Monday, May 26, 2014

Kucing oh! kucing.....

Aku memang sangat sukakan kucing, & jikalau diberikan peluang utk membela haiwan peliharaan, memang kucinglah binatang pertama yg muncul dlm list, binatang yg comel & berbulu gebu ini amat best utk dibelai2, diusap & bleh jadi teman dikala bosan, tetapi memandangkan hampir setiap hari hujan turun dgn lebatnya di daerah Pontian ini, membuatkan tanah basah & amat x selesa bagi mamalia ini utk membuang najis, maka.......


 
Pasu bungaku dijadikan tempat membuang najis.

Kalo diikutkan nafsu amarah yg jahat, mau sahaja kujentik2 hidung kucing yg membuat durjana ini, tapi x sampai hati sebab kucing adalah binatang & binatang xde akal, lgpun ntah kucing mana2lah yg buat, yg penting kena cari cara utk mengelakkan perkara yg sama berulang, beberapa cara yg telah kubuat utk mengelakkan pokok2 bungaku di dlm pasu drp digali kucing adalah seperti:

1) Tutup dgn bakul.

2) Tutup dgn botol.

3) Letakkan keratan buluh di sekeliling bunga.
Pada pemerhatianku, cara pertama tu efektif juga tetapi xkanlah nak beli sehingga 10 biji bakul utk menutupi pasu jika pasu ada 10 biji, kalo setakat 2 biji pasu tu bolehlah kotz, manakala style ke2 pula hanya sesuai utk menyemai biji benih je, & cara ke3 agak sedikit berjaya, tetapi kena letak lebih banyak keratan buluh/ranting kayu, sebab kucing size S mungkin boleh menyelinap masuk & mengali lubang semula. So kenalah letak keratan buluh/ranting banyak2 & pindahkan pasu ke tempat lain. Sesiapa yg memiliki idea yg lebih bernas, tolonglah syer2kan idea itu kepada saya...thank you :)

Wednesday, May 21, 2014

Bunga Ati2, hadiah persahabatan dari Kak Mala :)

Apabila membaca entry Kak Mala berkenaan dgn bunga ati2 baru2 ni, tetiba teringat pula dgn keratan batang ati2 sebagai hadiah persahabatan drp Kak Mala, awal bulan February lalu, kini pokok2 ati2 tersebut telahpun tumbuh dgn suburnya...Terima Kasih banyak2 Kak Mala, ni dia pic pokok ati2 yg Julie janjikan tu... :)

Ati2 Hadiah dr Kak Mala :)


Dlm banyak2 pokok ati2 kak Mala , 3 jenis inilah yg paling ku suka tgk..... :)




Tuesday, May 13, 2014

Mencari Tuan Rumah???

Selama hampir 2 minggu kami sekeluarga x di rumah, balik rumah je, suami yg masuk dulu di rumah terus memangil dan menunjukkan aku sesuatu....
Pucuk hoya menjulur dari celah tingkap.

"Siap dengan pucuk bunga lagi hihi...."
Pokok hoya rupanya (kubeli dari Kak Rose "Semua Menjadi)...hihi memang terkejut jugak 1st time tengok, sampai masuk dapur rumah, hebat juga makhluk ciptaan Allah ni ye, menjalar demi kesinambungan hidup, walaupun almost 2 minggu pokok ni x disiram air, namun tetap bertahan, "Hoya tu mencari tuan rumah, al maklumlah hampir 2minggu x dgr suara tuan rumah"...Kata2 berseloroh Aunt Emma, membuatkanku tersenyum setiap kali kulihat pucuk pokok hoya yg masih lagi perpacak dari celah langsir rumah, nampaknya nak kena potonglah pucuk hoya ni. :)

Pokok hoya yg kugantung tepi tingkap rumah.

Thursday, May 8, 2014

Taiwan Beauty?


Taiwan Beauty/Mexican Heather/colombian waxweed/False Heather/Elfin herb/Cuphea hyssopifolia/Parsonia hyssopifolia.
Aku mula mengenali pokok bunga ini sewaktu di sekolah rendah kerana pokok bunga ni banyak sekali ditanam di tepi2 pagar sekolah (tapi masa tu x tahu pula nama pokok bunga ni).

"Taiwan Beauty Ungu"
"Taiwan beauty?" inilah nama bunga ini, yg ku perolehi  melalui sebuah blog, tapi terfikir juga apa kena mengena bunga ni dengan negara Taiwan?, sedangkan pokok ni asalnya dari negara2 di Amerika Latin seperti Mexico, Guatemala & Honduras hmmmm...confuse juga...


"Taiwan beauty Putih" di laman rumahku.
Tumbuhan ini memiliki bunga2 yang kecil, banyak & comel, disamping pokoknya yang renek & tahan lasak yg boleh mencapai ketinggian sehingga 1.5meter amat sesuai ditanam di tempat yg terdedah kpd cahaya mentari & separa terlindung, tidak memerlukan penjagaan yg rapi & mudah dibiakkan dengan menggunakan keratan batang. Kebiasaannya warna bunga yg selalu kulihat adalah Ungu, putih & merah jambu muda. Tetapi terdapat juga warna yg xpernah kulihat lagi sebelum ini iaitu kuning & merah. (bestnya kalo dpt tanam :)....

"Taiwan beauty Kuning" sumber dr Internet....

"Taiwan Beauty merah" sumber www.arbolesornamentales.es/Cuphea.htm

Di Brazil, pokok bunga "Taiwan beauty" ini yg juga merupakan pokok herba digunakan utk menurukan paras kolesterol & trigliserida (sejenis lemak dlm tubuh). Manakala di Guyana Perancis pula, batang & daunnya dilumatkan lalu dijerukkan dengan rum utk disapu pada anggota badan yg tergeliat, selain itu rendaman daun pokok taiwan beauty ini juga digunakan sebagai ubat utk melegakan demam menggigil. Terdapat pelbagai lagi khasiat yg boleh diperolehi daripada tumbuhan herba hiasan ini, tapi yg pasti kecomelan bunga2nya sentiasa menarik perhatianku :)