Pokok sarang burung/bird nest fern/Asplenium Nidus. |
Assalamualaikum, Salam maal hijrah buat semua. Seperti kebiasaannya jika terdapat hari2 cuti, kami sekeluarga akan balik kampung suami, & seperti biasa jugalah aku akan menjenguk2 tumbuhan hiasan bapa mertuaku yg kebanyakannya jenis dedaun berwarna hijau. Seperti pic di atas. Pokok sarang burung merupakan salah 1 tumbuhan hiasan kegemaran abah. Pada mulanya aku sedikit hairan kenapalah kebanyakan tumbuhan hiasan abah ni semuanya hijau2 je, adalah 2-3 pokok color lain selain hijau & pabila kuajukan persoalan, abah segera memberitahu bahawa "segar mata memandang warna hijau ni".
Cantik ditanam di dlm pasu. |
Ketika waktu berpantang dulu pun aku memang tinggal di rumah mentuaku, oleh kerana selalu je menengok tumbuhan hiasan berdaun ni, membuatkan aku mula jatuh cinta dgn tumbuhan hiasan jenis dedaun. Aku turut meminati pokok sarang burung ini, tetapi bila kutanam daunnya taklah secantik & sehijau pokok sarang burung abah, rupa2nya pokok sarang burung ini tdk memerlukan cahaya matahari yg terik & sesuai ditanam dtempat yg redup, seperti habitat asalnya yg suka menumpang di pokok2 berkayu. Tapi aku pula mendedahkan pokok ini kpd mentari jadi tak hairanlah kenapa pokok sarang burung yg kutanam kekuningan.
Pokok sarang burung yg terkena sinaran mentari secara terus. |
Bagi pengemar2 tanam hiasan jenis dedaun hijau, pokok sarang burung juga amat sesuai ditanam kerana ianya merupakan salah 1 tumbuhan hiasan yg akan menambahkan lebih kehijauan & kecantikan di laman rumah.
Juga cantik ditanam di pasu gantung. |
Berminat utk mendapatkan pokok sarang burung, bolehlah menghubungi Kak Diana "Kebun Bahagia Bersama" (kebunkmg@gmail.com)
Salam Bahagia Julie.
ReplyDeleteCantiknyalah bunga balung merah trang trang trang tengah mekar di kebun Julie tu.
Betul kalau nak cantik lebih lagi musim panas bird nest ni suka partial shade~ shade.
Suka banyak moisture and humidity.
Big boss KBB suka pokok ni pelbagai pokok besar dia pi letak macam atas pokok ceremai, bottlebrush, nam nam dan lain-lain selagi boleh ditumpangkan.
Pastu kerja tukang kebun asyik klip klip daunnya kalau dok asyik teduh my precious little seedlings berhampiran
Kalau musim hujan full sun ndak apa-apa terserlah.
Masa kemarau hari tu banyak dah lesap dah masuk musim hujan naik semula subur. Sungguh tahan juga birdnest ni.
Cantik landscape tepi kolam.
Thank you for the shout out.
Salam bahagia juga kak Diana, bunga balung ayam tu memang cantik kak, kalo boleh nak je Julie awet bunga tu. lebih besar dari tapak tangan Julie saiznya. samalah husband kakak dgn bapa mentua Julie, suka sangat dia dgn pokok sarang burung ni, sampaikan anak2 pokok sarang burung yg tumbuh meliar pun dia tanam cantik2 dlm pasu. best tgk :)
ReplyDeleteSalam Julie. Memang betul ..daunan hijau cukup menenangkan dan menyejukan halaman kita. Di rumah kak sendiri pun dah jadi hutan rimba sebab kak sendiri suka pokok2 berdaun. Macam pokok birdnest ni kak tak payah beli, anak2nya kak boleh dapat dari celah2 pasu orkid. Selalu tumbuh disitu tak pernah habis walau dah berkali-kali kak ambil bagi dekat kawan2.
ReplyDeleteUntungnya Kak Mala, x payah cari pokok ni :) laman rumah Julie ni takde pokok2 rimbun utk Julie tumpangkan pokok sarang burung ni, jd Julie letakkan di luar rumah je, bawah sinar mentari sekali kekeringan pokok tu hampir nak mati, Julie lekas2 letak d tepi rumah. now pokok tu beransur2 ok, syukurlah...
DeleteDulu bunda ada tanam pokok ni...bunda tanam bawah pokok rambutan...kawan bunda yang bagi...masa tu kecil lagi.
ReplyDeleteDah lama dia membesar cantik..bulat dan subur...bukan berbaja apa pun...tapi memang senang hidup...
Memang tahan lama pokok ni kan Bunda, cantik pula tu bila ia rimbun & subur. itulah yg buat Julie tertarik dgn pokok ni :)
DeleteAssalam Julie.. dulu ada juga pokok ni... tak jaga ... kering begitu aje..
ReplyDeleteWaalaikumsalam warahmatullah Kak Mar, pokok sarang burung dkt rmh Julie pun dlu dh hampir nak mati tapi cepat2 Julie selamatkan, now pokok tu dh makin sihat, syukurlah :) kakak berminat nak tanam balik?
DeleteAs Salam julie;
ReplyDeleteakak pun sama la dgn k mar, penah ada pokok ni...tapi tak cantik macam ni...mungkin terdedah kat matahari kot...lama2 kekeringan!
Waalaikumsalam warahmatullah Kak @na, cantik pokok ni kak, pokok ni memang xboleh terdedah sangat lagi2lah dlm cuaca panas, mcm Kak Diana bgtau tu kalo musim hujan x apa, tapi bila musim kemarau, nak kena letak di tpt lindung @ separa lindung jg pokok ni, kalo x, tak sihatlah pokok ni hehe...
DeleteSememang habitatnya subur dan cantik ditempat teduh, dulu pernah tanam....
ReplyDeleteBetul tu Kak Sud@is..
Delete