Jolok cacing/selasih dandi/pokok cawan minyak/rumput tahi babi/light blue snake-weed,blue porterweed, yu long (china)/Stachytarpheta jamaicensis. |
Pokok jolok cacing ini kutemui ketika sedang membersihkan kawasan semak d tepi rumah, rumpai liar ini adalah permainan wajib ketika waktu kecil dahulu, asal je main pondok2 mesti aku & kawan2 mencari pokok ini utk diambil bunga dan tangkainya yg panjang itu utk dijadikan konon2 'sayur kacang' pada waktu itu, memang best bila diingat kembali.
Pokok Jolok cacing tumbuh merimbun. |
Ingin sahaja kucabut pokok ini, tanam di dalam pasu, mesti cantik ni kalo dijadikan pokok bunga hiasan, tapi takut jugak pokok ni mati, jadi kubiarkan sahaja pokok jolok cacing ni terus subur di sana, sambil melihat2 jikalau terdapat anak2nya yg telah tumbuh, namun tiada. Kena tunggu jelah sampai pokok ni berzuriat nanti hehe...
Pokok jolok cacing ini juga mempunyai banyak khasiat antaranya, boleh digunakan utk mengubati kurang selera makan pada kanak2, infonya boleh diperolehi di sini
Bunga pokok jolok cacing ini mempunyai pelbagai versi warna, seperti biru, putih, hitam, dan merah, namun warna yg pernah kulihat di negara ini hanyalah yang berwarna ungu, seperti gambar diatas.
Warna bunga2 Jolok cacing yang amat menarik (sumber: Goggle pic)
Jolok cacing merah. |
Jolok cacing hitam. |
Jolok cacing biru. |
Jolok cacing putih. |
Kalolah pokok jolok cacing warni macam ni ada kat sini, dah lama rasanya mungkin orang kat negara ni akan jadikan pokok jolok cacing ni sebagai tanaman hiasan....