian Star Flower, Star Cluster atau juga disebut bunga bintang, warna bunga ini terdiri daripada pink cerah, pink pekat, ungu, merah dan  putih.

Bunga pentas di laman rumahku.
Bunga Pentas merupakan salah satu tanaman yang menjadi kegemaran rama2 & juga burung kelicap lebah untuk mendapatkan madu. Bunga ini boleh dibiakkan melalui biji benih dan keratan batang. Pokok bunga perlu diletakkan di kawasan yang terlindung daripada bahang mentari yang terik tetapi memerlukan cahaya mentari pagi. (bunga x tahan bahang matahari yang sangat terik terutama sekali pada waktu tengahari).


 

Bunga2 Pentas yang ingin kumiliki :)
Bunga Pentas "Dark Pink" sumber www.davesgarden.com

Bunga Pentas idamanku...sumber http://thinkernurserysarwan.indonetwork.co.id

More info tentang Bunga Pentas

Friday, March 28, 2014

Bunga Balsam aka Pacar Air kesayanganku :)

Impatiens balsamina/ Impatiens walleriana (garden balsam, garden jewelweed, rose balsam, kamantigi)

Salah satu daripada bunga2 kegemaranku adalah bunga balsam yang jenis renek ini. Bunga balsam yang jenis ini lebih mudah ditanam dengan menggunakan keratan batang manakala saudaranya pula iaitu 1 lagi jenis balsam yang selalu ditanam dengan menggunakan biji benih tapi aku lagi berminat dengan pokok balsam jenis ini hehe...... Pokok bunga balsam ni pun samalah juga dengan pokok bunga kemunting cina jenis dwarfku, x tahan panas....Pokok bunga balsam ini kuperolehi daripada ibuku yang sememangnya telah lama mempromosi bunga balsam ini untukku tanam, Seingat aku arwah nenekku pernah memberitahu yang daun bunga balsam ni boleh digunakkan untuk mengubati penyakit kurap kuku. Hanya ambik daun bunga pacar air ni, hancurkan hingga lumat & bolehlah dipakaikan di kuku seperti memakai inai. Lakukan setiap hari sehingga sembuh :)....

Bunga2 balsam/pacar air di laman rumahku :)
Bunga Balsam Ungu.

Balsam Merah Jambu.

Bunga Balsam merah.



Tuesday, March 25, 2014

Bunga Karamunsing...

Bunga Kemunting.

Pagi ni cuaca agak cerah & seperti kelazimannya waktu2 aku akan mengambil kesempatan untuk menikmati keindahan sambil membelek2 bunga2 di tepi rumah. Bila terpandang je pokok kemunting Syukur Alhamdulillah....dah kembang rupanya bunga2 pokok kemunting ini yang telah kutunggu2 since yesterday....


Pokok Kemunting ni menggamit kenangan zaman kanak2ku yang selalu je bermain2 dengan rakan2 di belukar belakang rumah yang dipenuhi dengan pokok kemunting (Rhodomyrtus tomentosa) @ karamunsing (gelaran org kampungku). Bila ja pokok ni berbuah maka kanak2 akan berebut2 mengutip & makan buah ni,  memang sedap sangat time tu makan buah yang manis lagi percuma, tanpa pestisid hehehe....


Sapa2 yang berminat utk mendapatkan pokok kemunting bolehlah contact Kak Rose di semuamenjadi@gmail.com :)