Friday, February 28, 2014

Perfume dimalam hari...


Panas sungguh malam ini, jam menunjukkan tepat pukul 11.00, sambil menjenguk keluar tingkap sambil melihat kelibat suami yang terlupa menutup pintu pagar. tiba2 kuterhidu bau yang sangat wangi, isk....dari mana datangnya perfume bunga malam ni, hatiku berbisik, takkan makhluk dari alam angker kotzzz???.....rupa2nya...................
Bakawali kembang malam.

Tuesday, February 18, 2014

Bunga Ros Jepun yg kembang mekar.




Bunga Lidah kucing.



Setiap pagi bila ada masa yg terluang, aku x akan melepaskan peluang utk menikmati kecantikan bunga2 ros jepun JIRANku yg sedang kembang mekar ini :p...

Bunga???


" Macam bunga dandelionlah" 1st impression yg bermain dsanubariku bila melihat pokok bunga yg diberikan oleh jiranku ini.  Tapi bila dilihat dari ciri2 pokok bunga ni, x sama pun dgn Taraxacum officinale, pokok dandelion biasa yang berbunga kuning & daun berbentuk seperti gigi singa ( dent de lion dlm bahasa Francis yg bermaksud gigi singa) manakala bunga yg kusangkakan dandelion ni pula mempunyai daun berbentuk bujur, mungkin juga berasal dari family crassulaceae. menurut makciku pokok ni adalah pokok dr jenis pokok setawar yg berbunga :) tapi dia pun x pasti apakah nama pokok bunga.

Pokok bunga ni dh berbunga sebanyak 3x dan setiap kali berbunga aku dengan happynya  meniup2 bunga itu supaya ianya terbang dibawa angin :)...                                                                                                                                                          





Saturday, February 15, 2014

Kaktus Aunt Emma.

"Julie berminat juga ke dgn pokok kaktus ni?" persoalan Aunt Emma, masih bermain2 d sanubariku takala kumelihat foto2 kaktus Aunt Emma d ruang foto FBku, Bulan lepas Aunt Emma telahpun menghadiahkan aku 10 buah pasu kecil anak2 kaktus yg kiut miut, pada mulanya aku memang x berminat pun dgn pokok kaktus ni, kaktus yg sedia ada d halaman rumah pun x berapa ku nak pedulikan sebab jenis pokok kaktus gurun yg besar pokoknya, tetapi takdir telah pun mengubah segalanya (chewah......) pabila kuterkesan dgn kata2 power dr Aunt Emma, yg mengatakan bahawa senang sikit nak berjalan2 or bercuti2 x payah risaukan pokok2 bunga d rumah kan kaktus ni jenis yg tahan lama tanpa air, lagipun bunga kaktus sangat cantik"....betul sangat kata2 itu, coz bila balik kampung je mesti kurisaukan akan nasib2 pokok2 bungaku, & aku pun dh start menanam pokok2 kaktus ni sebagai penyeri lama rumah :). Terima kasih Aunt Emma.....
Jom tgk2 kaktus Aunt Emma :)
Kaktus besar tepi rumahku.

Kaktus Aunt Emma.

Antara koleksi kaktus Aunt Emma.





Kaktus Kegemaranku (koleksi kaktus Aunt Emma).



Friday, February 14, 2014

Orkid Tanah.

Dua tahun masa berlalu since kutanam pokok orkid tanah ni, barulah orkid ni berbunga, setelah dialihkan dari pasu asal. Kurasakan agak lama juga orkid ni nak berbunga, rupa2nya bila dialihkan orkid akan merajuk & x nak berbunga dlm satu jangka masa. (kinda funny juga hehe)
Orkid jenis tanah memang kugemari kerana cara penanamannya yg mudah :) guna tanah & tanam mcm pokok bunga biasa.

Double Happiness...Hadiah bunga :)

Hadiah drp Kak Mala My Green Eye's.

Bulan lepas, Syukur Alhamdulillah, x sangka Kak Mala (My Green Eye's) tetiba je telefon & informed bahawa bunga ati2 yg ku minta telahpun dia postkan, fuh...sungguh terharu dgn kebaikan Kak Mala, kudoakan semoga Kak Mala diperluaskan & dimurahkan rezekinya. Selain daripada itu Kak Mala juga memberikan bunga bonus iaitu bunga ros jepun yg memang kuminati & sekaligus menambah koleksi bunga ros jepunku kpd 12jenis, sebelum ini pun aku ada menanam beberapa jenis, namun x la sesubur & secantik bunga ros jepun Kak Mala, mungkin juga bunga ros jepunku yg hanya 7jenis tu kurang kasih sayang hehehe... selepas mendapatkan nasihat daripada yg pakar (Kak Mala) barulah kutahu bagaimana menanam & menjaga bunga ros jepun ni dgn betul. Terima Kasih Kak Mala atas hadiah perkenalan ini, akan kujaga bunga ati2 & ros jepun kakak dgn baik & penuh kasih sayang hehehe....

Hadiah drp Aunt Emma.
 Selang 2 hari selepas mendapat hadiah bunga daripada Kak Mala, rezeki bunga datang bergolek lagi apabila Aunt Emma ku dengan baik hatinya menghadiahkan aku bunga yg mostlynya Kaktus & bunga nanas, selain daripada itu bunga jenis bebawang & lili paris turut disertakan. Walaupun sebelum ini aku x la minat sangat dgn kaktus ni, sebab aku lebih menggemari pokok2 bunga yg berbau wangi. tapi 1 thing yg menyebabkan aku menjadi minat adalah pabila kusedari akan kelasakan & ketahanan x minum air pokok kaktus ni, selain daripada kecantikan bunganya. "Aunt minat tanam Kaktus ni sebab bila kita p bercuti, pokoknya still tahan lama walaupun x disiram seminggu" kata2 Aunt Emma tu betul2 menyedarkanku tentang kelasakan pokok kaktus ni :). Terima kasih banyak2 la Aunt, atas hadiah ni, Aunt memang best hehehe...kudoakan juga semoga Aunt diperluaskan & dimurahkan rezeki.